Isnin, 30 Mei 2011

Dah makin jahat dah budak-budak Telok?

BERITA

Lima pelajar sekolah curi motosikal ditahan
KUALA LANGAT:  Polis menahan lima remaja termasuk empat yang masih bersekolah, dipercayai anggota kumpulan curi motosikal yang bergerak aktif di sekitar daerah ini, Puchong dan Shah Alam dalam beberapa tangkapan Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Zulkifli Mohamad berkata kesemua mereka yang berusia antara 15 dan 17 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di Teluk Datok dan Banting di sini dan Klang dekat sini selepas polis mendapat maklumat berhubung kes kecurian motosikal.

Beliau berkata hasil siasatan kesemua suspek terbabit, polis menemui beberapa rangka motosikal yang enjinnya dipercayai diceraikan oleh kumpulan remaja terbabit.

"Kita juga percaya kumpulan remaja ini mencuri motosikal di rumah-rumah dan tempat letak kenderaan di pasar raya sejak dua bulan lepas," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Zulkifli berkata polis sedang mengesan lima lagi individu yang dipercayai turut terbabit dalam kes kecurian motosikal di sekitar daerah Kuala Langat.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis percaya siasatan kes pembunuhan kejam seorang remaja yang dikerat sebelum dibakar di Jalan Mengkuang, Teluk Panglima Garang pada 7 Jun lepas, selesai berikutan penahanan lima lelaki dalam serbuan di Serdang.

Zulkifli berkata empat suspek berumur lingkungan 20-an ditahan beberapa hari selepas polis mengenal pasti identiti mangsa sebagai G. Kesava Rao, 22, yang disahkan oleh keluarga mangsa setelah membuat pengecaman, sehari selepas penemuan mayatnya.

Suspek kelima seorang lelaki yang berusia awal 20-an ditahan kira-kira pukul 1 tengah hari ini juga di Serdang, katanya. BERNAMA

1 ulasan:

Kuburan Lama di Bukit Jugra dan Kuala Langat

Salam buat semua. Salam takziah buat semua keluarga juruterbang dan kru nahas helikopter TUDM di Lumut semalam. Hanya satu nasihat Atok buat...