Khamis, 25 April 2024

Fakta Menarik tentang Stadium Jugra di Telok Datok

 

Penyediaan kemudahan awam secara sistematik  di Kuala Langat hanya bermula apabila British menyediakan sistem pentadbiran moden. Perkembangan ini seiring dengan keperluan semasa di tanah jajahan mereka dan untuk kepentingan ekonomi British. Sebelum itu adalah menjadi tanggungjawab pemerintah atau ketua di sesuatu petempatan menyelia kemudahan yang ada bagi memudahkan pergerakan penduduk dan untuk kepentingan perdagangan melalui pergerakan barangan, hasil pertanian dan galian. 

Pemindahan ibupejabat pentadbiran daerah Kuala Langat dari Jugra ke Telok Datoh berlaku pada tahun 1920. Mereka juga berpindah kerana Jugra tak lagi relevan. Sultan Abdul Samad dah lama mangkat. Sultan baharu dah buat istana di Klang. Balik ke Jugra sekali sekala, menziarahi isteri kedua baginda, ikut giliran bermadu kot. Jeti Jugra pun dah sepi, tak ada  tongkang yang masuk pasal Port Swettenham dah dibuka. Jalan raya sudah dibina antara Klang ke Morib terus ke Sepang.

Kemudahan asas untuk penjagaan kesihatan penduduk adalah antara perkara yang diberi tumpuan oleh British. Kesihatan yang baik dalam kalangan penduduk amat penting kerana mereka adalah penggerak kepada kegiatan ekonomi. Mereka berpindah kerana malaria. Jugra ketika itu epicenter demam malaria seMalaya. Mereka sudah merancang untuk berpindah sejak 1908 lagi.  Pada tahun 1918, beberapa ekar tanah di Telok Datok telah dikenalpasti sebagai lokasi pentadbiran baharu Kuala Langat Namun mereka tidaklah terus meninggalkan Jugra. Dalam tahun 1920, Tuan Pegawai Daerahnya sanggup berulang alik dari Morib ke Telok Datok sehingga banglonya siap. Semuanya baharu di sini (Telok Datok). Bidang tugas utama PWD ketika itu tertumpu sebahagian besarnya pada penyelenggaraan dan pembinaan jalan, jambatan dan bangunan. Pejabat daerah, pejabat PWD (JKR kini), Mahkamah Rendah, pejabat Perhutanan, dan pejabat-pejabat petadbiran pelbagai agensi dibuka di sini. Siap dengan banglo pegawai serta kuarters pekerja bawahan. 

Mereka berpindah secara berperingkat ke Telok Datok. Walaupun semua pejabat sudah berpindah, balai polis Kuala Langat masih beroperasi di Jugra sehinggalah Balai Polis yang baharu di Telok Datok siap dibina dan beroperasi dalam tahun 1928. Hanya Hospital Jugra sahaja yang ditinggalkan. Segala keperluan harian dan kelengkapan perabot mereka dapatkan di pekan Banting atau Klang. Sejak itu, mereka lupakan terus Jugra. Mereka biarkan pekan Jugra  ditelan hutan belantara. Tiada nilai sentimental atau nostalgia bagi mereka. Jugra Sanitary Board sudah pupus dan digantikan dengan Telok Datoh Sanitary Board mulai 1920. 

Lokasi dan Kedudukan

Teluk Datok terletak di kiri dan kanan jalan raya antara Sungai Manggis di timur dengan Banting di barat. Pekannya hanya sejarak 50 meter dari Sungai Langat dan sangat terdedah kepada limpahan air banjir . Paras air sungai Langat hanyalah 1.5 meter di bawah Jambatan Teluk Datok. Saiz pekan Telok Datok yang begitu kecil itu menyebabkan ia dibayangi serta sering dianggap sebagai sebahagian daripada bandar Banting, kembar Cinanya, yang berkembang hampir semalaman akibat kebanjiran setinggan Cina  semasa era Darurat. Hingga sekarang pusat pentadbiran Kuala Langat masih terletak di Teluk Datok yang terletak di seberang Sungai Langat. Beberapa buah sekolah ditempatkan di sini. Di sini jugalah terletaknya penamat bagi Jalan Persekutuan 31 dari Banting ke Semenyih, yang asalnya merupakan Jalan Negeri Selangor B18 sebelum ia diwartakan semula sebagai sebuah jalan Persekutuan. 

Bangunan yang menempatkan pelbagai institusi yang menyokong pentadbiran didirikan di kawasan sekitarnya. Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat telah berpindah ke Telok Datok semenjak 1920 sehingga tahun 1965. Bangunan baru bagi Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat telah siap dibina pada tahun 1966 dengan peruntukan Kerajaan Negeri Selangor sebanyak RM200,000.00. Bangunan tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Y.A.B Tun Abdul Razak Bin Dato Hussein Alhaj selaku Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada hari Ahad, 21 Mei 1967 bersamaan dengan 12 Safar 1387 dan Pegawai Daerah pada masa itu ialah Tuan Abdul Rahim Bin Hussain.

Kedudukan Telok Datok berhampiran Sungai Langat


Padang Bandaran Telok Datok

Salah satu ciri bandar kolonial dapat dilihat di Telok Datok, dengan pembinaan padang besar yang berhadapan dengan bangunan pentadbirannya. Dari sini, bermulalah kisah sejarah  Padang Telok Datok yang kini dibina di atasnya Stadium Jugra, pusat kesukanan bagi daerah Kuala Langat kini. Padang yang begitu signifikan dalam kehidupan golongan tua Kuala Langat suatu masa dahulu. Begini kisahnya.....

Di padang inilah berbagai-bagai peristiwa yang melakari kehidupan manusia di Kuala Langat berkisar, bukan hanya perlawanan sukan seperti bola sepak, hoki, rugby, perkhemahan pelajar sekolah, sambutan hari keputeraan Sultan Selangor, sehinggalah Pengisytiharan Bebas Komunis dilakukan di atas padang ini. Berikut adalah beberapa laporan berita akhbar terpilih berkenaan padang Telok Datok ini semenjak zaman kolonial British sehinggalah ke tahun-tahun 1970-an sebelum padang ini dinaiktaraf menjadi Stadium Jugra.

TARIKH BERITA

LAPORAN RINGKAS

 20 September 1934

Kelab Pantai Klang menewaskan pasukan Kuala Langat dengan mudah dalam perlawanan hoki di Padang Telok Datoh pada Khamis lepas

 16 Julai 1939 

Di hadapan orang ramai, Kelab Pantai Klang menewaskan Kelab Stonor dalam perlawanan bola sepak persahabatan yang dimainkan di padang Telok Datok dengan dua gol berbalas sifar. Kelab Pantai membuka mata menerusi Haji Dollah.

 27 Julai 1946

Satu perlawanan bola sepak yang menarik telah diadakan di Padang Telok Datoh  sempena Pertunjukan Daerah yang diadakan di Telok Datoh, antara  Sepang XI dan Polis Banting. Polis Banting menang dengan dua gol berbalas satu.

 26 November 1953

Empat batalion Home Guard di daerah Kuala Langat akan menerima Bendera Batalion masing-masing daripada Sultan Selangor pada hari Jumaat di padang Telok Datoh di Banting.

 23 September 1955

DYMM Sultan Selangor mengisytiharkan Kuala Langat kawasan putih semalam di Padang Telok Datoh, ibupejabat pentadiran daerah. Serentak dengan itu, pengisytiharan dibuat di Sepang oleh Menteri Besar dan di Tanjong Sepat oleh Kol. H. S. Lee

 20 Mei 1959

Kontinjen sekolah dan belia pertubuhan sivik di daerah Kuala Langat Selangor akan mengambil bahagian dalam perhimpunan di Padang Telok Datoh  pada 23 Mei sempena ulang tahun keputeraan Sultan Selangor yang ke-61.

 30 Mei 1966 

Kejohanan liga bolasepak Daerah Kuala Langat merebut Piala Menteri Besar Dato Harun bagi tahun ini sa-harus-nya dibatalkan kerana semua pasokan yang bertanding tidak mempunyai semangat kesukanan. 

  6 Mei 1967

Persatuan bola sepak daerah Kuala Langat telah mengaturkan satu perlawanan bola sepak di padang Telok Datoh antara Kastam Negeri Selangor dan Vietnam Selatan pada 8 Mei, jam 5 petang. di Telok Datoh. Tiket berharga $1.50 dan 50 sen


27 Julai 1967 

Pasukan pengadil Kuala Langat akan bermain perlawanan persahabatan bola sepak menentang Pengadil Selangor di Padang  Telok Dato' pada 30 Julai jam 5.15 petang.

  5 Oktober 1967 

Starlite akan bertembung dengan Oil Palm Research SC. "A" dalam perlawanan akhir bola sepak kalah mati bagi Piala Cabaran Estet Sungei Sedu di padang Telok Datok di sini pada hari Sabtu jam 5 petang

  23 Januari 1968

Setelah lebih tiga bulan berdiam diri Persatuan Bolasepak Daerah Kuala Langat belum juga merangka ranchangan-nya untok mengadakan pertandingan2, kechuali satu meshuarat khas Jawatankuasa akan di-adakan minggu hadapan. Awal bulan October tahun lalu, Persatuan ini telah mengakhirl pertandingan2-nya sa-telah pertandingan di-jalankan tiga tahun

 25 Julai 1968 

Lebih 5 ribu  akan berbaris di Telok Datok hari Ahad ini. Padang Besar Telok Datok, Kuala Langat akan di-banjiri oleh belia dan pemimpin2 belia dari daerah2 negeri Selangor pada hari Ahad 28 Julai ini. Satu perhimpunan dan perbarisan akan di-adakan.

  29 Ogos 1969 

"Kuala Langat Green," sa-buah pasokan ragby yang pertama ditubohan di-daĕrah ini baharu2 inl telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasokan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Inggeris Methodist Telok Datok. Perlawanan tersebut di-langsongkan di Padang Besar Lembaga Telok Datok.

 23 Oktober 1969-

Perkhemahan Budak2 Pengakap daerah Kuala Langat tahun lni akan dibuat sa-chara besar2an sa-lama tlga hari 24, 25 dan 26 Oktober ini di sudut kanan Padang Bola Telok Datoh.  Beberapa Jenis peraduan akan di-adakan selama tiga hari itu untok menguji kechekapan mereka.

 14 Mei 1970 

Seramai 1,100 orang murld2 Sekolah Menengah Jenls Kebangsaan [nggeris (SMJK) Telok Datok Banting akan mengadakan pertandiagan merentas desa pada 15 Mei ini, mulai jam 7.00 pagi Pertandlngan tersebui yang sa-jauh tiga batu akan bermula dari padang sekolah SMJK melalul ladang kelapa sawit.

Stadium Jugra

Sebelum ini merupakan padang yang luas dengan tiga batang pokok mangga yang berbuah lebat. Masa tu  Atok  masih ingat terdapat tiga batang pokok mangga besar kat situ..musim buah  Atok  dan kawan-kawan  Atoklah menjadi penunggunya...apa sahaja dapat  Atok lesing ke arah mangga-mangga tu.  Atok  faraidkan mangga-mangga tu kat kengkawan.  Masa sukan sekolah Atok dibuat kat padang Sebuah stadium mula dibina dan siap pada tahun 1984, dinamakan sebagai Stadium Jugra. Stadium ini agak besar untuk sebuah perbandaran seperti Banting dan pastinya ia telah menjana keterujaan bagi masyarakat di sekelilingnya apabila ia dibuka. 

Setiap tahun stadium ini dihidupkan oleh kalendar MSSD kerana ia mungkin satu-satunya acara olahraga utama yang diadakan di sana selain daripada banyak sukan sekolah yang berdekatan. Masa itu semua sekolah sibuk dengan takwim sukan daerah. Di Kuala Langat, olahraga menjadi tumpuan utama. Kemudahan dan peralatan dibaik pulih dan dinaik taraf kepada standard yang boleh dilaksanakan oleh guru yang sekolahnya telah dilantik sebagai jawatankuasa teknikal. Jika tidak kerana kalendar MSSD, stadium gergasi tidur ini hanyalah menanti kematian yang kejam. 

Walaupun Stadium Jugra adalah antara yang terawal dibina, entah bagaimana ia telah ketinggalan. Akibatnya, penduduk daerah kecil ini, yang tersepit antara Klang dan Sepang, telah kehilangan kemudahan sukan moden. Semua daerah lain di Selangor mempunyai stadium yang mempunyai trek sintetik.  Pihak berkuasa hanya menjalankan penyelenggaraan minimum di stadium dan tidak ada yang lain. Ini sudah tentu dengan cara menyekat prestasi dan pembangunan sukan di Kuala Langat.

Apa yang menarik perhatian ramai ialah keadaan stadium Jugra yang menyedihkan.  dan seperti dalam banyak kes, sikap tidak peduli rakyat Malaysia kembali memuncak. Kami mempunyai beberapa kemudahan yang baik tetapi budaya penyelenggaraan yang 'kurang baik' dan sikap acuh tak acuh telah menyaksikan kemudahan ini menjadi sia-sia. Siapa sebenarnya yang bertanggungjawab menjaga stadium? Adakah Majlis Perbandaran (MPKL), Jabatan Kerja Raya (JKR) atau pejabat daerah? Apakah yang sedang dilakukan oleh majlis sukan tempatan? Bagaimana pula dengan gembar-gembur mengenai Rakan Muda dan segala retorik tentang menambah baik kemudahan dan menaikkan taraf sukan.

Personaliti sukan tempatan seperti Encik Jacob Mathews, telah bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk meminta pihak berkuasa yang berkaitan melakukan sesuatu tetapi nampaknya semua usaha kami sia-sia. 

Bandar Banting sememangnya bandar yang begitu sibuk dan meriah. Ia menjadi tempat lahir kepada beberapa orang atlet ternama negara seperti anak-anak Datuk Sidek (Misbun Sidek, Razif Sidek, Jalani Sidek, Rahman Sidek dan Rashid Sidek) serta pelumba MotoGP negara, Zulfahmi Khairuddin. Malangnya, stadium Jugra kelihatan suram. Kita semua hanya duduk dan mengenangkan kegemilangan masa lalu dan berharap seseorang atau sesuatu akan mengubah nasib.  Ketahuilah, anak-anak Kuala Langat amat memerlukannya 

Naik Taraf Kemudahan 

Pelbagai usaha dilakukan untuk meningkatkan taraf sukan di negara ini. Tetapi di peringkat akar umbi, seperti di Banting, kemudahan sukan dalam keadaan yang teruk, seperti yang boleh dilihat di Stadium  Jugra di Banting. Hanya kemudahan asas seperti padang bola boleh digunakan untuk latihan dan perlawanan, dan trek masih boleh digunakan. Penduduk Banting dibenarkan meneruskan aktiviti berjalan kaki mereka di sana tanpa akan ada peningkatan kemudahan. Tiada gunanya membelanjakan wang untuk membaiki trek atau membina semula kerana stadium itu akan dirobohkan untuk memudahkan pembangunan baharu.

Desas desus dan khabar angin orang ramai mengatakan kononnya sebuah kompleks sukan baharu akan dibina berhampiran bangunan Pejabat Daerah Kuala Langat sekarang. Kompleks sukan baharu itu akan dibina sebagai sebahagian daripada pakej pembangunan yang dicadangkan oleh pemaju swasta. Kompleks itu akan menempatkan padang bola sepak dengan trek larian dan stadium tertutup, dengan pelbagai kemudahan sukan. Ia akan memberi manfaat kepada atlet dan ahli sukan dari daerah ini. Setiap kali pilihanraya, itulah janji-janji manis calon-calon. Impian ini masih belum menjadi realiti lagi.

Syukurlah, pada tahun 2015 yang lalu, kerajaan negeri telah mengambil inisiatif membaiki dan menaiktaraf kemudahan-kemudahan sukan di Stadium Jugra. Kerajaan telah memperuntukkan jutaan ringgit bagi tujuan tersebut. Perincian kerja-kerja menaiktaraf Stadium Jugra adalah seperti di bawah:




Dengan kemudahan baharu dan moden ini, pihak pengurusan stadium dan kemajuan sukan daerah Kuala Langat telah mula merangka serta merancang program-program rasmi dan sosial kerajaan dengan melibatkan penggunaan kawasan sekitar dan dalam stadium tersebut. Antaranya, Kejohanan Sukan Selangor SUKSES dalam tahun 2015, Kejohanan Bola sepak Tertutup 9 Sebelah pada tahun 2016, Program Aspirasi Mural 2017, Program PraPrapendaftaran program Vaksin Selangor (SelVak) bergerak 2021, Program Rumah Terbuka Aidilfitri tahun 2022, serta Sukan Antarabangsa Enduro Malaysia UM24 pada tahun 2023.





Prapendaftaran program Vaksin Selangor (SelVak) bergerak yang diadakan bagi memastikan tiada rakyat negeri ini tercicir daripada menerima suntikan vaksin Covid-19 dibuka. Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, program yang bermula pada Rabu sehingga Sabtu itu melibatkan tujuh lokasi. Menurutnya, lokasi terbabit adalah Dewan Terbuka Padang Bola Sepak Batu Caves yang diadakan pada 15 September 2021, Laman Santai Ampang dan Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali (16 September 2021), Stadium Jugra Banting dan Padang Pandan Mewah DUN Teratai (17 September 2021), Kompleks Niaga Sungai Merah dan Tapak Pasar Malam Sungai Way pula pada 18 September 2021.





PENUTUP

Dalam projek naik taraf Jalan Langat FT5 ini, Jambatan Banting yang asal dirobohkan dan digantikan dengan jambatan baharu. Jambatan lama yang cuma selebar 2 lorong itu terlalu sempit dan tidak lagi mampu untuk menampung jumlah kenderaan yang berulang-alik dari Banting ke Klang. Jambatan baharu itu dibina sebagai jambatan kembar 4 lorong serta ditinggikan dengan kecerunan lebih kurang 6% untuk melindunginya daripada banjir. Jambatan yang ditinggikan itu juga membolehkan pusingan-U dibina untuk membolehkan pengguna jalan raya berpatah balik ke Banting atau Telok Datok. 

Namun, tak perlulah Stadium Jugra dirobohkan setelah adanya stadium tertutup baharu nanti. Cuma cadangan Atok, jadikanlah Stadium Jugra ini sebagai KOMBES (Komples Belia dan Sukan) di bawah tanggungjawab Kementerian Belia dan Sukan Selangor, macam kat Paroi, Seremban itu. Banyak aktiviti sukan dan riadah boleh dilakukan. Macam biasa meriah dengan ramai orang. Lebih seronoklah kalau beriadah, brisk walk dan jogging, senamrobik, gym dan lain-lain lagi. di KOMBES. Selain tu, ada gerai makanan juga. 

Gantikanlah tembok batu kelililng stadium yang ala Penjara Pudu itu dengan pagar anti climb yang lebih mesra alam dan masyarakat. Biar kenderaan yang lalu lalang di jalan Klang Banting depan Stadium Jugra nampak apa juga aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan oleh warga Kuala Langat, sama ada pada waktu pagi, petang atau malam. Harap-harap Majlis Perbandaran Kuala Langat tidak membuat pusingan-U tentang stadium baharu nanti, seperti mana ahli-ahli politik Malaysia yang terkenal dengan sikap "cakap tak serupa bikin" itu. Wallahualam.






RUJUKAN:







Rabu, 24 April 2024

Kuburan Lama di Bukit Jugra dan Kuala Langat


Salam buat semua. Salam takziah buat semua keluarga juruterbang dan kru nahas helikopter TLDM di Lumut semalam. Hanya satu nasihat Atok buat mereka, banyak-banyakkanlah bersabar dan tabahlah menghadapi dugaan yang maha berat ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Sesungguhnya mati itu benar, hidup di alam barzakh itu benar, disoal malaikat Mungkar dan Nakir itu benar. Syurga dan neraka itu benar-benar wujud. Kita disuruh beriman kepada yang ghaib. Maka, kenikmatan apa lagi yang kita dustakan? Hidup ini hanyalah sementara. Akhirat jua kekal abadi.  Sesungguhnya, daripada Allah kita datang dan kepadaNyalah kita akan dikembalikan. Hari ini, di atas bumi kita tegak berkepak, menyombong diri, Esok, pasti kita terbujur kaku, tidak bersuara, mengenang nasib diri di dalam perut bumi.

Entri Atok kali ini masih mengenai Jugra, masih tentang sejarah silamnya.  Aiseyman, Atok! Terimalah hakikat, Atok...Jugra sudah berkubur, terkubur. Tengokkan sahajalah kuburan yang melata di puncak dan lereng Bukit Jugra itu. Makam diraja, kuburan pengikut raja, jirat Cina pun ada,Tok. Ya, mereka pernah hidup di Jugra dan menjadi manusia terhebat di Jugra juga. Tapi mereka sudah mati, sudah tak ada lagi!  Mereka sudah terbaring di tanah. Ya, Atok faham, dan Atok terima hakikat yang korang katakan itu. Memang Sultan sudah  lama almarhumnya. Cuma kali ini Atok tetiber jer terfikir untuk mendokumentasikan sejarah perkuburan-perkuburan lama yang terdapat di sekitar Jugra dan Kuala Langat secara amnya. Atok dapati banyak benar bahan-bahan di Arkib Negara Malaysia (ANM) mengenainya. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Sudah terlanjur kita bercerita tentang sejarah hidup Sultan serta penduduk-penduduk Jugra pada masa silam, apa kata kita bincangkan pula di mana kubur-kubur mereka?. Di mana mereka dikebumikan, disemadikan?

Pada tahun 1887, Pegawai Daerah Kuala Langat ketika itu, telah mengumpulkan Census atau Daftar Penduduk di Kuala Langat. Walaupun Census itu diperoleh daripada data yang dikumpulkan oleh Penghulu dan Tok-tok Batin dalam Kuala Langat dan diyakini kurang tepat dan hanya melibatkan bilangan penduduk mengikut lokaliti, kaum, bilangan rumah, serta jantina sahaja, sekurang-kurangnya dapatlah dijadikan database untuk rujukan dan tindakan kerajaan. 

Daripada database tersebut, terdapat 50 buah petempatan pelbagai saiz di dalam daerah Kuala Langat, termasuk Sepang. Jumlah penduduk Kuala Langat pada tahun 1887 adalah seramai 3780 orang. 1988 orang daripadanya adalah lelaki, 1488 orang perempuan dan 326  Orang Asli. 

Petempatan-petempatan tersebut adalah di Bukit Jugra, Pekan Jugra, Sg. Sepam, Permatang Pasir, Chodoi, Ayer Tawar, Bandar, Pulau Nyatoh, Jelotong, Katong, Raba, Tampoi Besar, Tampoi Kechil, Sg. Arak, Kelanang, Telok Pulai, Luboh(?), Sg. Rambai, Rantau Panjang, Telok Gong, Telok Datoh, Sg. Bumbun, Sg. Sawa, Sg. Buaya, Sg. Burong, Tanjong Duabelas, Ayer Jadi, Telok Panglima Garang, Keluang, Sepang Kechil, Kuala Sepang, Kuala Jugra, Kepau, Ayer Itam, Bangkong, Tanjong Ru, Sg. Kurau, Selat Lumut, Sg. Antu, Kanchong, Gadong, Paban(?), Tanjong Layang, Titip, Batu, Sepang Besar, Sg. Nipah, Telok Merbau, Telok Dalam, Suboh(?) Batu. 

Petempatan Orang Asli pula terletak di Sg. Buaya, Telok Pulai, Permatang Buah, Ayer Itam, Morib, Kanchong, Gaping, Nibung Keruing, Tanjong Sepat, Sepang Kechil, Sepang Besar, Beting Tengah, Sg. Sedu, dan Terusan Buaya. 

Sudah pastilah, mereka yang meninggal dunia dikebumikan dalam kampung/petempatan itu juga. Pada masa itu tidak wujud lagi tanah perkuburan awam atau communal burial grounds. Rata-rata bukti menunjukkan kuburan-kuburan lama ini berselerak sama ada di tanah-tanah persendirian milik keluarga masing-masing, atau mungkin juga perkuburan 'awam' di tepi sungai, tidak jauh dari rumah mereka. Tiada sebarang rekod mengenai kubur-kubur lama ini kecuali daripada pengakuan lisan keluarga terdekat simati yang diragukan kesahihan dan ketepatannya.

Kg. Bandar 'Temasha' yang telah wujud sekian lamanya pasti mempunyai tanah perkuburannya. Begitu juga di Kelanang, Permatang Pasir, Telok Panglima Garang dan sebagainya. Realitinya memang wujud, tetapi mana rekod bertulis tentangnya? Memang tak ada. Kalau ada pun mungkin pada batu nesannya, yang ada sedikit info tentang simati, nama penuhnya, tarikh lahir atau mungkin tarikh kematiannya. Itu sahaja! Mungkin maklumat atau rekod kematian tidak dipentingkan kerana apabila berlaku kematian, maka simati mula dilupakan secara berperingkat-peringkat oleh masyarakat dan kemudiannya oleh kaum keluarganya sendiri. Apa lagi yang hendak kita perkatakan kecuali mendoakan roh-roh mereka yang tersayang agar ditempatkan bersama-sama orang yang beriman? 

Kemajuan Ekonomi Kuala Langat

Pegawai Daerah, Kuala Langat (Mr. R. W. Doff), dalam laporan Oktober 1897nya menulis:

"Permohonan untuk tanah untuk penanaman telah diterima daripada Tetuan Munro dan Carey di Morib, dan permohonan kebenaran untuk mengambil seluruh pulau yang bertentangan dengan Jugra, diterima daripada Encik Carey bagi pihak Encik Wiggin, dari Ceylon, kini sedang dijalankan. dipertimbangkan dan diuruskan dengan Kerajaan. Keluasan pulau itu dikatakan kira-kira 30,000 ekar.

Di Kuala Langat, kebanyakan tanah yang ditanam dengan kopi oleh orang Melayu telah diabaikan oleh pemiliknya. Dua ladang kopi Eropah di Telok masih muda; tetapi kira-kira 70 ekar kepunyaan En. Borring, yang mula diusahakan, dianggap baik seperti mana-mana kopi yang dihasilkan di Selangor. Nilai kopi yang dieksport meningkat daripada $3,850 kepada $7,776.

Hutan di  Sungai Labu mengandungi sejumlah besar kayu berharga: merbau, kranji, meranti, dan petaling boleh dilihat di setiap tebing.  Pelbagai jenis rotan melimpah ruah. Tauke yang menggaji kira-kira 20 orang Sakai di hulu sungai telah bekerja selama dua atau tiga bulan dan telah mengumpul sejumlah besar rotan."

Dalam tahun 1905, penanaman kelapa di daerah ini meningkat dengan pesat. Seorang Inspektor Kelapa Melayu, yang telah melakukan kerja yang baik dalam membuat pemilik tanah membersihkan pegangan mereka, melaporkan bahawa hanya satu pokok dalam 1,100 menunjukkan sebarang tanda sakit atau serangan kumbang, dan angka ini tidak termasuk pokok di ladang yang dimiliki oleh peladang Eropah. Terdapat kira-kira 85,000 pokok kelapa di daerah ini, di mana 25,000 daripadanya sedang berbuah, dan mengira pada 50 biji sepokok setahun (anggaran selamat untuk lokaliti ini), adalah mungkin untuk menganggarkan jumlah eksport kelapa, membolehkan satu perlima untuk kegunaan rumah, pada kira-kira satu juta biji setahun, kebanyakannya dalam bentuk kopra dan minyak kelapa asli. 

Penanaman kelapa dilaporkan oleh sebuah firma besar di England menarik perhatian pelabur lebih daripada industri lain. Walaupun getah lebih menarik pada masa ini, nampaknya tidak ada keraguan bahawa industri kelapa mempunyai masa depan yang hebat sebelum itu. Pada tahun 1903 United Kingdom mengimport hampir 800,000 cwt. daripada kelapa, dengan nilai anggaran hampir satu juta paun sterling,

Syarikat Ladang Jugra, yang mula beroperasi pada April, 1898, memegang kira-kira 1,000 ekar di bawah geran, di mana 305 ekar ditanam dengan getah, kelapa dan kopi, kawasan di bawah getah ialah 168 ekar. Hanya 26 ekar telah dibersihkan dan ditanam pada tahun 1904, tetapi kawasan seluas 200 ekar lagi kini dalam tangan. Pengurus, En. C. E. S. Baxedale, memberitahu saya bahawa 30 peratus kelapanya sedang berbuah, dan pemetikan biasa itu bermula dalam tempoh empat tahun lima bulan dari tarikh penanaman. 

Pokok-pokok getah sangat sihat dan berkembang pesat, dan nampaknya ada harapan untuk mendapat keuntungan besar daripada modal yang dilaburkan. Ladang-ladang milik Eropah terus membuat kemajuan yang sangat baik, dan beberapa butiran mengenai keadaan semasa mereka mungkin menarik. Sebilangan kecil getah, kira-kira 50 lbs .dikumpul pada bulan Julai daripada pokok yang ditanam pada bulan September, 1898. dan telah dilaporkan dengan sangat baik oleh pengilang di England, jualan purata lima syiling setiap paun.

Terdapat juga ladang kecil di Morib, yang dimiliki oleh En. E.V. Carey, tetapi operasi masih belum dimulakan, walaupun 25 ekar telah ditebang suatu ketika dahulu. Ladang gambir dan lada di Sepang, di bawah Kongsi Che Woh dan Hong Wan'"  terus berkembang, tetapi eksport hasil tidak mencapai jangkaan mereka dan selepas tamatnya perjanjian pembayaran duti ganti, pengurangan jumlah itu, bermula pada tahun 1905, telah diberikan. Jumlah keluasan pelbagai ladang ialah 13,500 ekar, terdiri daripada 67 ladang, dengan purata 150 ekar setiap satu Komuniti Chiu, Macao dan Hokkien.

Dalam tahun 1907, jumlah Hasil Tanah menunjukkan peningkatan yang ketara dan berjumlah $603,854. Pegawai Daerah Kuala Langat telah mencapai rekod dalam kutipan hasil, yang sepatutnya membangkitkan teladan saudara-saudaranya yang kurang berjaya. Jumlah keluasan tanah yang diberi milik pada tahun tersebut, berjumlah 79,766 ekar, terdiri daripada 342 lot bandar dan kampung, 69,815 ekar tanah pertanian, dan 9,745 ekar tanah perlombongan. 2,642 daripada kelas kedua tanah dikembalikan kepada Kerajaan kerana tidak memenuhi syarat buruh pajakan.

Kemakmuran ekonomi Kuala Langat menggalakkan kemasukan imigran asing terutama dari China dan India. Pentadbiran dan pengurusan kerajaan haruslah dipertingkatkan bagi menjaga kesejahteraan hidup rakyat, termasuklah dalam hal-hal kematian.

Dalam tahun 1907, Wabak disentri yang berlaku di Daerah Kuala Langat mengakibatkan 120 kes dengan 32 kematian. Ia dikesan berpunca dari istana Duli Yang Maha Mulia Sultan, di mana ia menjadi wabak semasa Bulan Puasa, dan telah merebak ke tempat lain oleh orang ramai yang menghadiri jamuan baginda pada Hari Raya. Tiada wabak yang meluas di kalangan haiwan berlaku sepanjang tahun.

Tahun-tahun dekad awal abad ke-20 menyaksikan Selangor dilanda wabak demam malaria. Jugra dan seluruh daerah Kuala Langat tidak terkecuali. Malah, Jugra dikatakan epicenter wabak malaria ini. Ribuan orang dijangkiti. Kematian dalam kalangan imigran Tamil meningkat. Kawasan Balai Polis Jugra yang baharu dibaiki binaannya juga dikatakan tidak selamat dihuni atau didiami. 

Dalam tahun 1916, Malaria menyumbang 27.39 peratus. daripada jumlah kes yang dirawat di semua hospital berbanding 32.57 peratus. tahun sebelumnya. Nisbah malaria telah menurun di semua hospital kecuali di Kuala Langat, Klang dan Penjara Pudu. Di Kuala Langat ia hampir dua kali ganda berbanding tahun lepas, di mana indeks limpa murid sekolah menunjukkan kejatuhan yang ketara. Di Morib. contohnya, di mana malaria berleluasa, daripada 41 kanak-kanak lelaki yang diperiksa di sekolah Morib tiada seorang pun menunjukkan limpa yang membesar. Berdasarkan statistik hospital malaria adalah kurang lazim berbanding pada tahun 1914, angka sebenar adalah 6,380 pesakit berbanding 10,345. Lapan kes demam air hitam telah dirawat pada tahun ini berbanding enam kes pada tahun 1914. Tiada kematian. Disentri menunjukkan penurunan dalam jumlah kes yang dirawat, tetapi peningkatan sedikit dalam kadar kematian Beri-beri. Dalam tahun 1917, Sembilan kematian disebabkan harimau, semuanya di daerah Kuala Langat.

Justeru, pihak kerajaan menjalankan operasi besar-besaran bagi membendung penularan kes. Seluruh kawasan berpaya yang bertakung air dikambus  atau dibina perparitan. Longkang-kawasan berair kecuali perigi dan telaga disembur minyak. Pihak Jugra Sanitary Board mengambil 4 orang pekerja untuk memastikan seluruh parit dan longkang dalam kawasan seliaanya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk tirok, pembawa virus malaria. Pokok-pokok di pekan Jugra ditebang atau dicantas. Kehidupan seharian tetap diteruskan.

Perekodan Pengkebumian Awam di Selangor

Dalam tahun 1895, Sultan Abdul Samad berkenan meluluskan Enakmen Peraturan VII tahun 1895 dan bidang kuasa setiap peringkat kerajaan mengenai  tanah perkuburan awam di seluruh negeri Selangor. Setiap permohonan tanah perkuburan mestilah memenuhi syarat sebelum diluluskan serta diwartakan dalam Warta Kerajaan. Sebelum pengkebumian atau pembakaran mayat dijalankan, pihak keluarga simati diwajibkan memohon nombor permit kubur yang kemudian ditulis dalam buku permit perkuburan tersebut untuk semakan pegawai. Bayaran dikenakan bagi tujuan tersebut. Kedudukan sesebuah tapak perkuburan mestilah sekurang-kurangnya 200 ela (190meter) dari jalan raya utama.

Pada 12 Mei 1896, Pegawai Daerah Kuala Langat ketika itu yang bernama W.W. Skeat telah mengutus surat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor memaklumkan cadangan pembentukan Kuala Langat Sanitary Board serta senarai ahli jawatankuasanya.  Beliau memberikan alasan bahawa Kuala Langat merupakan daerah yang telah lama dipinggirkan pembangunannya berbanding daerah-daerah lain yang telah menjana pelbagai pendapatan serta taraf kehidupan rakyat yang meningkat dan makmur. Permohonan tersebut telah diluluskan berkuatkuasa 1 Jun 1896. Semua pengurusan perbandaran termasuk tanah perkuburan termasuk dalam bidang kuasa Kuala Langat Sanitary Board ini. Kuala Langat Sanitary Board ini merupakan 'nenda' kepada Majlis Perbandaran Kuala Langat kini



Enakmen asal Peraturan 1895 yang diadaptasi daripada Draf Kerajaan Perak

1/3    Antara butiran- butiran terperinci tentang perosedur dan tanggungjawab dalam enakmen tatacara pengkebumian dan pembakaran di tanah perkuburan yang diizikan dalam tahun 1895

2/3    Antara butiran- butiran terperinci tentang perosedur dan tanggungjawab dalam enakmen tatacara pengkebumian dan pembakaran di tanah perkuburan yang diizikan dalam tahun 1895

3/3    Antara butiran- butiran terperinci tentang prosedur dan tanggungjawab dalam enakmen tatacara pengkebumian dan pembakaran di tanah perkuburan yang diizikan dalam tahun 1895

1/2 Peraturan -peraturan yang terperinci dan terpakai mengenai pengkebumian  Jenazah Kristian dalam tahun 1897
2/2 Peraturan -peraturan yang terperinci dan terpakai mengenai pengkebumian  Jenazah Kristian dalam tahun 1897

1/2    Maksud Istilah-istilah diperjelaskan melalui surat pekeliling kepada semua Sanitary Board di Selangor dalam tahun 1898

 2/2    Maksud Istilah-istilah diperjelaskan melalui surat pekeliling kepada semua Sanitary Board di Selangor dalam tahun 1898

1/2    Sesetengah laporan kematian di estet didapati tidak tepat atau disorokkan punca kematiannya seperti yang terkandung dalam surat ini dalam tahun 1911

2/2    Sesetengah laporan kematian di estet didapati tidak tepat atau disorokkan punca kematiannya seperti yang terkandung dalam surat ini dalam tahun 1911

1/4    Pindaan-pindaan yang dibuat pada tahun 1922 terhadap Enakmen VII tahun 1895

2/3    Pindaan-pindaan yang dibuat pada tahun 1922 terhadap Enakmen tahun 1895

3/3    Contoh Pengisian Buku Pendaftaran untuk Permit Pengkebumian/Pembakaran dalam tahun 1922


1.  Makam Diraja Bukit Jugra

Berapa banyak kuburan yang terdapat di puncak bukit Jugra tidak diketahui jumlahnya, kebanyakannya milik leluhur kaum kerabat diraja Almarhum Sultan Abdul Samad sendiri, mungkin juga hulubalang-hulubalang serta pembesar istana. Memandangkan perkuburan yang berselerakan ini, maka Sultan Abdul Samad berkenan menjadikan merupakan sebahagian dari bukit Jugra yang telah dipilih sebagai kawasan permakaman keluarga Diraja Selangor pada tahun 1886.

2. Perkuburan Orang Asli Mahmeri Bukit Jugra

 Di sisi lain Bukit Jugra juga tersemat tanah perkuburan Orang Asli Mahmeri sejak entah ratusan tahun agaknya. Berkurun lamanya perkuburan mereka tidak diganggu sehinggalah kini. Orang Asli Mahmeri dari Banting mendakwa menghadapi masalah melakukan upacara keagamaan apabila tanah perkuburan mereka di Bukit Jugra dijadikan sebagai lapangan sasar menembak oleh Kementerian Pertahanan. Seorang penduduk terlibat, Ariff Embing mendakwa kesukaran itu membuatkan mereka terpaksa mengadakan upacara keagamaan di tempat lain yang jauh.

"Lapangan sasar itu tidak mengganggu kawasan perkuburan Orang Asli tetapi kawasan (perkuburan) itu di dalam lapangan sasar. Jadi susah kita mahu masuk. Kemudian kami pindah buat upacara keagamaan itu di Pulau Carey (Kuala Langat). Tetapi jaraknya jauh." 

Sebelum ini pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah memberi jaminan secara lisan bahawa mereka bebas untuk melakukan upacara keagamaan di tanah perkuburan tersebut. Bagaimanapun, katanya, apabila mereka ingin memasuki kawasan tersebut, mereka dilarang oleh pihak tentera.

"Kami pernah buat permohonan dengan pihak tentera untuk masuk. (Kami) dibenarkan. Tetapi sekali sahaja. Setiap kali nak masuk, kita perlu mohon kebenaran. Saya harap pihak JAKOA boleh mengemukakan permohonan," katanya.

Sementara itu, wakil Kementerian Pertahanan Mejar Baharom Ismail berkata, pihaknya tidak dimaklumkan mengenai kewujudan tanah perkuburan Orang Asli di lapangan sasar itu. Katanya lagi, beliau hanya mengetahui adanya tanah perkuburan Orang Asli di kawasan itu selepas dimaklumkan oleh Suhakam.

Bagaimanapun, Baharom berkata, pihaknya terbuka untuk menerima permohonan daripada Orang Asli bagi memberi kebenaran memasuki kawasan lapangan sasar untuk mengadakan upacara keagamaan di kawasan perkuburan itu.

3. Jirat Cina di Bukit Jugra 

Pada tahun 1899 Kuala Langat Sanitary Board membincangkan pencarian tapak perkuburan yang sesuai  untuk penduduk Islam dan Jirat kaum Cina di Jugra. Dalam tahun 1904, satu tapak perkuburan Cina telah dipersetujui di lot 167 Mukim Jugra. Kedudukan jirat seluas lebih lima ekar ini adalah di lereng bukit Jugra menghadap Sungai Langat, tidak jauh dari pekan Jugra. Dalam tahun 1916, perluasan tapak perkuburan Cina ini dibenarkan oleh pihak kerajaan. 

Pertambahan penduduk Cina di Kuala Langat, terutamanya penduduk di sekitar pekan Banting, Tanjung Sepat dan Jenjarom setelah merdeka memaksa kerajaan memikirkan semula permasalahan perkuburan bagi masyarakat Cina. Selama ini, mereka terpaksa mengebumikan mayat saudara mara mereka di Klang yang jaraknya kira-kira 20 batu (32km) dari Banting. Kos untuk tambang sahaja sudah memakan $200.00, tidak termasuk bayaran pengurusan jenazah. Hal ini sungguh membebankan terutama kepada golongan miskin. 

Dalam tahun 1960-an, desakan untuk satu lagi tapak perkuburan Cina di Bukit Jugra dilakukan. Menurut Pegawai Daerah Kuala Langat ketika itu, tanah seluas 12 ekar di atas Bukit Jugra  disediakan bagi tujuan tersebut. Dalam tahun 1966, sebuah lagi jirat Cina dibuka di kawasan Bukit Perah dalam mukim Tanjung Dua belas

Kedudukan lokasi dan Lesen Jirat Cina di Bukit Jugra


Pelan lokasi  tapak asal jirat Cina di Bukit Jugra

Rungutan tentang Jirat Cina di Kuala Langat


4.  Perkuburan Hospital Jugra

Pada 29 Februari 1916, pihak Hospital Jugra yang beroperasi di puncak Bukit Jugra mendapat kebenaran untuk mengebumikan mayat pesakit-pesakit yang tidak dituntut di tapak perkuburan hospital tersebut.


Lokasi Kedudukan Hospital Jugra di puncak Bukit Jugra dalam tahun 1903

5.  Jirat-jirat Hindu di Jugra dan Kuala Langat

Dalam tahun 1911, pihak SUK Selangor telah menghantar surat pekeliling kepada semua pengurusan estet di seluruh negeri Selangor untuk mendapatkan maklumat tentang tapak perkuburan/ pembakaran jenazah pekerja-pekerja mereka serta memaklumkan pengurusan estet tanggungjawab mereka mendaftar permit kematian ke dalam buku yang disediakan. Maklumat lengkap tentang simati serta sebab kematian perlu dicatatkan. Berdasarkan maklum balas mereka, kebanyakan mayat pekerja-pekerja dewasa estet yang beragama Hindu dikebumikan atau dibakar di tapak perkuburan Hindu di Jugra. Bagi kanak-kanak pula, mayat mereka ditanam atau dibakar di estet mereka sahaja. Namun, banyak estet yang besar menyediakan tapak perkuburan mereka masing-masing. Hal ini kerana, jarak yang agak jauh untuk ke Jugra dari estet-estet mereka.

Surat Pekeliling bertarikh 13 September 1911 meminta semua estet menghantar maklum balas mengenai tapak pengkebumian/pembakaran mayat pekerja-pekerja mereka

1/3    Senarai estet yang terlibat dalam maklum balas ini
2/3    Senarai estet yang terlibat dalam maklum balas ini
3/3    Senarai estet yang terlibat dalam maklum balas ini

5a. Jirat Hindu di Kampung Tampoi/Sungai Raba, Jugra

5b. Jirat Hindu di Tanjung Duabelas

5c. Jirat Hindu di Estet Sungai Sedu, Tanjung Duabelas

5d.  Perkuburan Islam dan Jirat Cina serta Hindu di Pulau Carey

5e.  Jirat Hindu di Telok Estate, Telok Panglima Garang



Pada 24 Februari 1923, kelulusan untuk tapak perkuburan Hindu diberikan kepada pengurusan estet di Brooklands Estate, di Tanjung Dua belas. Setahun kemudian, pada 18 Julai 1924, pihak Klanang Estate pula diberi kelulusan menguruskan mayat pekerja-pekerja Hindu mereka sendiri.

6. Tanah Perkuburan Islam Terawal di Jugra dan Kuala Langat

Seperti yang dimaklumkan, tiada pengurusan sistematis tanah perkuburan Islam di Kuala Langat sebelum pewartaan enakmen VII tahun 1895 tentang prosedur pengkebumian manusia di Selangor. Rakyat mengebumikan jenazah saudara mara mereka di tanah milik mereka sendiri. Tiada sebarang kertas kerja atau dokumentasi dikehendaki selain memaklumkan secara lisan kepada pihak masjid dan Penghulu sebelum sebarang jenazah ditanam. Keadaan ini menyebabkan kuburan berselerak di seluruh petempatan tanpa perekodan tentang kematian tersebut dilakukan. 

Maka setelah pewartaan dokumen tersebut, semua tindakan berhubung pengurusan jenazah seperti butiran peribadi simati, sebab kematian, kelulusan permit pengkuburan, bayaran dan kos pengkafanan, lokasi dan plot kubur perlu ada dan direkodkan sebelum mayat dimasukkan ke liang lahat untuk rujukan dan tindakan pihak kerajaan. Berikut adalah kronologi peristiwa, antara garis masa 1917-1931, pengwujudan tanah perkuburan terawal di Kuala Langat, 

TARIKH

MUKIM

KETERANGAN


22/08/ 1917

JUGRA

RIZAB TAMAN KUBUR MELAYU DI MUKIM JUGRA


04/04/1919

 KLANANG

WARTA NO BAHAGIAN: 1092, MUKIM KLANANG, SEBAGAI RIZAB TANAH KUBUR


03/09/1924

 

TANJONG DUABLAS

TANAH DI  MUKIM TANJONG DUABLAS UNTUK TANAH KUBUR MOHAMMADAN. RIZAB DARI


18/06/1925

 

BANDAR

RIZAB TANAH UNTUK TUJUAN AWAM. TANAH PERKUBURAN MOHAMEDAN : PORTION NO. 570, MUKIM OF BANDAR


18/06/1925

 

TELOK PANGLIMA GARANG

 

RIZAB TANAH UNTUK TUJUAN AWAM. TANAH PERKUBURAN MOHAMEDAN : BAHAGIAN 448, MUKIM TELOK PANGLIMA GARANG


18/06/1925

 

TELOK PANGLIMA GARANG

 

RIZAB TANAH UNTUK TUJUAN AWAM. TANAH PERKUBURAN MOHAMEDAN : PERUNTUKAN NO. 16, SEKSYEN NO. 1, KAMPUNG TELOK PANGLIMA GARANG


24/06/1925

 

TANJONG DUABLAS

 

RIZAB TANAH UNTUK TUJUAN AWAM. TANAH PERKUBURAN MOHAMEDAN : PORTION NO. 1402, MUKIM TANJONG DUABLAS


24/10/1925

 

TELOK PANGLIMA GARANG

RIZAB TANAH, BAHAGIAN NO. 2683, MUKIM TELOK PANGLIMA GARANG, SEBAGAI TANAH PERKUBURAN MUHAMMADAN


01/02/1926

 

 TELOK PANGLIMA GARANG

SEKATAN MENGGUNAKAN LOT 450 DAN 449, MUKIM, TAPAK MASJID DAN SEKOLAH KINI, SEBAGAI TANAH PERKUBURAN MOHAMEDAN


08/02/1926

 




01/10/1928

KLANANG





KLANANG


RIZAB TANAH TERTENTU DI KAMPUNG BANTING - DAERAH KUALA LANGAT. 

BAHAGIAN 3 RIZAB MASJID, BAHAGIAN 4 RIZAB PERKUBURAN, BAHAGIAN 5 RIZAB SEKOLAH MELAYU 

RIZAB BAHAGIAN 954, MUKIM  KLANANG SEBAGAI TANAH PERKUBURAN MOHAMEDAN


09/03/1929

 

JUGRA

RIZAB TANAH DI PULAU CAREY UNTUK TANAH PENGKUBURAN BAGI KRISTIAN ASIA


12 APR 1929

 

SEPANG




KELANANG

RIZAB TANAH TANAH PERKUBAHAN UMAT KRISTIAN ASIA DI DAERAH KUALA LANGAT - 

(I) SATU DEKAT KAMPUNG SUNGEI PELEK - 

(II) SATU DI BANTING


02/12/1929

 

TANJONG DUABLAS

RIZAB TANAH DIPEGANG DI BAWAH DAFTAR MUKIM MASUK 2125, TANJONG DUABLAS MUKIM OLEH HAJI ABDUL KADIR BIN MUNAP SEBAGAI TANAH PERKUBURAN AWAM.


07/10/1931

 

TANJONG DUABLAS

RIZAB LOT NO. 923, TANJONG DUABLAS MUKIM SEBAGAI TAPAK MASJID DAN PERKUBURAN




PENUTUP

Ziarah kubur termasuk amalan untuk mengingat kematian. Tatacara ziarah kubur bisa diawali dengan mengucap salam kepada ahli kubur. Tujuan utama dari ziarah kubur adalah untuk mengingatkan manusia tentang kematian dan akhirat. Semua aturan mengenai ziarah ini diatur dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah. Meskipun secara khusus ziarah kubur tidak disebutkan secara langsung dalam Al-Qur'an, namun Allah SWT telah memberikan panduan kepada seluruh umat Islam untuk mengikuti segala ajaran yang datang dari Rasulullah yang mulia.

Allah SWT berfirman,

وَمَآ اٰتٰىكُمُ الرَّسُوْلُ فَخُذُوْهُ وَمَا نَهٰىكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوْاۚ وَاتَّقُوا اللّٰهَ ۗاِنَّ اللّٰهَ شَدِيْدُ الْعِقَابِۘ

Artinya: "Dan apa yang diberikan oleh Rasul kepadamu, maka terimalah itu, dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Pemberi siksa." (QS Al-Hashr: 7)

Dalil diperbolehkannya ziarah kubur bersandar pada hadits bahwasanya Rasulullah SAW bersabda,

كُنتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ القُبُور، وَلكِنْ فَرُورُوها، وفى روَايَةٍ - فَمَنْ أَرَادَ أَنْ يَزُورَ القُبُورَ فَلْيَزُرْهَا فَإِنَّهَا تُذكر الأخرة

Artinya: "Aku melarang kalian berziarah kubur, tetapi sekarang silakan ziarah kubur." Dalam riwayat lain: Barang siapa yang hendak ziarah kubur silakan, karena ziarah kubur dapat mengingatkan akan akhirat." (HR Muslim)

Berikut ini adalah tatacara ziarah sebagaimana dikutip dari buku 100 Doa Harian untuk Anak karya Nurul Ihsan.
  • Mengucap salam ketika memasuki area pemakaman.
  • Bacalah surah Al-Qadr sebanyak 7 kali, Al-Fatihah sebanyak 3 kali, Al-Falaq sebanyak 3 kali, An-Nas sebanyak 3 kali, Al-Ikhlas sebanyak 3 kali, dan Ayat Kursi sebanyak 3 kali.
  • Doakanlah untuk arwah yang telah meninggal.
  • Hindarilah berjalan di atas kuburan dan duduk di atasnya.
  • Sebaiknya bersuci sebelum melakukan ziarah kubur.
  • Janganlah salat menghadap ke arah kuburan.
  • Membaca Doa Ziarah Kubur
Selanjutnya, umat Islam boleh membaca doa ketika ziarah kubur, sebagaimana Rasulullah SAW bersabda, 

اسْتَغْفِرُوا لِأَخِيكُمْ، وَسَلُوا لَهُ بِالتَّثْبِيتِ، فَإِنَّهُ الْآنَ يُسْأَلُ

Artinya: "Mintakan ampun untuk saudara kalian semua dan mintakanlah agar dia kokoh karena dia sekarang sedang ditanya." (HR Abu Daud, al Hakim, dan al Baghawi)

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الذُّنُوبِ والْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ

وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار, وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ، ونَوِّرْ لَهُ فِيهِ

Artinya: "Ya Allah, berilah ampunan dan rahmat kepadanya. Berikanlah keselamatan dan berikanlah maaf kepadanya. Berikanlah kehormatan untuknya, luaskanlah tempat masuknya. Mandikanlah dia dengan air, es, dan embun. Bersihkanlah dia dari kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju yang putih dari kotoran.

Gantikanlah untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya, isteri yang lebih baik dari isterinya. Masukkanlah dia ke dalam surga, berikanlah perlindungan kepadanya dari azab kubur dan azab neraka. Lapangkanlah baginya dalam kuburnya dan terangilah dia di dalamnya." (HR Muslim)

Makam Sultan Abdul Samad Bukit Jugra



Makam Sultan Abdul Samad Bukit Jugra

Kubur-kubur keluarga diraja Selangor di Bukit Jugra

Tanah Perkuburan Islam Telok Panglima Garang

Tanah Perkuburan Islam Kg. Bandar
Pusara Bonda Sultan Hishamudin Alam Shah di Kg. Bandar

Hukum Ziarah kubur Bukan Islam

Jika tujuan ziarahnya ialah mendoakan keampunan bagi mayat atau memuliakannya atau seumpamanya maka tidak dibolehkan.

Firman Allah SWT didalam Surah At-Taubah   :

مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَن يَسْتَغْفِرُ‌وا لِلْمُشْرِ‌كِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْ‌بَىٰ مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ ﴿١١٣﴾

Artinya : " Tidaklah boleh bagi Nabi dan orang-orang Mukmin memohonkan keampunan bagi orang-orang musyrik walaupun mereka adalah orang-orang terdekat kemudian dari mereka telah mengetahui bahwa orang-orang musyrik yang mati dalam kekafiran adalah menjadi penghuni neraka. "

Jika ziarah bertujuan semata-mata ziarah sahaja atau melihat seperti kubur sanak saudara atau kawan maka hukumnya dibolehkan. Selain itu, ketika menziarahi kematian atau ke tanah perkuburan orang bukan Islam, kita dilarang daripada menyertai atau melakukan sebarang bentuk ritual atau upacara keagamaan yang bertentangan dengan Islam.

Kita juga tidak boleh menunjukkan tanda pengagungan kepada si mati seperti menundukkan kepala kepada jenazah atau gambarnya. Apa yang boleh dilakukan ialah seperti mengucapkan takziah atau memberikan kata-kata sokongan kepada ahli keluarga atau waris si mati. Kita juga dibenarkan untuk memberikan sumbangan kepada mereka sebagai satu bentuk hadiah atau sedekah atas kematian yang berlaku.

Tersebut dalam kitab Syarah Qalyubi dan 'Umairah:

 ويجوز للمسلم اتباع جنازة قريبه الكافر وأما زيارة قبره (فالصواب) جوازها وبه قطع الا كثرون

artinya : Dan harus bagi orang Islam ikut jenazah keluarganya yang kafir. Adapun ziarah kubur orang kafir maka pendapat yang benarnya ialah harus. Pendapat inilah yang memutuskannya oleh yang paling ramai. Walahua'lam.







Jirat Cina di Bukit Jugra

Saiz kuburan menunjukkan status ekonomi simati di Jirat Cina Bukit Jugra

BACAAN LUAS:

Kerja-kerja Pembangunan Berkaitan 
Tanah Perkuburan di Kuala Langat bagi tahun 2013-2014



RUJUKAN:


Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
3 SEP 1924
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0232346W
Hit
:
.
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
24 JUN 1925
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0235977W
Hit
:
.
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
7 OCT 1931
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0273673W
Hit
:
.
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
2 DEC 1929
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0257937W
Hit
:
.
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
23 MAY 1922
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0220969W
Hit
:
.
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
19 AUG 1921
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0217169W
Hit
:
.
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
17 OCT 1930
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0268189W
Hit
:
.
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
30 MAR 1926
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0241179W
Hit
:
.
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
11 APR 1929
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0258690W
Hit
:
.
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
3 SEP 1924
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0232345W
Hit
:
.
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
1 JUL 1901
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0098445W
Hit
:
20
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
4 APR 1919
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0204493W
Hit
:
.
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
1 OCT 1928
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0257180W
Hit
:
.
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
18 JUL 1923
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0227088W
Hit
:
.
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
13 MAY 1911
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0157712W
Hit
:
78
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
15 MAY 1911
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0157747W
Hit
:
63
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
5 FEB 1908
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0140515W
Hit
:
54
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
31 JAN 1908
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0140457W
Hit
:
46
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
16 MAY 1911
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0157751W
Hit
:
45
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT

Fakta Menarik tentang Stadium Jugra di Telok Datok

  Penyediaan kemudahan awam secara sistematik  di Kuala Langat  hanya bermula apabila British menyediakan  sistem pentadbiran moden. Perkemb...