Memaparkan catatan dengan label bintang tiga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bintang tiga. Papar semua catatan

Khamis, 23 September 2021

Antara Banting, Komunis dan Hutan Simpan Kuala Langat

Salam buat semua. Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik buat Atok sekeluarga dan pembaca setia blog Atok ini.  Dah agak lama Atok tak bersembang dengan korang. Kali terakhir Atok bercerita pasal babi, Cina Tanjung Sepat serta Melayu di Batu Laut. Atok nak jelaskan dekat sini bahawa Atok bukan racist atau bersifat perkauman. Atok pesara guru. Sifat pilih kasih atas dasar kaum memang kepantangan Atok. Bagi Atok, kita manusia tiada bedanya kecuali atas dasar keimanan dan ketakwaan. Dulu Atok bersekolah di M.E.S Telok Datok. Kawan Atok ada semua kaum. Bukan setakat berkawan, bertumbuk pun Atok pernah dengan bebudak Cina Jenjarom dahulu. Bukan kerana dia Cina, tapi kerana mulut kurang ajar dia Atok cepuk dia. Kalau dia Melayu pun Atok lanyak. Kata orang, orang berubi kita merasa, orang tak berbahasa, rasakan amukan Atok. HAHAHA..

Hahaha...Atok tak ada masalah dengan siapapun, asalkan dia baik. Tapi tentang Cina Komunis ini Atok berwaspada. Selagi dia kategori kafir zimmi, kafir yang patuh undang-undang negara kita, Atok no problem. Tapi kalau kafir ini dah mula besar kepala, nak mencabar umat Islam, Atok mula asah parang, standby. Tunggu Agong atau ulama declare jer. Jangan sampai cacing naik ke mata, jangan beri muka dan pijak kepala. 

Sebab itu kalau korang baca blog Atok ini banyak entri tentang keganasan komunis. Bukan kerana bangsanya tapi kerana pendirian anti Tuhannya. Apatah lagi nak rampas kuasa dengan memberontak. Hey, babi! Ini negara orang Islam, ada sultan ada ulama, ada maruahnya, bukan sesuka hati kau buat negara ini macam tempat asalmu. Dah cukup ramai orang Melayu kau bunuh sesuka hatimu kerana kononnya mereka tali barut Jepun. Baru 14 hari kau bermaharaja lela, huru hara Tanah Melayu kau buat. Bila buku bertemu ruas, baru kau mengalah. Bila Melayu Batu Pahat balas dengan mengamuk dan membunuh kaum kau di bawah pimpinan Imam Salleh Selempang Merah, baru kau rayu Sultan supaya hentikan pembalasan. Bila Melayu di Parit bakar sederet kedai Cina kat situ, sampai sekarang tak ada seekor pun anak keturunan bangsa komunis ini yang tinggal di sana.



Tapi itu dahulu, dah 76 tahun peristiwa itu berlaku. Ramai yang tak tahu atau tak baca sejarah hitam negara. Jadi, apabila Atok terbaca di akhbar baru-baru ini tentang Hutan Simpan Kuala Langat Utara dinyahwartakan di mana 54% daripada keluasan hutan ini dikategorikan sebagai pembangunan bercampur, Atok dah agak dah. Kepimpinan negeri tunduk kepada desakan kapitalis dan pemaju. Betapa Melayu boleh dibeli jiwa dan maruahnya, hanya kerana habuan duniawi yang sedikit. Apatah lagi kalau majoriti exco dan wakil rakyatnya bukan Islam. Baru-baru ini Selangor mengesah, melulus serta menyahwartakan kawasan seluas 536.7 hektar Hutan Simpan Kuala Langat Utara sehingga mendapat bantahan pelbagai pihak. Habis marah seluruh negara kerana hutan simpan yang tinggal sekangkang kera itu hendak ditarah atas nama pembangunan. 

Terdapat beberapa komuniti Orang Asli yang bergantung kepada kesejahteraan ekosistem hutan di sebelah barat HSKLU. Malah keputusan itu juga bertentangan dengan Rancangan Fizikal Negara dan Dasar Pembangunan Negara. HSKLU memenuhi syarat sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Tahap Pertama di bawah Rancangan Fizikal Negara Ketiga, di mana ia seharusnya dilindungi dan tiada penukaran atau sebarang projek pembangunan dibenarkan di atas HSKLU. Tambahan pula, Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 bertujuan untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 32 peratus daripada Selangor sebagai litupan hutan. Rancangan Tempatan Kuala Langat 2030 pula telah mengkategorikan HSKLU sebagai zon tanpa pembangunan.


Walaupun kerajaan negeri meluluskan sebahagian kawasan untuk penggantian baki Rizab Orang Asli Busut Baru iaitu seluas lebih kurang 42.1 hektar di bawah Seksyen 7, Akta Orang Asli 1954 dan isu tuntutan perizaban kawasan Orang Asli Busut Baru seluas lebih kurang 404.6 hektar sebagai penggantian kawasan disebabkan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejak 2006 dapat diselesaikan, Atok sangsi jikalau hak pemilikan tanah ini tidak dibuat secara en block  (geran berkelompok) sebagaimana yang diamalkan oleh FELDA, besar kemungkinan tanah-tanah ini juga akan lenyap ke tangan orang lain (pemaju hartanah) yang menawarkan pampasan lumayan kepada orang-orang asli ini yang akhirnya melihat kehidupan orang asli ini kembali ke takuk lama tanpa tanah.

Kalau nak dikirakan, pembangunan fizikal di Selangor tidak akan terhenti kerana Selangor negeri maju, tempat tumpuan manusia di Malaysia ini. Airport KLIA pun kini semakin meluas dan pesat membangun, Dahulu hanya ada satu terminal sahaja, kini ada sudah Terminal Dua. Tak lama lagi mungkin akan ada Terminal 3 dan 4 di samping Terminal Kargo sebagaimana Lapangan Terbang Changi di Singapura. Tak mustahil, tak lama lagi, pembangunan KLIA sampai ke tepi pagar sempadannya  dengan  Kg. Bukit Changgang atau Kg. Bukit Bangkung. YA, pembangunan akan berterusan. Tetapi di manakah yang dikatakan pembangunan mampan itu? Pembangunan fizikal yang diimbangi kelestarian alam sekitar?

Kelestarian alam sekitar bukan maksudnya pembangunan hartanah yang diselangi beberapa tanaman hijau di sekeliling. Haah. Di sinilah berlaku pertembungan antara perancangan dan kerakusan manusia. Biasanya kerakusan manusia mengatasi pertimbangan ekologi dengan pelbagai alasan yang retorik.

Dalam kerajaan negeri yang kurang mesra terhadap kaum peribumi dan alam sekitar kini terbukti mereka menang walaupun memusnahkan alam sekitar. Mereka seolah-olah mahu membalas dendam kesumat di atas kekalahan perjuangan komunis datuk nenek mereka di hutan yang sama ini pada era Darurat dahulu. Mereka tidak melupakan peristiwa pengeboman hutan ini oleh tentera British dan Komanwel untuk membunuh saki baki pengganas yang menjadikan hutan ini pengkalan mereka melakukan pemerasan serta kekerasan termasuk pembunuhan yang kejam terhadap rakyat umum ketika itu. Mereka tahu hutan ini menjadi saksi pembunuhan datuk nenek mereka yang memberontak terhadap sultan dan kerajaannya demi menegakkan negara komunis berkiblatkan Tanah Besar China. Beberapa orang Melayu yang bersama mereka dijadikan pemimpin boneka bagi mencapai tujuan. Sebab itulah orang Melayu menentang mereka habis-habisan. Orang Melayu bersatu dengan British yang kafir itu bagi menentang musuh yang lebih besar dan berbahaya jika dibiarkan hidup. Sebab itulah kaum pendatang sepet ini tidak berani mengangkat muka terhadap orang Melayu serta Sultannya sehinggalah kini. 

PKM kononnya dikatakan menentang penjajah, namun perjuangan mereka bukannya berlandaskan konsep pembentukan negara Malaysia merdeka yang berteraskan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Perjuangan komunis adalah perjuangan bersenjata dan mengorbankan banyak jiwa serta menyusahkan rakyat. Kini, perjuangan ideologi sebuah parti politik pembangkang juga kelihatan mesra dengan pengaruh ideologi Komunis yang mencabuli maruah kemerdekaan negara Malaysia. 

Dalam satu majlis memperingati Ulang Tahun Ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang diadakan di Kajang di mana hampir 400 veteran dan bekas pejuang PKM menghadiri majlis secara terang-terangan., seorang pemimpin kanan parti pembangkang ini dalam ucapannya melahirkan simpati kepada perjuangan PKM dan berbangga bahawa datuk dan abangnya pernah bersama perjuangan PKM tanpa mengambil kira sensitiviti kaum dan perasaan para perajurit, polis, tentera dan Home Guard yang bermati-matian membela tanah air tercinta ini. Simboliknya, dengan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara ini mereka merasakan mereka telah menang mengangkat martabat perjuangan datuk nenek mereka atas alasan pembangunan.

                         

Mungkin ramai tertanya-tanya mengapa Atok membawa cerita lama yang sudah basi dan tidak ada kena mengena dengan Banting. We may forgive but we should never forget! Memang komunisme cerita lama malah China Komunis di Tanah besar pun kini beralih ke arah kapitalisme. Mereka juga kini berebut-rebut untuk menguasai ekonomi dunia bahkan kini cuba menguasai Laut China Selatan. Sejarah mungkin berulang kembali. Apa yang tidak tercapai oleh Jepun ketika Perang Dunia Kedua mungkin boleh tercapai oleh China dengan sedikit tipu daya dan suapan materialistik. Walaupun fahaman berbeza, kesepaduan mereka atas semangat perkauman yang dipupuk sekian lama di sekolah vernakular dan sistem perniagaan mereka terbukti. Malah kesetiaan mereka kepada parti politik Cina yang prokerajaan juga berubah apabila 90% daripada mereka mengundi parti pembangkang ketika PRU 14 dahulu. 

Tentang perkaitan PKM dengan Banting dan Kuala Langat ketika era Darurat (1948-1960), hubungannya sangat jelas. Biar Atok terangkan satu persatu kronologi sejarahnya. Menurut keterangan akhbar di bawah, Pihak PKM menjadikan Kuala Langat dan Sepang sebagai pusat pengumpulan makanan serta bahan keperluan dan jaringan perisikan mereka untuk menanam rasa takut  dan gerun rakyat terhadap Komunis. Ketika itu, Perkampungan baru telah dibina di tiga lokasi di daerah Sepang dan Kuala Langat; Tanjung Sepat, Jenjarom di Kuala Langat dan Salak, Sepang. Kesemua komuniti Cina  di pinggir hutan dan Tamil  di estet berhampiran hutan diangkut dan dipindahkan ke sana, dengan sedikit imbuhan wang ringgit oleh kerajaan manakala orang Melayu diangkut ke perkampungan baru di  Kampung Baru Bukit Changgang, Kampung Lang Baru, Kampung Endah dan Kanchong Darat berhampiran pekan Banting. 

Perpindahan ini memang menyusahkan kerana mereka terputus punca pendapatan seharian sebagai penoreh getah dan pekerja estet, maka kerajaan memberi mereka bantuan tetap wang saku secara bulanan, di samping ration makan dan kemudahan lengkap di kampung-kampung baru (Cina) ini. Walaupun berpagar dan berkawat duri, keselamatan mereka terjamin dengan terbinanya balai polis di situ.

Contoh Pelan Kampung Baru Cina

Contoh Pelan Kampung Baru Melayu Bukit Changgang

Ironinya, bantuan sedemikian tidak pula diberi kepada orang Melayu di perkampungan baru mereka. Mereka terpaksa mengangkut sendiri rumah asal mereka ke kawasan baru ini.

KAMPUNG ENDAH

Kampung baru ini merupakan satu-satunya kampung baru yang penduduk-penduduknya 100% terdiri daripada orang Melayu. Ramai penduduknya berasal dari kampung Batu, pinggir hutan, kampung Delek, kampung Kanchong Tengah, dan kampung sekitarnya. Hampir keseluruhannya penduduk kampung ini adalah dari keturunan Jawa. Kampung ini bersempadankan kampung Kanchong Tengah, Kampung Tali Ayer. Kampung baru ini mempunyai keluasan 60 ekar tidak termasuk tanah yang diperuntukan untuk padang bola, kubur dan masjid. Tapak kampung baru ini dibeli dari ladang Ah Kon oleh kerajaan. Sebelum dibeli oleh kerajaan, kebun ini ditanami dengan pokok getah. Kerajaan bertindak membeli tanah ini kerana tidak ada kawasan yang sesuai untuk memindahkan mereka. 

Pada mulanya kerajaan mahu memindahkan mereka ke kampung Tali Ayer tetapi penduduk-penduduk yang terlibat tidak mahu kerana kesukaran untuk mencari sumber kehidupan. Penduduk yang terlibat semasa perpindahan dianggarkan seramai 300 orang mengandungi 50 keluarga. Setiap keluarga akan menerima setengah ekar sebagai tapak rumah dan tanah pertanian. Mereka diberi ganti rugi sebanyak $100.00 di atas segala kehilangan tanaman mereka. Keadaan sosial dan kemudahan asas ketika mereka berpindah sangat menyedihkan. 

Kerajaan tidak menyediakan perumahan walaupun penduduk memintanya . Oleh itu mereka terpaksa membina rumah sendiri dari kayu-kayu yang dicari dari kawasan sekitarnya. Rumah-rumah mereka hanya sekadar boleh dibuat tempat berteduh dan sangat daif. Jalan raya hanyalah lorong jalan kaki sahaja sebagai penghubung dengan jalan utama. Paip air hanya disediakan setelah setahun penempataan bermula iaitu pada tahun 1951.  Tempat ibadah seperti masjid dan surau telah didirikan dengan cara gotong royong oleh penduduknya. Pada awal penubuhan kampung ini kehidupan seharian mereka sangat sukar. Mereka terpaksa menanam sayur dan ubi kayu untuk dijadikan makanan asas. Mereka terpaksa mengambil upah menoreh getah di kampung berhampiran untuk menambah pendapatan. Walau bagaimanapun harga getah yang melambung pada tahun 1950-an telah dapat meringankan tanggungan mencari nafkah kehidupan penghuni-penghuni kampung.  

KAMPUNG KANCHONG DARAT  

Kampung ini terletak lebih kurang 4 batu dari pekan Banting. Kampung ini bersempadankan Kampung Sungai Lang, Revolusi Hijau di sebelah barat laut, kampung sungai Lang Tengah di barat dan di utaranya terletak  kampung Batu. Penduduk-penduduk asal kampung ini terdiri dari orang Melayu. Kemudian diikuti suku Banjar dan orang-orang Jawa. Pada tahun I952 , jumlah penduduk kampung ini kira-kira 600 orang. 

Apabila berlakunya darurat dan diikuti oleh rancangan Briggs, kerajaan telah mengambil langkah untuk menempat dan mengatur semula komposisi penduduk kampung ini. Penduduk keturunan Cina yang ramai di Kanchong Bengkok telah diarahkan berpindah ke pekan Banting. atau pun ke kampung baru Jenjarom. Orang Melayu, Jawa dan pribumi yang lain dikekalkan di kampung ini. Kerajaan tidak mengubah kedudukan tempat tinggal mereka. Oleh itu kita dapat katakan bahawa kampung ini bukanlah satu penempatan atau kampung baru tetapi sebuah kampung yang telah diasingkan penduduknya dengan kaum asing. Penyusunan komposisi penduduk kampung ini tidak mengubah dengan drastik kehidupan mereka. 

Di dalam kegiatan ekonomi kampung ini merupakan pengeluar kopi, kelapa, kelapa sawit yang penting di kuala Langat. Hasil tanaman akan dijual kepada peraih-peraih yang datang untuk membelinya. Oleh itu wujud perhubungan yang agak baik di antara mereka . Di samping itu mereka juga mengusahakan tanaman makanan seperti ubi kayu, keledek dan sebagainya. Kemudahan asas seperti air, elektrik, jalanraya, dewan dan sekolah kurang mendapat perhatian dari kerajaan. Hanya jalan raya. sahaja. yang disediakan oleh kerajaaan kerana kampung ini terletak di kawasan laluan ke Morib. Sekolah tidak didirikan oleh kerajaan. Walau bagaimanapun orang- orang kampung telah berusaha sendiri untuk membina sekolah agama. Sekolah ini asalnya dibina pada tahun 1942. Kerajaan tidak berusaha untuk membantu membaiki bangunan sekolah yang diperbuat daripada kayu dan atap ini. Murid-muridnya terdiri daripada penduduk sekitar kampung ini dan guru-gurunya mengajar secara sukarela dan kadang kala diberi sedikit sagu hati daripada penduduk kampung.

Keselamatan mereka tanggung jawab mereka sendiri di bawah Home Guard yang dilakukan dalam kalangan mereka juga. Pasukan pengawal kampung ( Home Guard ) ditubuhkan untuk membantu pasukan keselamatan membenteras pengganas. Di samping itu sebagai alat perhubungan awam atau information' pasukan keselamatan dengan orang awam dan pihak musuh. Pasukan ini adalah satu pasukan sukarela dan ahlinya terdiri daripada mereka yang telah berusia 18 hingga 55 tahun. Mereka boleh bertugas sepenuh masa atau dalam masa yang tertentu sahaja. Bagi pengawal Kampung yang bertugas sepenuh masa mereka akan diberi elaun sebanyak. $150.00 sebulan.  Pasukan ini juga terbuka kepada kaum wanita dan diberi layanan yang sama dengan kaum lelaki. Pada waktu malam para penduduk tidak dibenarkan memasang lampu atau api kerana dapat menarik perhatian pengganas komunis untuk melakukan kekacauan. Ini kerana dipercayai pengganas berkeliaran di sekitar kampung Sungai Lang, dan Simpang Bengkok. 

Berbalik kepada peristiwa pengeboman hutan ini oleh 1st Suffolk Regiment yang dilakukan pada bulan Julai tahun 1952, kejayaan dicapai dengan terbunuhnya Ketua Komunis "The Kajang Gang" yang digeruni di selatan Selangor  bernama Liew Kon Kim, yang lebih terkenal sebagai Si Janggut bersama teman wanitanya. Si Pencinta Wanita yang berumur 30-an ini tersungkur membaham bumi manakala wanita simpanannya yang baru berumur 20-an itu ditembak mati kira-kira 50 meter jarak daripadanya. Mati ketika sedang menikmati kopi petang itu. Mayat seorang lagi komunis bertaraf Ketua Platun bernama Kong Fah juga ditemui di dalam hutan tersebut. Mayat- mayat mereka dibawa keluar dan dipamerkan di balai polis Telok Datok sebelum diarak dengan lori ke Balai Polis Kg. Baru Jenjarom dan Kg. Baru Tanjung Sepat untuk memaklumkan kejayaan pihak berkuasa membanteras ancaman komunis di Kuala Langat.

Kejayaan pihak kerajaan membunuh Ketua Pengganas Kajang Si Janggut
 tercatat dalam laporan rasmi



              


Kemudian dalam tahun yang sama, pada 26 November 1952, satu lagi kejayaan besar menentang Komunis berlaku di Hutan Simpan ini. Empat orang komunis termasuk ketua mereka, Kong Har, pengganti Si Janggut, telah ditembak mati oleh pasukan 1st Suffolk Regiment  yang sama. Serangan udara terus dilakukan oleh skuadron No. 83 RAF dan No.1 Royal Australian Air Force di sebelah selatan Hutan Simpan Kuala Langat ini. Pada Disember 1952, Hutan Simpan ini kembali bergegar dengan serangan bom bertalu-talu oleh  39th Battery dari Royal Regiment of Artillery dengan dibantu oleh kapal terbang jenis Auster dari skuadron ke-656 A.O.P yang bertindak sebagai pemerhati dari udara.

Dalam tahun 1955, Rahsia pergerakan sulit mereka terbongkar dengan pembunuhan 3 agen komunis. Dokumen rahsia yang ditemukan bersama mereka mendedahkan betapa Banting menjadi pusat pengumpulan makanan. Dalam sehari sahaja, 214 kati beras dan 253 ela kain untuk pakaian ketenteraan mereka dihantar dari Banting dengan lori ke destinasi yang ditetapkan. Sebenarnya PKM ini mempunyai ratusan penyokong mereka dalam Min Yuen (sudah pasti majoriti mereka berbangsa Cina) di Kuala Langat. Berdasarkan dokumen rahsia tersebut, dalam satu malam sahaja, pihak Polis (Cawangan Khas) telah berjaya menangkap 34 daripada 35 orang yang terbukti penggerak aktif Komunis di pekan Banting dan sekitarnya. Mereka ada ejen perisik dalam Polis bahkan di dalam kampung-kampung baru. 


keratan akhbar pembongkaran jaringan penghantaran makanan untuk komunis di Kuala Langat

 Kemuncak penyerangan ke atas pihak komunis di Kuala Langat ini adalah dalam Operasi Nassau dalam bulan 1955. Pihak kerajaan mula memindahkan penduduk kampung dan estet di pinggir hutan ini sebelum mengebom bertalu-talu ke arah hutan tersebut dari pelbagai arah, udara dan darat. Hutan di sebelah selatan digempur habis-habisan setelah mendapat maklumat risikan dan dokumen rahsia PKM yang bocor setelah beberapa pengganas dibunuh di daerah ini. Dalam serangan bertalu-talu daripada meriam artilleri, pengeboman dari udara dan tembakan meriam dari kapal pemusnah di laut, memberi kesan mendalam kepada pergerakan terbatas pengganas komunis, di samping menaikkan moral dan semangat masyarakat sekeliling. Selang dua hari pengeboman, suasana menjadi sepi selama 3 hari. Pada masa itu pihak tentera menabur risalah meminta pengganas menyerah diri. Namun semangat perjuangan komunis tidak luntur. Walaupun dibom bertalu-talu, PKM mampu bertahan walaupun mereka terpaksa berundur meninggalkan hutan Kuala Langat ini.  Mereka terus melakukan penentangan secara gerila. Rejimen Diraja Hampshire  kemudian masuk dan menyelongkar hutan tersebut. Terbukti memang wujud kem komunis yang besar, lengkap dengan markas, pondok dan ruang masak dalam hutan ini.
 Rejimen Artileri Diraja menembak bom meriam secara berterusan selama 2 hari berturut-turut ke arah tempat pesembunyian pengganas komunis di Hutan Simpan Kuala Langat dalam tahun 1955.

Di dalam operasi ini, seramai 4 orang pengganas berjaya dibunuh, 3 menyerah diri manakala seorang lagi yang ditangkap mati akibat kecederaan. Kejayaan besar ini melumpuhkan pergerakan dan aktiviti prokomunis di selatan Selangor yang suatu masa dahulu menjadi kebanggaan PKM. Kalau suatu ketika terdapat 200 orang pengganas yang aktif di selatan Selangor, namun pada tahun 1954, jumlah itu semakin berkurang menjadi hanya 50 orang sahaja di hutan ini dan setelah operasi Nassau ini jumlah mereka semakin menurun menjadi 13 orang sahaja akibat ditangkap, atau dipujuk untuk menyerah diri kepada pihak berkuasa oleh keluarga mereka sendiri atau tertarik dengan tawaran pengampunan oleh pihak kerajaan. 

Operasi Nassau, dengan kerjasama banyak pihak termasuk Rejimen Diraja Hampshire, Rejimen Askar Fiji, Rejimen Artileri Diraja, Rejimen Askar Melayu, Pihak Polis, Home Guard berjaya melumpuhkan  pergerakan komunis di hutan Kuala Langat ini. Kejayaan ini berkat perancangan rapi pihak berkuasa yang melakukan pemeriksaan bekalan makanan di seluruh daerah. Sebarang lebihan bekalan makanan di setiap kampung dan estet dalam lingkungan 40 batu dirampas menyebabkan anggota komunis mengalami keputusan bekalan. Didapati banyak lokasi penyimpanan di sepanjang jalan raya Sepang- Port Dickson. Antara barangan yang ditemui berupa telor,pisang, ubi kayu, keledek dan teh. 


Akhirnya Pergerakan komunis di hutan simpan Kuala Langat ini lumpuh dan tidak bermaya. Kuala Langat diisytiharkan sebagai kawasan putih pada 23 September 1955 oleh DYMM Sultan Selangor, membolehkan kira-kira 65,000 penduduk Kuala Langat bergerak tanpa halangan, kuota beras dinaikkan daripada 3 kati kepada 5 kati. Semua pagar dan kawat berduri dibuka.

Tidak dapat dikenal pasti faktor  kejayaan menjadikan Kuala Langat sebagai kawasan putih, iaitu bebas ancaman komunis. Apakah kerana majoriti rakyat berbangsa Cina sudah muak dengan perjuangan komunis, atau mungkin mereka menukar strategi perjuangan untuk mendapatkan kerakyatan negara ini? Kalau mereka menentang Inggeris mereka dan keluarga mereka boleh dihalau pulang ke negara asal.  Buktinya, dalam bulan Ogos 1955, Penduduk-penduduk Cina di Banting telah menubuhkan  Good Citizens' Commitee, pergerakan rakyat menentang komunis yang pertama di Malaya. Tujuannya adalah sebagai alat perang saraf kerajaan memenangi hati  kaum Cina yang membenci perjuangan komunis. Ataupun, mereka menukar taktik perjuangan mereka kepada perjuangan di atas pentas politik yang sah serta menangguhkan matlamat menguasai negara tercapai ketika perpaduan antara kaum menjadi hambar serta kekuatan politik orang Melayu rapuh, seperti dalam PRU 14?

 
Atok tak dapat nak baca apa yang ada dalam kepala otak pemimpin mereka tetapi berdasarkan tindak tanduk mereka selepas berjaya ke Putrajaya dalam tahun 2018, memang banyak tafsirannya mirip sebagaimana yang diperjuangkan oleh PKM. Agenda mereka lebih jelas apabila berjaya memenangi Kerajaan Persekutuan selepas PRU-14, iaitu cubaan untuk mengubah identiti Malaysia daripada sebuah negara Islam kepada negara tanpa identiti yang senang dimanipulasi dengan tipu daya dan janji palsu. 

Konsep Malaysian Malaysia yang dibawa sebenarnya adalah tidak konsisten kerana mereka mahu berasimilasi tetapi pada masa yang sama juga ingin mengekalkan identiti-identiti kaum yang berbilang bangsa dan mengekalkan sekolah vernakular.

“Suara-suara yang mempersoal penduduk Melayu sebagai pemilik asal Tanah Melayu semakin kedengaran dan pelbagai cubaan lagi yang menunjukkan belang mereka yang ingit merampas hala tuju negara ini dari tangan umat Islam. Jadi, umat Islam mesti sedar agenda dan susur jalur perjuangan parti yang berasal dari komunis dan kongsi gelap ini".

Kini, Malaysia dan Kuala Langat terutamanya aman tenteram tanpa komunis, tetapi ketenangan daerah ini terancam oleh pembangunan. Cukuplah setelah ancaman komunis, hutan simpan ini disebelah selatan habis diteroka untuk pertanian dan pembinaan KLIA. Biarkanlah Atok serta anak cucu dan orang-orang kampung di Kuala Langat ini terus dapat menghirup udara segar dengan pengekalan Hutan Simpan Kuala Langat Utara ini.

Kesimpulannya, Atok nak khabarkan, ambil pengajaran atas apa yang telah berlaku dalam lipatan sejarah. Jangan terpedaya dengan janji manis musuh. Bergabunglah dengan pihak yang menyeru kepada perpaduan ummah. Atok nasihatkan anak-anak muda mendaftarlah sebagai pengundi dan sertailah badan politik yang ikhlas berjuang menegakkan agama Islam di negara kita. Jangan sampai Malaysia menjadi seperti mana Palestin pada tahun 1948, menjadi pelarian di bumi sendiri serta rakyatnya terpaksa mengungsi di seluruh dunia kerana tanah airnya dirampas kerajaan haram Israel sehingga kini.

Sesungguhnya, berpolitik atau bernegara ialah ciri terpenting bagi memakmurkan bumi dengan adil dan saksama mengikut hikmah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT ketika menciptakan manusia. Rasulullah SAW menegakkan negara dengan mendahulukan konsep perpaduan rakyat dalam masyarakat majmuk, bermula dengan menyatukan umat Islam. Seterusnya perpaduan itu disertai oleh golongan bukan Islam yang terdiri daripada kaum Yahudi, Kristian, Majusi dan lain-lain yang bersedia berada di bawah kepimpinan Islam. Hal yang demikian kerana, setelah beberapa lama mereka berada di bawah kepimpinan agama dan kaum sendiri yang tidak mampu menyelesaikan masalah dalaman, apatah lagi masalah dengan pihak lain. Masyarakat wajib menegakkan negara (politik) yang dipimpin oleh Islam. Negara yang berkebajikan kepada semua, bercirikan iman, Islam, ihsan, berdaulat dan berwawasan akhirat. Wassalam.

 
Rujukan:










































 

Rabu, 21 Julai 2021

Sejarah Menarik Kg. Batu Laut

Salam buat semua. Syukur Atok dan Wan kerana dipanjangkan Allah umur, disihatkan tubuh badan. Semoga korang, peminat blog Atok ini pun dikurniakan Allah SWT segala kebaikan hidup, dunia dan akhirat. Korang dah kena suntik vaksin ke belum? Atok dan Wan kau dah disuntik dos pertama hari tu. Dos kedua ini insha Allah, menyusul 20 Julai ini. Korang semua dah daftar, kan? Bagus, jangan macam sesetengah orang tu, antivaksin. Nak kata tak bersekolah, rasa-rasa ramai yang belajar sampai universiti. Setakat ini, sudah 3,4 orang kenalan dan kawan lama Atok yang telah pergi menghadap Ilahi kerana Covid 19 ini.

So, Atok rasa lantakkan diorang asalkan korang semua pergi cucuk tau! Kita cuma berikhtiar, yang lain itu ke serah bulat-bulat, bertawakal kepada Allah. Jangan bodoh-bodoh membabi buta menolak usaha Kerajaan, lepas itu kata kerajaan gagal. Pelik sungguh puak-puak ini! Alangkan orang Asli di pedalaman pun beratur mendaftar untuk divaksin, mereka pula menolak. Kita nak capai herd immunity supaya boleh jalani kehidupan macam biasa. So, pleaselah. Minta kerjasama semua ya.

Oh ya, entri Atok kali ini tentang kampung Batu Laut. Ya, Batu Laut dekat Tanjung Sepat tu. Atok dah buat kajian dah. Banyak sungguh sejarahnya! Daripada kisah pembukaannya hinggalah kisah komunis Bintang Tiga dan kandang babi di situ. 

Batu Laut dan Atok ada kisahnya. Atok pernah ke sana kerana Atok juga ada saudara mara di sana. Arwah datuk saudara Atok memang dikenali ramai di sana. Cina Tanjung Sepat pun kenal dia. Arwah bela anak angkat Cina sampai enam orang. Semuanya jadi muslimah yang baik. Mudahan-mudahan Allah rahmati rohnya. 

Atok juga ramai kawan sekolah di sana. Walaupun jarang  ke sana, Atok seronok lepak di tepi lautnya, setelah masuk ke kampung-kampung sekitarnya menjual ubat tradisional dari rumah ke rumah. Durian diorang antara yang terbaik di Kuala Langat. Di samping durian kampung, mereka dah mula tanam pokok durian kahwin terutama di Kg. Kundang dan kebun-kebun Cina tepi jalan raya menghala ke Tanjung Sepat. Itu semua cerita tahun 1970-an dan 1980-an, zaman Atok belum jadi cikgu sekolah dahulu.

Tapi di sebalik seronoknya, ada juga geli gelemannya yang buat Atok kalau boleh tak nak ke sana lagi. Tekak Atok mula loya sebelum melepasi Kg. Tanjung Layang lagi. Bau tahi babi dari parit dan longkang mula menerpa lubang hidung Atok. Pekat dan likat. 

Bayangkan, kalaulah ada jemputan kenduri kendara kat kampung ini pun Atok akan jadi serba salah, nak pergi ke tidak? Yalah, bayangkan baru nak makan nasi minyak dengan lauk yang cukup menyelerakan, tetiba jer bau pasir dan tanah yang bercampur baur dengan bau najis babi ini tatkala panas matahari terik tegak di atas kepala, ketika dibawa angin laut yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Menyengat. Terus putus selera.  Kalau boleh, Atok nak terus balik sahaja selepas bersalaman dengan tuan rumah. Atok tengok orang-orang kampung di situ macam no hal jer, berselera sungguh, siap tambah nasi dan lauk. Hidung diorang dah hilang deria bau, macam kena covid agaknya. Itu dahulu, kata diorang sekarang lagi teruk!. Nantilah, korang teruskan membaca sampai akhir tamat, ya. Seronok kisah kampung ini, tak macam kampung-kampung lain di Kuala Langat. 

Seperti biasa, korang yang bukan anak jati Kuala Langat, jangan risau. Atok dah siapkan latar belakang dan lokasi kampung dan mukim Batu ini untuk panduan korang. Kalau korang ada masa lepas PKP dan Covid ini, bawalah anak-anak dan keluarga ke kawasan ini. Rasa pengalaman baharu di tempat ini. Pasti teruja, menyeronokkan, dan takkan korang lupakan.

"Selamat Datang ke Kampung Batu Laut, petempatan tertua di Kuala Langat," kata mereka.

Profil Mukim Batu





MAKLUMAT PENDUDUK TERKINI


ASAL USUL NAMA KAMPUNG BATU LAUT

Nama Kampung Batu Laut berasal daripada batu-batu besar yang banyak terdapat di tepi pantai pada masa dahulu. Bersempena dengan kewujudan batu yang banyak atau kejadian alam ini, Dari situ, mereka menamakan pula kawasan kampung yang diteroka sebagai Kampung Batu. 

Seiring dengan perkembangan kampung-kampung lain yang berhampiran, maka alat perhubungan surat melalui pos pun bermula. Oleh kerana di pinggir Kuala Lumpur ada sebuah kampung bernama Kampung Batu ( Batu Village ), telah menyebabkan berlaku sedikit kekeliruan dari segi pengiriman surat di mana selalu berlaku tersalah hantar surat ke Kampung Batu (Kuala Langat). Oleh itu, beberapa pihak telah memikirkan cara bagi mengatasi masalah ini. Akhirnya, datanglah satu idea bahawa Kampung Batu di Kuala Langat itu berhampiran dengan laut, maka semua alamat ke situ ditulis " Kampung Batu ( Sea )". Sejak itu, beransur-ansur nama kampung tersebut menjadi Kampung Batu Laut sehingga ke hari ini. Penambahan nama ini berlaku di zaman Penghulu Raja Yaacob iaitu Penghulu kedua di kampung ini setelah Penghulu Raja Husin meninggal dunia. 

SEJARAH KAMPUNG BATU LAUT

Kampung Batu Laut dikatakan salah sebuah kampong yang tertua dalam Daerah Kuala Langat. Kewujudannya hampir sama masa dengan Kampung Telok Panglima Garang. Kampung ini pada asalnya telah didiami oleh suku kaum Orang Asli tetapi kemudiannya telah diteroka secara meluas oleh orang Melayu yang berusaha membuat kediaman. Tetapi sebelum itu lagi, Lokasi Batu Laut ini telah dikenali oleh pelayar-pelayar di Selat Melaka. Lokasi Batu Laut  yang dikenali sebagai Parcelar Point (Pt), kemungkinan besar kini dikenali sebagai Tanjung Gabang,  dijadikan pedoman oleh mereka dalam mengira kedudukan mereka selain Bukit Jugra yang dikenali sebagai Parcelar Hill dalam carta pelayaran mereka. Jadi, memang betul lah apa yang dikatakan oleh penduduk setempat bahawa terdapat batu-batu besar di tepi pantai yang memang jelas dapat dilihat oleh pelaut-pelaut ini. Kedudukan pekan Batu Laut adalah kira-kira  1.8 batu (2.88km) ke tenggara Parcelar Point.

Kedudukan Parcelar Point dalam carta pelayaran  tahun 1840

Kedudukan Batu Laut di kuala sungai tidak jauh dari Parcelar Point

Maklumat tentang Batu Laut dalam jurnal pelayaran

Peta hidrologi Pesisir Pantai Batu Laut tahun 2015

Perpindahan orang Melayu ke kampung ini dikatakan semakin mendesak di zaman berlakunya perang saudara antara Tengku Kudin dengan Raja Mahadi kerana Raja Mahadi menuntut hak memungut cukai di Sungai Kelang.  Perang saudara yang berlarutan itu menyebabkan ramai rakyat Selangor mencari perlindungan  termasuklah Raja Husain dan pengikut-pengikutnya yang setia serta putera puterinya. 

Tempat yang menarik perhatian Raja Husain untuk diteroka ialah satu kawasan di tepi sungai yang mengarah ke kuala (Laut). Sungai ini dikenali dengan nama Sungai Mesuk. Setelah keputusan dibuat, kerja-kerja membersihkan kawasan tersebut dilakukan. Mereka menanam pisang, padi dan membuat gula apung. Pada masa itu, Raja Husain yang mengetuai rombongan mencari perlindungan di sini telah dilantik menjadi Penghulu. Ada satu lagi kawasan di Batu Laut ini dinamakan Sungai Giling di kawasan Lembah Sungai Mesuk. Ramai orang Cina tinggal di sana. Mereka menggunakan batu lesung untuk mengisar udang dan sebagainya.

Perang saudara Selangor atau Perang Kelang berlaku antara Tengku Kudin dengan Raja Mahadi sekitar tahun 1868 hingga 1873. Tengku Kudin yang disokong oleh Sultan Abdul Samad ( bersemayam di Istana Jugra ) telah memenangi peperangan tersebut. Sementara itu, Raja Mahadi dan pengikutnya terus berundur. Raja Mahmud iaitu penyokong kuat Raja Mahadi telah berundur ke Daerah Kuala Langat. Kemudiannya, Raja Mahmud dan pengikutnya telah meneroka kawasan pinggir pantai yang sekarang dikenali sebagai Kampung Orang Asli Tanjung Sepat. Pengikut Raja Mahmud serta beberapa orang Melayu menjadikan kawasan pantai ini sebagai tempat kediaman. 

Setelah tamat perang, kampung ini terus berkembang dan penduduknya pun bertambah ramai, Raja Husain telah berusaha memajukan kampung tersebut. Beliau membina sebuah pelabuhan  di muara sungai tersebut. Pelabuhan kecil ini telah menarik ramai pedagang yang menggunakan tongkang terutama dari Melaka datang berniaga ke kawasan ini dengan membawa kain, benang, lada hitam, rempah, minyak wangi dan sebagainya. Pihak Inggeris telah membina jalan raya, balai polis, pejabat kastam, sekolah harian, sekolah agama, pejabat pos dan beberapa buah kedai.  Pelabuhan Batu Laut dilihat sebagai pusat perdagangan penting bagi kawasan selatan Kuala Langat dan Sepang ketika itu.


Peta Kuala Langat dalam tahun 1898

Peta Kuala Langat tahun 1913
Peta Kawasan Mukim Batu tahun 1913

Pembukaan kawasan hutan bagi tujuan pertanian dan petempatan telah menarik ramai orang termasuk kaum Jawa dan Cina untuk berhijrah ke mukim Batu. Mereka meneroka tanah-tanah di pinggir Hutan Simpan Kuala Langat Selatan, sama ada dengan kebenaran atau secara haram. Ladang-ladang seperti Ladang Bedford, Ladang Klang, Ladang Batu Untong, Ladang Tumbok dan banyak lagi dibuka. Jadi, kemasukan imigran Tamil juga menambahkan penduduk dan komposisi kaum di Mukim Batu sejak awal kurun ke-20. Kepesatan dan kemajuan Batu Laut bertambah dengan kehadiran mereka. Hasil-hasil hutan seperti rotan, getah percha dan sebagainya dibawa keluar untuk diperdagangkan melalui pelabuhan Batu Laut. Begitu juga dengan hasil-hasil laut seperti ikan kering dan belacan dihasilkan oleh penduduk termasuk orang Asli di sini secara tukar barang (barter trade) dengan beras dan tembakau. untuk jualan ke tempat luar terutama ke Melaka. 

Tanih di Mukim Batu ada pelbagai jenis. Di pesisir pantai, tanihnya lebih bersifat campuran liat dan pasir, suatu komposisi tanih yang sesuai untuk penanaman pokok-pokok dusun pelbagai baka seperti durian, manggis, langsat dan lain-lain. Di kawasan darat (pedalaman ) pula, berhampiran dengan hutan Simpan Kekal Kuala Langat Selatan merupakan tanih peroi dan gambut. Tanaman jenis ini sesuai untuk penanaman nenas. Justeru, ramai peneroka awal Melayu dan Jawa kawasan ini memilih kelapa dan  nenas sebagai tanaman utama mereka. Disebabkan itu, dalam tahun 1928, pihak swasta, Malayan Pineapple Co. milik Tauke Goh Hock Huat, usahawan dari Klang telah membina sebuah kilang mengetin nenas di Batu Laut bagi tujuan eksport ke Eropah terutama ke England dan Jerman. Para pekebun akan membawa hasil tuaian nenas mereka untuk dijual ke kilang itu. Nenas yang terkumpul pada hari itu akan diproses dan ditinkan pada keesokan harinya.

Peta Topografi Mukim Batu tahun 1933

                 Peristiwa yang berlaku di Batu Laut dalam tahun-tahun 1930-an

Dalam tahun 1936, keharmonian kampung ini telah tercalar dengan dakyah pihak komunis yang mula meresap dan mempengaruhi komuniti Cina di Batu Laut. Tiga orang pekerja kilang mengetin nenas ini telah tertangkap ketika menampal risalah pro komunis di dinding kilang tersebut. Pihak pro-komunis ini  juga telah berjaya menghasut  kira-kira 100 orang  pekerja (kebanyakannya kaum Cina) untuk mengadakan mogok meminta gaji yang lebih tinggi. Rupanya ramai antara kaum Cina di Kuala Langat terutama di Mukim Batu dan Sepang merupakan tali barut atau bersimpati dengan pihak komunis. 

ZAMAN DARURAT

Pada sekitar tahun 1948-1960 merupakan Zaman Darurat kerana ancaman komunis yang dikenali sebagai " Bintang Tiga ". Kampung Batu Laut juga tidak terkecuali menerima ancaman subversif terutama di kalangan sasaran masyarakat berbangsa Cina. Antara kejadian yang dilaporkan dalam Tamil Nesan, 19 Mac 1949, dalam tajuk "Pembunuhan di Selangor",adalah perkembangan pada 18 Mac, dimana 3 orang komunis menembak mati seorang penoreh getah India dari Estet Klang, di batu 31, Jalan besar Batu Laut-Banting, Kuala Langat, Selangor kerana dia tidak membantu komunis. Dua orang Cina bersenjata dan seorang India tidak bersenjata memanggil keluar penoreh getah India tersebut. Kedua-dua tangan mangsa diikat sebelum disembelih. Seterusnya, mereka menampal sebuah risalah komunis berbahasa Tamil di sebatang pokok kelapa berhampiran mayat. 

Pada tahun 1951, berikutan kematian Sir Henry Gurney yang mati ditembak oleh komunis di jalan ke Bukit Fraser, maka Kampung Batu Laut telah diisytiharkan sebagai 'kawasan hitam' seperti juga beberapa kawasan yang lain di seluruh Negara. Semasa Zaman Darurat, pihak berkuasa telah mengarahkan supaya seluruh Kampung Batu Laut dipagar bagi mengelakkan pihak komunis daripada keluar masuk kampong dengan mudah selain mengugut, memeras dan mempengaruhi penduduk kampung. Walau bagaimanapun, usaha ini tidak sepenuhnya dapat mengelak dan menahan pengaruh komunis yang semakin galak dan ganas.

Akhirnya keadaan menjadi semakin susah untuk dikawal menyebabkan semua penduduk berbangsa Cina di Kampung Batu Laut terpaksa dipindahkan ke suatu tempat yang diberi nama New Village. Tempat ini  asalnya ialah kawasan hutan rayau orang Asli di Tanjung Sepat. Pada masa yang sama, Pekan Batu Laut, balai polis, pejabat pos dan lain-lain jabatan telah ditutup serta merta dengan arahan "Notis Pindah" pada tahun 1952.  Hanya Pejabat Pos Batu Laut dijadikan tempat simpanan makanan untuk Catuan Makanan kepada penduduk kampung.

Walaupun orang-orang Melayu di kampung ini dipercayai tidak dapat dipengaruhi oleh pihak komunis, tetapi demi keselamatan mereka, para penduduk Melayu juga terpaksa dipindahkan ke suatu kawasan yang jauh sedikit dari Pekan Batu Laut iaitu berhampiran dengan Sungai Batu. Peristiwa ini amat menyayat hati kerana segala keindahan dan kemeriahan Pekan Batu Laut telah musnah. Sejak itu, Pekan dan Kampung Batu Laut tidak lagi menjadi tumpuan utama pentadbiran di kawasan ini dan banyak bangunan asal telah musnah dan terbiar sehingga kini. Di Kampung Batu Laut sekarang ini masih terdapat bangunan Balai Polis lama dan juga kuarters Kastam yang masih kukuh dan baik. Malah bangunan Pejabat Pos lama juga masih ada tetapi tidak boleh digunakan lagi kerana keadaannya yang sudah uzur dan terbiar. 

Balai Polis Lama Batu Laut

Semasa Zaman Darurat dahulu, seluruh kaum Cina yang ditempatkan semula ke kawasan New Village ini terpaksa melupakan sementara kebun-kebun mereka kerana kawalan ketat pihak berkuasa dan juga jarak yang agak jauh  (lebih 11.2 km) dengan berbasikal dari Tanjung Sepat ke kebun mereka di pinggir hutan di kawasan darat Batu Laut.  Ramai di antara mereka memilih untuk menjadi nelayan dan ada juga menjadi penternak babi di new village itu ketika Zaman Darurat tersebut.


Amaran Templer kepada Penduduk Cina Sepang tahun 1954

Kematian Ketua Pengganas Komunis Selangor Selatan "Si Janggut" dalam akhbar tahun 1952

KEHIDUPAN PASCA KEMERDEKAAN
Pada tahun-tahun pasca merdeka, berlaku kemajuan pesat dalam pembangunan kampung. Banyak tanah-tanah baharu dibuka terutama tanah pinggir di kampung Batu Laut, Kampung Kundang dan Kampung  Darat Batu.  Dalam tahun 1965 penduduk-penduduk kampung Batu Laut menuntut pemberian geran tanah ke atas 350 ekar tanah di kampung tersebut yang telah diteroka sejak zaman Jepun dan ketika zaman Darurat lagi. Tuntutan sama juga dibuat oleh peneroka-peneroka tanah di Kampung Kundang yang telah mengerjakan 400 ekar tanah. Mereka menuntut diberi sekurang-kurangnya geran T.O.L. ke atas tanah-tanah tersebut.

Pada tahun 1967, pembangunan tanah pinggir (hutan) untuk mukim Batu mula ditawarkan kepada anak-anak kampung yang tidak mempunyai tanah dan rumah. Mereka  dikehendaki menanam koko, kopi, getah atau kelapa sawit.
Keluasan tanah bagi peserta-peserta rancangan mengikut kampung adalah seperti berikut:
        Kg. Batu Laut.............2400 ekar
        Kg. Tumbuk..................575 ekar
        Kg. Darat Gappin.........625 ekar

Setiap peserta disyaratkan untuk tinggal di situ. Mereka diberikan setengah ekar sebagai tapak perumahan manakala 4 ekar setengah sebagai kebun. Tanah ini diberi status T.O.L.

Persatuan Peladang Batu Laut dan Kundang merupakan antara persatuan-persatuan peladang yang paling aktif di Kuala Langat.  Dalam tahun 1967, kedua-dua persatuan ini mendapat bantuan traktor daripada kerajaan Jepun. Mereka juga berjaya memohonkan bantuan baja dan modal penanaman daripada pihak kerajaan. Persatuan Peladang Batu Laut terbukti berjaya  di bawah pimpinan pengerusinya, En. Latiff bin Selamat kerana mempunyai bangunan mereka sendiri. Bangunan dua tingkat ini menempatkan sebuai kedai runcit dan input pertanian di tingkat bawahnya. Mereka juga mempunyai rumah salai kelapa mereka sendiri di kampung tersebut. Walaupun Batu Laut mempunyai industri perikanannya sendiri, namun tidak banyak projek pembangunan yang melibatkan kaum nelayan dalam dekad 1960-an ini.

KEMAJUAN PRASARANA DAN KEMUDAHAN AWAM
Tidak banyak pembangunan yang dapat dilihat pada era sebelum kemerdekaan berbanding dekad 1960-an dan 1970-an. Pada tahun 1960 sehingga 1966, pembinaan jalan kampung, sama ada berbatu ataupun jalan tanah merah, menghubungkan kampung-kampung di Mukim Batu dengan jalan raya utama Sepang-Batu Laut-Banting. Ketika itu dasar kerajaan di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) adalah menyediakan batu-batudan tanah manakala tenaga kerja terdiri daripada penduduk-penduduk kanpung terbabit. Program gotong royong ini melibatkan tenaga anak-anak muda di kampung itu. Alhamdulillah, berkat kerjasama yang diberi, penduduk-penduduk kini bebas bergerak dengan selesa sama ada menggunakan basikal, motosikal, bas serta lori.  Begitu juga dengan pembinaan padang bola sepak, klinik desa dan balai-balai raya.

KEMAJUAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Dalam aspek pembangunan insaniah, Mukim Batu ini merupakan antara mukim terawal yang menerima pembinaan sekolah-sekolah, sama ada sekolah kebangsaan mahupun kelas-kelas agama. Tambahan pula, Kg. Batu Laut terpilih untuk dibina sekolah menengah (Sekolah Lanjutan) pertama di daerah Kuala Langat, lebih awal lagi daripada penubuhan SMK Telok Datok yang disiapkan pada tahun 1963. SMK batu Laut telah ditubuhkan pada tahun 1959 dengan menumpang di SK Batu Laut ketika itu. Rekod pendaftaran pelajar adalah seramai 77 orang. Penuntutnya bertambah kepada 101 dalam tahun 1961 dan kepada 176 pelajar dalam tahun 1962. Disebabkan pertambahan pelajar dan ruang belajar yang sempit, maka keseluruhan pelajar-pelajar ini dipindahkan ke SK Banting sementara menunggu sekolah  baharu mereka di SMK telok Datok siap dibina. Mulai April 1963, kesemua 214 orang pelajar perintis ini memulakan persekolahan di sekolah baharu mereka yang lengkap dengan kemudahan asrama bagi pelajar yang tinggal jauh.  

Pada tahun 1968, SMK Batu Laut mempunyai sekolah dan kawasannya sendiri dan menjadi sekolah campuran untuk pelajar-pelajar berbilang kaum dari SK di kampung- kampung, SJKT di estet-estet, SJKC dari Tanjung Sepat dari seluruh mukim Batu dan sebahagian daerah Sepang.       
                            

KEMAJUAN DALAM BIDANG PELANCONGAN DAN REKREASI

Antara kemajuan yang  paling menyerlah di sini dalam dekad 1960-an datangnya dari bidang pelancongan dan rekreasi. Sememangnya Morib dan Batu Laut seiring. Kedua-duanya mempunyai pantai berpasir yang memikat hati pengunjungnya. Sejak dahulu lagi kedua-dua pantai ini menjadi tumpuan pengunjung untuk mandi Safar. Mereka datang berpusu-pusu dari sekitar Kuala Lumpur dan Klang untuk menunaikan hajat atau nazar. Walaupun upacara ini dilihat bercanggah dengan agama Islam, namun sudah menjadi adat yang payah untuk dipisahkan daripada minda masyarakat ketika itu. Syukurlah ada cara yang dicadangkan agar niat bermandi Safar itu diubah menjadi pesta atau sukan rakyat. Sekurang-kurangnya, generasi muda ketika itu tidak mengaitkan kunjungan mereka ke pantai Morib dan Batu Laut dengan upacara tahayul bercampur syirik itu. Mereka lebih ke sana untuk berhibur, bersosial dan mungkin berkenalan sambil mencari-cari bakal jodoh mereka.

Persatuan Belia Batu Laut begitu cekap mengaturkan pesta atau Sukan Safar ini di tempat mereka. Dalam tahun 1966 mereka telah menyusun program sepanjang hari untuk para pengunjung.Penjualan pelbagai jenis minuman dan makanan ditempatkan di Warung Taman Selera di situ. Sepanjang hari tersebut, tiga buah pancaragam menghiburkan para pengunjung temasya itu.

Antara pertandingan-pertandingan yang diatur adalah:

  • 1. Acara tarik tali 
  • 2. Kolek Berhias. 
  • 3. Lumba Basikal atas Pasir 
  • 4. Lumba Berenang Tangkap Itik 

Kemudian, pada tahun berikutnya, 1967,  penganjur menambahkan lagi acara dalam pertandingan kategori dewasa termasuk acara Panjat Tiang Licin dan kategori kanak-kanak iaitu:

  • 1. Acara Lumba Lari.  
  • 2. Acara Tiup Belon. 
  • 3. Acara Makan Kuih

Atas kejayaan pengurusan temasya tersebut, sekali lagi Persatuan Belia Batu Laut diberi kepercayaan untuk mengendalikan Temasya Sukan Laut sempena Keputeraan Sultan Selangor peringkat daerah Kuala Langat pada tahun 1971.  Di samping itu, Batu Laut terpilih sebagai destinasi pelancongan terbaharu negeri Selangor. Seramai 5,000 orang mengunjungi pesta ini. 

Kali ini sebanyak 30 acara pertandingan dan pertunjukan serta pameran disediakan untuk para pengunjung. Temasya ini berlangsung sepanjang hari termasuk pada waktu malamnya. Antara acara-acara yang diadakan adalah:

  • 1. Acara Pukul Bantal 
  • 2. Panjat Tiang Licin  
  • 3. Lumba Perahu (Berkayuh) 
  • 4. Lumba Perahu (Berdayung)
  • 5. Lumba Berenang Tangkap Itik
  • 6. Lumba Berenang
  • 7. Lumba Basikal atas PUasir
  • 8. Lumba Lari (Kanak-kanak)
  • 9. Menganyam Ketupat
  • 10. Pertandingan Layang-layang
  • 11. Pertandingan Gasing
  • 12. Pertandingan Badan Cantik (Lelaki)
  • 13. Peraduan Ratu Cantik Fesyen (Wanita)
  • 14. Pertunjukan Silat Gayung
  • 15. Pertunjukan Silat Kayu (Silambam)
  • 16. Pertunjukan Kuntau
  • Pada sebelah malamnya diadakan :
  • 17. Joget Moden
  • 18. Pertunjukan Wayang Kulit
  • 19. Joget Orang Asli
  • 20. Pertunjukan Wayang Gambar (Jabatan Penerangan)

Termasuk juga gerai-gerai pameran dan gerai jualan, minuman dan makanan bagi pengunjung-pengunjung yang dibuka sejak pagi lagi.

Kesimpulannya, sepanjang tahun-tahun 60-an hingga 70-an. memang terbuktilah Mukim Batu terutamanya Kg. Batu Laut layak diiktiraf sebagai kampung Tertua di Kuala Langat,  sekolah menengah Pertama di Kuala Langat dan Kepimpinan kampung dan Organisasi belia yang Terbaik di Kuala Langat.  Malangnya kampung merekalah yang Terakhir mendapat bekalan air bersih di Kuala Langat. 





ISU BABI DAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Penternakan babi ialah pembiakan babi domestik sebagai ternakan,  terutamanya untuk makanan dan kulit.  Secara sejarah, babi ladang diternak dalam jumlah kecil dan rapat dengan kediaman pemiliknya, atau di kampung atau bandar yang sama. Babi dinilai sebagai sumber daging dan lemak, dan untuk keupayaan mereka untuk menukar makanan yang tidak boleh dimakan kepada daging, dan sering diberi makan makanan buangan rumah ketika dipelihara di kandang. Dari segi penternakan, babi masih diusahakan secara kecil-kecilan. 

Pada akhir tahun 1950-an, terdapat beberapa penternak yang tidak dapat meneruskan pekerjaannya kerana masalah kewangan dan pengurusan yang tidak cekap. Menjelang tahun 1960-an, tempat tinggal mula menjadi masalah akibat daripada peningkatan bilangan penduduk di Kampung Baru Tanjong Sepat. Oleh itu, atas arahan kerajaan Negeri Selangor, tapak penternakan babi yang terdapat dalam kampung ini terpaksa dialih ke kawasan luar kampung seperti  di kawasan Tanjong Layang dan Kawasan Tumbok.

Pada tahun 1960-an, didapati ramai nelayan Cina telah menukar pekerjaan, terutamanya beralih ke bidang penternakan babi yang mendatangkan keuntungan lumayan pada awal tahun 1980-an. Buktinya, 60% penternak babi di Tanjung Sepat adalah bekas nelayan. Selain daripada itu, penduduk tempatan terutamanya golongan muda tidak lagi digalakkan atau berminat menceburi sektor perikanan. 

Sektor penternakan babi telah menjadi pekerjaan komersial yang sangat penting di Tanjung Sepat sejak akhir tahun 1970-an. Pada dekad 1990-an, Tanjung Sepat telah muncul sebagai kawasan penternakan babi yang terbesar di Negeri Selangor. Terdapat sebanyak 30,000 ekor babi betina diternak di 165 buah tapak penternakan yang terletak di luar Tanjung Sepat seperti Kawasan Kanchong, Tumbok dan Tanjong Layang. Sektor penternakan babi di Tanjung Sepat dapat membekalkan  babi ke pasaran dalam negara dan   ke pasaran Singapura setiap bulan. 13 orang penternak babi di Tanjung Sepat adalah pengeksport babi ke Singapura. Di samping itu, hasil kajian menunjukkan 80% tapak penternakan adalah berskala besar iaitu diusahakan oleh penternak yang dapat memproses bahan makanan ternakan mereka secara sendiri. Golongan penternak mengimport bahan mentah makanan babi dan memproses bahan tersebut dengan menggunakan mesin-mesin moden. Sektor penternakan telah menjadi penggerak kegiatan ekonomi di Tanjung Sepat. Kemunculan kegiatan perniagaan khususnya restoran makanan, pekerjaan pengkeranian dan  pemandu lori, secara langsung atau tidak, adalah hasil daripada perkembangan sektor penternakan babi di Tanjung Sepat. Para penternak juga pemah menderma sebanyak RM 200,000 sebagai perbelanjaan menbina dewan perhimpunan SRJK (C) Tanjong Sepat pada tahun 1983.

Persatuan Penternak Babi Kawasan Kuala Langat (PPBKL) pernah mengeksport ternakan ahlinya ke Hong Kong dan Thailand. Menurut Presiden PPBKL Encik Sim Ah Hock, kerajaan  tidak pernah menyalurkan bantuan kepada penternak babi. Bahkan bidang penternakan babi di Tanjung Sepat tercabar apabila Dewan Undangan Negeri Selangor meluluskan Enakmen Pemeliharaan Babi pada bulan April tahun 1991. Di bawah Enakmen ini, kerajaan Negeri Selangor akan mewujudkan pusat pemeliharaan babi pada tahun 1995. Ini bermakna tapak pemeliharaan babi bagi penternak Tanjung Sepat terpaksa beralih ke pusat yang kelak dibina oleh kerajaan negeri. Pembangunan ekonomi yang pesat di dalam Negeri Selangor mungkin memaksa kerajaan negeri mendirikan pusat pemeliharaan babi di kawasan negeri lain akibat daripada kekurangan tanah dalam Negeri Selangor tersebut. Oleh itu tapak pemeliharaan babi di sekitar Tanjung Sepat mungkin dipaksa berpindah ke negeri lain. Tambahan pula, Tanjung Sepat telah diistiharkan oleh MDKL sebagai kawasan pelancongan dalam Negeri Selangor pada tahun 1991. Kawasan Pantai Morib yang sedang dibangunkan sebagai kawasan pclancongan utama di Negeri Selangor hanya terletak 10 km dari Tanjung Sepat.

Namun, Menteri Besar Negeri Selangor Tan Sri Mohammad Bin Mohammad Taib juga pernah memberi jaminan tidak akan mengalih tapak pemeliharaan babi penternak Tanjung Sepat selagi bidang pekerjaan ini tidak menimbulkan masalah pencemaran air. Untuk mengelakkan pencemaran air, kesemua penternak Tanjung Sepat telah memenuhi arahan Jabatan Perkhidmatan Haiwan yakni membina sistem pengolahan sisa-sisa buangan ternakan. Perkembangan ini telah menyelesaikan masalah pencemaran yang tidak pernah diambilberat oleh penternak sebelum ini. Namun begitu, sesetengah penternak menganggap apa-apa jaminan yang diberi oleh pihak pentadbir tidak bermakna. Jelaslah bahawa masa depan bidang ini bergantung kepada tindakan yang diambil oleh kerajaan Negeri Selangor di bawah Enakmen Pemeliharaan Babi seperti yang telah disebutkan. 

Ya, itu cerita lama. Telah berpuluh-puluh tahun berlalu, tapi masalahnya terus menghantui para penduduk berdekatan. Isu pencemaran bau dan Air terus berlaku tanpa ada jalan penyelesaian. Rintihan penduduk kepada pihak berkuasa tempatan dan negeri seolah-olah mencurah air ke daun keladi. Tiada jalan keluar. Dilema yang dihadapi penduduk Tanjung Sepat khususnya sekitar Kampung Batu Laut sudah lama dan tidak berkesudahan kerana tiada tindakan lanjut oleh pihak berkuasa. Ketiadaan penyelesaian terhadap isu pencemaran najis babi sekitar daerah Kuala Langat di sini, bukan setakat menghimpit penduduk, malah menimbulkan pelbagai kesan buruk kepada sektor ekonomi dan pelancongan setempat. Pelupusan sisa dan najis babi yang gagal dibuat dengan sempurna, menyebabkan ia terkumpul sekitar pantai, kuala sungai dan tanjung, hingga menyebabkan pencemaran menjejaskan semua pihak. Najis babi juga didakwa mula mengalir ke kawasan pelancongan sekitar perairan Bagan Lalang serta mencemari Pantai Morib, yang menjadi tumpuan ramai terutama pada hujung minggu dan cuti umum. Pencemaran sekitar Kampung Batu Laut yang juga penempatan tertua di daerah Kuala Langat, kini semakin buruk apabila sungai sekitar kawasan itu terutama Sungai Giling dicemari teruk oleh najis babi.Tiada hidupan mampu menjadikan saliran itu sebagai habitat, walaupun suatu ketika dulu, Sungai Giling yang terletak bersebelahan jalan utama, kira-kira enam kilometer dari Pantai Morib itu, menjadi habitat udang galah

Pencemaran bau semakin teruk jika hujan lebat dan air sungai yang pasang melimpah memasuki kebun sawit bersebelahan serta jalan raya. Walaupun terletak kira-kira satu kilometer dari laut, namun tiada langsung udara segar pantai atau paya bakau, sebaliknya hanya bau busuk menerpa ke hidung. Jika tidak diatasi akan memberi kesan pada masa depan, selain boleh memudaratkan kesihatan penduduk. Tidak tahan bau busuk, ada penduduk terpaksa menjual tanah dan pengusaha belacan juga gulung tikar kerana sungai yang dijadikan penternakan udang tercemar.


Para penternak tidak mengendahkan bantahan penduduk, sebaliknya mereka membina pagar tinggi menyembunyikan kegiatan haram mereka. YA, Sebanyak 76 peratus ladang ternakan babi di Kuala Langat tidak berlesen malah TIDAK PERNAH memohon lesen menternak apatah lagi mematuhi syarat-syarat pihak berkuasa. Sebahagiannya mencetuskan pencemaran aktiviti penternakan babi di daerah Kuala Langat terutama di Mukim Batu ini  Mereka seolah-olah kebal kerana dilindungi ahli politik dan kuasa rasuah. Sayugia diingatkan, isu pencemaran ini bukan isu agama atau kaum, tetapi membabitkan kehidupan masyarakat setempat serta pencemaran alam sekitar.

Rujukan:

 




























Seronoknya Berhari Raya di Klang.....Suatu Masa Dahulu

Salam buat semua. Atok muncul lagi. Hehehe...Sengaja Atok sambung balik cerita Atok hari itu pasal Puasa dan Raya. Orang Melayu ini berbeza ...