DUNGUN - Hubungan sulit pasangan penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan yang menjadikan se-buah rumah teres sebagai lokasi berasmara mengundang padah.
Ini sebab, tempat persembunyian mereka di kawasan kediaman penduduk diserbu pihak Penguat kuasa Jabatan Agama Daerah.
Perbuatan sumbang itu terbongkar apabila serbuan dilakukan kira-kira jam 1.20 pagi di rumah bernombor PT 7098 Taman Rakyat Jaya, Gong Pasir Dungun itu membawa kepada penahanan sepasang kekasih berumur 19 tahun yang masih menuntut di IPTA tempatan.
Berikutan itu, pasangan terbabit, Zaki Arif Ahamad, 19 dan pasangannya, Puteri Noor Faten Aroha Ibrahim @ Othman, 19, didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Dungun mengikut Seksyen 31 (a) dan ( Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda maksima RM3,000 atau tidak lebih dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Mengikut sebahagian ringkasan kes, kertas pertuduhan yang dibaca Pendakwa Raya Syarie, Azmi Tengah dalam prosiding perbicaraan yang berlangsung pagi semalam, ketika serbuan dilakukan, pintu utama tertutup dan berkunci manakala tingkap tertutup rapat.
Sebaik salam diberikan anggota penguat kuasa, pintu rumah kemudiannya dibuka seorang perempuan (tertuduh perempuan), keadaan dalam rumah ketika itu gelap sebelum anggota penguat kuasa mengarahkan tertuduh membuka lampu.
Selepas pemeriksaan dilakukan mendapati, seorang lelaki (tertuduh lelaki) sedang berbaring di bawah tilam dalam sebuah bilik nombor satu.
Hasil siasatan, pasangan terbabit yang ketika itu difahamkan masih lagi belajar di pusat pengajian tinggi didapati tidak mempunyai hubungan sah sebagai suami isteri.
Selepas mendengar hujah yang dikemukakan Pendakwa raya yang mengambil kira pengakuan dan rayuan yang dibuat kedua-dua tertuduh, Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah akhirnya menjatuhkan hukuman denda RM2,300 atau dua bulan penjara kepada pasangan terbabit.
Kedua-dua tertuduh, Zaki Ariff dari Telok Panglima Garang, Selangor dan pasangannya, Puteri Noor Faten Farah Aroha dari Setiu, Terengganu, masing-masing yang tidak diwakili peguam akhirnya memilih untuk membayar denda untuk membolehkan mereka dibebaskan oleh mahkamah.
Tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula tempat tumpah darahku...berbagai pengalaman hidup, asam garam pahit manis kehidupan aku lalui di sini..Mana mungkin aku melupakanmu, Duhai kampungku, Telok Panglima Garang...kau tetap di hatiku
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Fakta Menarik tentang Stadium Jugra di Telok Datok
Penyediaan kemudahan awam secara sistematik di Kuala Langat hanya bermula apabila British menyediakan sistem pentadbiran moden. Perkemb...
-
Salam buat semua. Salam takziah buat semua keluarga juruterbang dan kru nahas helikopter TLDM di Lumut semalam. Hanya satu nasihat Atok buat...
-
Salam buat semua. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang buat kita semua memohon keampunanNya, mengharapkan bela...
-
Salam buat semua. Entri Atok kali ini masih mengenai Cameron highlands. Kalau dalam entri yang lepas, Atok ada ceritakan sejarah penerokaa...
-
Salam buat semua. Hari ini Jumaat 2 Mei 2014. Jam dekat tangan aku menunjukkan pukul 11:35 pagi. Ya, memang hari ini hari persekolahan . Su...
-
Salam buat semua. Apa khabar waris-waris Atok dan Wan di mana sahaja korang berada. Semoga sihat walafiat dan di dalam peliharaan Allah SWT....
-
Salam buat semua. Bertemu kita lagi dalam blog Atok ini. Atok dan Wan amat bersyukur kerana masih diberi kesempatan Allah SWT untuk terus me...
-
Salam buat Semua. Syukur Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk kita bersama sehari lagi di dunia ini, memohon keredaan serta ke...
-
Salam Ramadhan buat semua. Syukur kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk bertaubat dan beribadat sehari lagi. Semoga keberkatan bula...
-
Salam buat semua. Wah, semua nampak sihat-sihat jer.Alhamdulillah. Pertama-tama marilah kita panjatkan rasa kesyukuran kita kita ke hadrat A...
-
Salam buat semua pembaca blog aku ini. Terima kasih ler kerana sudi menjenguk kat sini. Blog aku ini ,pada mulanya ketika aku mula menulis,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan