Salam. Bertemu kita semula..Sepanjang tahun 70-an tak banyak berita tentang Telok dan Sijangkang. Mungkin tak ada apa yang sensasi berlaku di kampung kita. Cuma banyak iklan -iklan kerja dan tender pembangunan memandangkan status Telok dah berubah, daripada kampung tradisional kini menjadi zon perindustrian bebas. Banyak kilang menawarkan pekerjaan bererti migrasi masuk penduduk luar ke Telok bermula..Ramai kemudiannya memilih untuk menetap di Telok dan beranak pinak di sini...Selamat Datang semua.
Tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula tempat tumpah darahku...berbagai pengalaman hidup, asam garam pahit manis kehidupan aku lalui di sini..Mana mungkin aku melupakanmu, Duhai kampungku, Telok Panglima Garang...kau tetap di hatiku
Khamis, 9 Januari 2014
Isnin, 6 Januari 2014
Keratan Akhbar tentang Telok Selepas Merdeka dan tahun 60-an
Salam. Kembali bersama. Kali ini Telok selepas merdeka...masih banyak berita tentang Sijangkang...Aku pelik juga kenapa Sijangkang dirujuk sebagai sebahagian Klang? Kalau hampir ke Klang,oklah diterima tetapi kalau di dalam daerah Klang aku kompius ler pasal Sijangkang memang di dalam pentadbiran Kuala Langat. Apa pun korang bacalah kisah yang berlaku masa itu. Kalau korang nak tahu bila tarikh keratan ini diambil, pergi dekat keratan itu, klik kanan, save image dan korang akan tengok nombor failnya, itulah tarikh akhbar itu dikeluarkan...OK, bhai....pleasant reading
Pemenang hadiahPertandingan Menulis Karangan BM jatuh kepada....
Bebudak sekolah Agama kat Sijangkang dah pandai berdemo pulak!
Tender buat jalan kat Sijangkang
Menteri ancam nak letak jawatan...apahal pulak dengan Sijangkang?
Rintihan Jawa Sijangkang
Projek Kebun kat Telok Mengkuang dan Sijangkang
Belajar Bahasa Melayu dengan merujuk keratan berita
Indeks Halaman Utama
Sabtu, 4 Januari 2014
Keratan Akhbar tentang Telok Sebelum Merdeka
Salam buat semua. Bertemu lagi kita pada entri kali ini. Syukur alhamdulillah. Tentu ramai yang tertanya-tanya tentang perkembangan Telok dulu kala.Oh, tak sabar-sabar korang menanti,ya. Hari itu, maksud saya setahun yang lalu..oops, bulan 12 2013 lalu, ada saya tulis dan paparkan tentang Jenjarom. Jadi kali ini, saya akan hidangkan keratan akhbar tentang Telok, Kg. Medan, Kebun Bharu dan Sijangkang pulak. Banyak benar ceritanya, tapi to my surprise, banyak cerita dari Sijangkang berbanding Telok. Maknanya Jawa Sijangkang lebih sensasi daripada Melayu Telok. Seperti biasa , saya bahagi-bahagikan ikut era masa; sebelum merdeka, tahun 60-an, 70-an dan 80-an...Tapi korang kenalah lawat blog saya ini selalu kerana saya akan sentiasa updatekan kalau ada artikel lama yang terbaru,ok? Janji?Yang lain itu korang buka ler sendiri kat internet ini dan jangan lupa beritahu saya kalau ada yang menarik. Kita kongsi-kongsikan,ya? So, ini berita bukan aku yang cipta, memang sebagaimana yang dilaporkan. Kalau ada yang tersinggung, saya minta maaf banyak-banyak. Bukan niat nak mengutuk,menghina atau mengungkit kisah silam hitam sesiapapun. Maaf, sejuta kali kemaafan saya pinta terlebih dahulu. So, reset minda...I bring you The Blast from The Past...Hihihihi
Kisah Tok Penghulu TPG masa dulu-dulu
Tender Beli Tong Dram Terpakai Kerajaan
Kejadian Bot Karam di Sungai Buaya OTW ke Bandar dari Telok
Pertandingan Antara Sekolah Melayu di Kuala Lumpur, Selangor
Anak Telok ke London!
Ribut Melanda Sijangkang
Pameran Kraftangan di Klang
Bila Jawa Sijangkang Marah....
Pelajar Pintar di Sijangkang
Budak-budak Sijangkang ke Singapura
Langgan:
Catatan (Atom)
Fakta Menarik tentang Stadium Jugra di Telok Datok
Penyediaan kemudahan awam secara sistematik di Kuala Langat hanya bermula apabila British menyediakan sistem pentadbiran moden. Perkemb...
-
Salam buat semua. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang buat kita semua memohon keampunanNya, mengharapkan bela...
-
Salam buat semua. Entri Atok kali ini masih mengenai Cameron highlands. Kalau dalam entri yang lepas, Atok ada ceritakan sejarah penerokaa...
-
Salam buat semua. Hari ini Jumaat 2 Mei 2014. Jam dekat tangan aku menunjukkan pukul 11:35 pagi. Ya, memang hari ini hari persekolahan . Su...
-
Salam buat semua. Bertemu kita lagi dalam blog Atok ini. Atok dan Wan amat bersyukur kerana masih diberi kesempatan Allah SWT untuk terus me...
-
Salam buat Semua. Syukur Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk kita bersama sehari lagi di dunia ini, memohon keredaan serta ke...
-
Salam buat semua. Apa khabar waris-waris Atok dan Wan di mana sahaja korang berada. Semoga sihat walafiat dan di dalam peliharaan Allah SWT....
-
Salam buat semua. Wah, semua nampak sihat-sihat jer.Alhamdulillah. Pertama-tama marilah kita panjatkan rasa kesyukuran kita kita ke hadrat A...
-
Salam buat semua pembaca blog aku ini. Terima kasih ler kerana sudi menjenguk kat sini. Blog aku ini ,pada mulanya ketika aku mula menulis,...
-
Salam buat semua. Atok dan Wan kembali lagi ke alam maya untuk bersama-sama korang. Salam takziah untuk keluarga mangsa-mangsa kapal terbang...
-
Salam buat semua. Apa khabar? Semoga semuanya sihat-sihat belaka walaupun ramai yang demam pilihanraya sampai mengigau-ngigau sambil memaki ...