Memaparkan catatan dengan label kontraktor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kontraktor. Papar semua catatan

Selasa, 28 September 2021

Aku Kontraktor! Bina rumah di atas tanah sendiri 2

Salam buat semua. Apa khabar? Semoga kita semua diberikan kesejahteraan hidup, kewalafiatan kesihatan, keberkatan rezeki, keselamatan jiwa dan kebebasan daripada api neraka. Amiin.

Adapun entri Atok kali ini tentang rumah. YA, rumah. Dah banyak entri Atok yang lepas-lepas pasal niat Atok nak buat rumah kat kampung lepas pencen. Atok dah berangan-angan nak buat rumah berkembar dua unit. Satu unit memang untuk Atok dan keluarga duduk apabila kitorang balik ke kampung TPG menjengok sanak saudara di sana. Tak perlu lagi Atok tergesa-gesa nak kembali ke Seremban ini pada hari Ahad untuk bersiap sedia mengajar pada hari Isnin keesokan harinya. Atok dah bersara, kan? Cukuplah 27 tahun Atok menyemai bakti sebagai guru di merata tempat di Malaysia (sebenarnya 3 buah sekolah jer). Di Miri mula-mulanya dari tahun 1993-1996. Kemudian Atok ke Jugra mulai 1996 hingga 2003 dan yang terakhir di Senawang, iaitu pada 2004 hinggalah Atok pencen cikgu dalam tahun 2020, time tengah PKP. Biarlah Atok dan Wan menghabiskan sisa-sisa usia yang ada di rumah atau ke tempat yang menggembirakan hati kami berdua. 

Alangkah seronoknya, kami mengimbau kembali zaman kanak-kanak dan ketika membesar bersama-sama ibu-ibu dan bapa-bapa saudara serta saudara mara yang masih ada. Dengan adanya rumah di atas tanah pusaka nanti bolehlah kami berpuas-puas duduk bersembang sebelum kembali semula ke rumah fi Senawang. Berapa lama Atok nak tinggal kat Telok, terpulang pada Atok. 

"Tapi Tok kenapa buat dua rumah? Satu kan dah cukup?" Tanya korang. Atok dah agak dah dan Atok dah maklumkan awal-awal lagi dalam penulisan Atok sebelum ini, yang rumah kedua itu untuk...makcik baru? HAHAHA,  tergelak Atok terbahak-bahak

Nasib baik Wan korang takde kat sebelah. Kalau tidak, tak pasal-pasal Atok kena jelingan mata lasernya yang tajam. Mungkin 2,3 hari terpaksalah Atok memekakkan telinga mendengar bebelannya. Atok sejak dari kecil, low profile jer. Bagi Atok, syukur dengan apa yang ada. Atok tak kisahlah kalau ada PU atau Da'ei yang kata Atok low class pasal tak berani pasang dua. Bukan pasal tak mampu. Dengan duit pencen Atok ni, Atok mampu kalau nak pakai Merz, Beemer, Volvo atau lori kontena (yang second hand ler) sekaligus, tapi maintanennya yang buat Atok berpikior banyak kali. Kalau pakaipun lebih-lebih sebulan dua kali, lepas tu tersadai jer kat bawah garasi buat apa? Tak sanggup Atok nak pakai Honda empat roda.

Cukuplah Atok naik motor kapcai Hondua. Isi jer petrol 2 ringgit, ganti minyak hitam dan topup angin kat tayar. Yang penting bila tekan hon bunyi, pijak brek mencengkam. Laju tak laju Atok tak kisah, janji sampai juga ke tepian. Huahuahua......

Takdelah. Kan Atok dah kabarkan dulu, Rumah kedua itu untuk Atok sewakan. Dapat juga jadi side income Atok. Ada juga alasan untuk balik ke kampung setiap hujung bulan.

Tapi kan, sejak 3 kali kita berPKP ini, Atok dapat tahu harga barang binaan dah naik harga. Itulah kata kontraktor yang Atok upah untuk siapkan dapur tambahan kat rumah Senawang ini. Mula-mula Atok sangsi juga cerita dia, tapi lepas kawan Atok yang Atok upah tambah Awning dan gril pintu pun cakap begitu, mungkin juga ada benarnya. Dalam internet pun cakap macam gitu. So, logik akal, kalau bahan binaan naik, harga rumah pun melambung ler. Kos pembinaan rumah, mesti bertambah sebab:

  • Sebatang besi RM18 naik kepada RM30-RM33
  • Sebatang paip RM30 naik kepada RM60
  • Sekampit simen RM14 naik kepada RM18
  • Pasir satu ela RM60 naik kepada RM80

Aduuh, apa nak jadi laaa! Harga barang binaan terus meningkat naik. Tak ada tanda tanda nak turun ni. Kos minimum (spec atap zink, batu simen) bina rumah rm 120 /kps.

PILIHAN YANG ADA

I. Jenis BRICK AND MORTAR  (Konvensional)

Korang bayangkanlah ya. Atok bercadang nak buat rumah setingkat 2 bilik yang biashe-biashe jer, berkeluasan 500 kaki persegi kat atas tanah sendiri,  terperanjat Atok. Rata-rata tawarkan harga pakej RM 89,000 seunit. 

Spesifikasi Bahan dan Binaan 

BINAAN TAPAK :

  • Ground Beam
  • Konkrit asas rakit
  • BRC dan besi y12

2. BINAAN DINDING :

  • Bata pasir / brick
  • Tiang konkrit
  • Plaster dinding

3. TINGKAP :

  • Aluminium frame moden dan panjang 2’x5’@ 4’x5'
  • Cermin kaca bertinted gelap           
4.  PINTU :
  • Kayu ‘flush ply door’ untuk semua pintu
5.  BUMBUNG :

  • Binaan kerangka bumbung kayu /
  • Besi C-Channel
  • Uroll bond (Merah/Biru/Kelabu)
  • Siling luar: Asbestos dan kayu manis
  • Siling dalam: Plaster siling

6.  LANTAI :

  • Lantai rumah simen render
  • Lantai bilik air tiles lantai seramik 1’x1′

7.  KEMASAN DINDING :

  • Simen plaster
  • Dinding luar : Plaster kasar
  • Dinding dalam : Plaster licin
  • Dinding bilik air tiles 1’x1′ setinggi 5 kaki

8.  CAT DINDING :

  • Cat putih dinding bahagian dalam rumah (undercoat)
  • Cat berwarna (boleh pilih warna) pada dinding luar rumah dan coping

9.  AKSESORI :

  • Standard asas wiring dan piping
  • DB dan papan meter
  • Lampu
  • Point lampu dan kipas
  • Sinki dapur
  • Sinki bilik air
  • Rain shower
  • Paip
  • Tandas duduk / Tandas cangkung
  • Table top dapur panjang 6 kaki

 Harga ditawarkan: RM89,900.00

Bajet Atok untuk dua unit rumah itu hanyalah 60K sahaja. Hancur harapan Atok. Even kalau Atok upah tukang jer pun, yang ambil RM 24/kps bererti 24x500= 12 ribu hanya untuk upah tukang seunit rumah. Kalau dua, korang kalikan jerlah jumlahnya, 24 ribu, itu tak termasuk barang binaan, pendawaian elektrik, plumbing,  plaster siling bagai. 60K-24K= 36K , masih tak OK bagi Atok. Tapi Atok tak nak give up. Where there is a WILL, there is a WAY, kata pepatah Inggeris. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih, kata nenek Melayu Atok.

II. Jenis IBS (Industrialised Building System)

Atok mulalah surf internet,  cari apa yang Atok boleh capai dengan duit 60K itu. Atok ceria kembali, memang ada opsyen kedua untuk bina rumah idaman Atok ini,iaitu cara IBS, sistem buat rumah pasang siap.

Terdapat 5 kumpulan IBS utama yang dikenalpasti digunakan secara meluas di Malaysia:

  • Sistem kerangka, Panel dan kekotak konkrit pratuang
  • Sistem Blok
  • Sistem Kerangka Keluli
  • Sistem Acuan
  • Sistem Kerangka Kayu

Atok pun mula seronok baca tentang penjimatan kos bahan binaan dengan cara IBS ini. Atok boleh jimatkan hampir 40% daripada buat rumah cara konvensional pakai bata dan simen. 

  • IBS Lebih ringan. Dengan besar yang sama berat IBS kurang 30% daripada batu-bata konvensional.
  • IBS Kalis Haba. Suhu dalam rumah tidak mudah dipengaruhi oleh suhu luar.
  • IBS Kalis Bunyi. Kurang bunyi bising. Bunyi bising dari dalam juga tidak kedengaran diluar.
  • IBS Lebih kuat. Walaupun ringan tapi IBS 1.2 kali lebih kuat daripada bata konvensional.
  • IBS Tahan Gegar. Tidak mudah retak. IBS boleh bertahan hingga 9 skala ritcher! (bata: 2 skala ritcher).
  • IBS Kalis air. Air tidak mudah tembus @ meresap. Tidak perlu risau jika air bertakung dekat luar ke paras dinding.

Sungguhpun sistem IBS lebih murah berbanding sistem konvensional, ini hanya terpakai untuk sebuah projek hartanah kediaman dan bukan untuk satu unit atau satu renovasi kecil menambah bilik. Rumah yang dibina dengan sistem IBS kurang sesuai untuk renovasi, lebih-lebih lagi di bahagian depan dan belakang rumah kerana struktur sistem batu batanya. Pengubahsuaian rumah IBS ni agak terhad sebenarnya. Rumah pasang siap IBS mungkin menghadkan peluang pengubahsuaian kerana sifat binaannya. Untuk mengatasi masalah ni, kebanyakan pemaju tak menggunakan konkrit prapasang di bahagian yang biasanya diubahsuai seperti bahagian depan dan belakang rumah. 

Seperkara lagi, mutu bahan OK, cuma mutu kerja pemasangan dan penyambungan kurang memuaskan. Memang betul, Ramai yang komplen pasal sambungan tak tepat dan bocor. Pengalaman industri dan ketersediaan pekerja mahir untuk rumah pasang siap IBS adalah terhad, tetapi sedang berkembang. 

So, rumah IBS saiz yang Atok hendak itu harganya  kini menjadi RM 52K sahaja seunit. Sekali lagi Atok hampa, walaupun Atok ada bajet 60K, tapi Atok hanya boleh buat sebiji jer rumah guna cara IBS ini. Atok terpaksa lupakan impian nak buat rumah sewa sebuah itu. Mana cukup baki 8 ribu tu Atok nak buat rumah yang satu lagi? Rumah kebun pun belum tentu cukup! Fikir Atok, pening-peninglah kalau macam ini. Kalau nak cari tukang jer, upah buat rumah pasang siap ini pun, belum tentu jumpa yang pandai atau ada ilmu tentangnya.  Tukang Indon mana ada yang ikut kursus buat rumah IBS ini? Silap-silap pilih Indon, siang buat rumah, malam diorang pulak pecah rumah jiran-jiran. Nanti ada sahaja sambungan yang tak tepat atau betul, So, Take it or leave it, IBS mesti dengan kontraktor bertauliahnya. 

RUMAH L SHAPE BUDGET RM60K

  • 3 bilik
  • 1 ruang tamu besar
  • 1 tandas
  • 1 dapur
  • 1 verandah

Tapi Atok tak terhenti kat situ jer, Atok google lagi check tengok hasil kengkawan kat internet yang berjaya buat rumah dengan bajet yang sederhana. Atok teruja jumpa FB seseorang yang katanya dapat siapkan rumah idamannya dengan harga 40K sahaja. Lebih besar daripada saiz rumah yang Atok nak bina itu. Seronok betul Atok. Atok beritahu Wan kau tentang  cerita ini. Apa lagi, beronok-ronoklah kami berdua laki bini. YES, inilah dia caranya. Apa caranya? Gelojoh bebenor kome nak tahu! Inilah Atok  baru nak bercerita!

Kata kawan FB itu, dia buat cenggini. Dia upah tukang dan adakalanya dia laki bini membantu. Barang binaan dia beli sendiri kat semua tempat. Ada yang dia beli time kedai hardware besar buat offer, ada yang second grade punya barang, dan ada juga barang second hand tapi masih elok. Atok rasa memang dia rajin pergi buat survey harga barang binaan. Walaupun lambat siap, kalau tak salah lebih daripada setahun, akhienya dia dapat rumah idamannya. Dia sendiri kontraktornya wey! Atok berbangga dengannya.

III. Jenis HYBRID (Konvensional + IBS)

Tetiba datang pula idea kat kepala otak Atok ini.   Kalau dia boleh buat, Atok pun boleh walaupun Atok kini bergelar OKU kerana sakit slip disc yang membataskan pergerakan Atok. Itu hal kecil jer, bisik hati Atok, yang penting hajat Atok tercapai dengan idea baru ini. Korang nak tahu apa idea baru Atok ya?

Begini.....

Dengan 60K yang Atok ada tu, Atok dah tekad untuk buat dua unit rumah berkembar. Atok akan buat kombinasi cara konvensional dan IBS serta menggunakan bahan binaan yang murah tetapi sama kuat, Atok tak nak kompromikan kualiti.









A. Fondasi atau Asas Bangunan

1. Atok akan tetap bina fondasi cakar ayam tetapi menggunakan 2 besi C Chanel yang dicantumkan untuk menjadi tiang -tiang rumah

2. Fondasi beam dalam tanah secara konvensional masih terus digunakan.

3. Atok akan tinggikan lantai dengan menambak dan memampatkan tanah di atasnya melebihi paras jalan raya.

4. Kemudian Atok akan  bina saluran paip dan saluran pembetungan menggunakan PVC kerana tahan lama bawah tanah bersimen.

5. Atok akan buat raft foundation untuk lantai keseluruhan rumah termasuk kawasan apron (kaki lima)

6. Barulah lepas itu Atok panggil lori cement mixer untuk curah premixed cement atas fondasi dan lantai rumah.

B. Binaan dinding  dan Tiang

1. Mula-mula Atok buat dinding dahulu untuk menjimatkan kayu dan papan. untuk itu, Atok akan ikat bata pasir sehingga 3 kaki ketinggian dari lantai. 

2.  Atok akan gunakan casing tiang yang ada dijual di kedai hardware. Ada pelbagai saiz dan corak. Atok akan cantumkan  kedua-dua casing bagi membentuk tiang yang menarik.

3. Kemudian Atok curahkan simen ke dalam ruang casing ini untuk menguatkan tiang besi C Chanel yang sedia ada. Tinggi tiang ini melebihi 10 kaki dari lantai.

4. Setelah mengering dan kuat, Atok akan pasangkan bingkai frame besi C chanel dengan saiz yang sama dengan kelebaran bata pada tiang ke tiang bagi membentuk keseluruhan dinding.

5. Potongan untuk tingkap kaca dan pintu telah dikenal pasti sebelum bingkai besi utu dibuat dan dipasang.

C. Struktur Binaan Bumbung

1. Untuk kekuda, Atok akan menggunakan besi Hollow 4x4 dan diperkuat oleh besi purlin. Kekuda ini akan dilapisi cat antikarat untuk memanjangkan jangka hayatnya

2. Besi hollow 2x4 yang disalut cat anti karat akan digunakan sebagai lapik bumbung.

3. Untuk atap, Atok akan gunakan board APC. Walaupun lebih mahal daripada metal deck, tapi ia lebih kuat,tahan haba, tahan lama dan tidak bising ketika hujan.  

4. Kerja-kerja kimpalan akan memastikan setiap sambungan besi kukuh dan tepat.

D. Penyiapan Dinding

1. Setelah bumbung siap didirikan, Pemasangan tingkap dan jernang pintu pula dilakukan.

2.  Hanya dinding bahagian luar sahaja dipasang cement board buat masa ini. Keseluruhan permukaan dinding  luar disapu dengan lapisan waterproofing.

3. Sambungan antara cement board mestilah disapu lapisan filler untuk melicinkan permukaan dinding.

E. kerja-kerja pendawaian Elektrik

1.   Pilih hanya daripada kontraktor yang berdaftar dengan TNB sahaja. untuk memastikan keselamatan anda dan rumah anda.

2. Memandangkan kita menggunakan bingkai besi, semua kerja pendawaian mestilah menggunakan konduit pvc bagi mengelakkan renjatan elektrik.  Sebaiknya lebihkan suis lampu dan plag dalam sesebuah bilik atau ruang.

3. Setelah ditentukan kedudukan plug dan suis elektrik barulah dipasang dinding sebelah dalam.

4. Sambungan antara cement board mestilah disapu lapisan filler untuk melicinkan permukaan dinding.

F. Pemasangan Jubin dinding dapur, bilik air dan lantai

1.  Atok akan pasang  jubin besar bersaiz 2x2 di ruang tamu, ruang makan, dan lantai bilik. Pemilihan warna yang sama lebih meluaskan ruang.

2. Di lantai dapur Atok akan pilih jubin yang lebih kecil dan kesat dengan warna yang berlainan berbanding ruang lain.  Jubin untuk dinding dapur pula hendaklah setinggi 5-6 kaki dari lantai.

3. Untuk lantai bilik air pula haruslah jubin yang lebih kesat bagi mengelakkan kelicinan dan kecederaan. Ketinggian yang disyorkan ialah setakat tinggi pancuran (7 kaki).

G. Pemasangan Siling (Luar dan Dalam)

1. Sebaiknya adakan bajet untuk pemasangan siling agar bumbung dan saluran pendawaian  tidak kelihatan.

2.  Siling juga menambahkan kecantikan ruang dalaman rumah di samping menebat haba dari bumbung ketika siang hari.

3.  Pemasangan siling mengurangkan kos penggunaan elektrik untuk kipas dan pendingin hawa. 

H. Kerja-kerja mengecat

1. Mengecat menambahkan seri rumah anda di samping menjadikan bahan binaan kalis haba, kalis hujan atau kalis karat atau tidak berkulat.

2. Pemilihan cat hendaklah mengikut kesesuaiannya. Cat luaran termasuk undercoat haruslah tahan lama dan tahan cuaca sekurang-kurangnya untuk jangka masa lima tahun. Hadkan  kepada 2 warna atau 2 tona sahaja.

3. Pemilihan warna untuk ruang dalaman rumah terpulanglah kepada anda dan ahli keluarga, bergantung kepada ruang. Namun, elakkan pemilihan terlalu banyak warna yang kontra.

Nota: Kalau bajet agak-agak tak cukup atau kritikal sangat, kemungkinan Atok akan lupakan lantai berjubin, hanya simen kosong sahaja dan tikar getah vinyl.

Haah. Itu baru perancangannya, atas kertas. Realitinya belum tahu. Tapi betullah kata cerdik pandai, "Kalau kita gagal merancang, kita sebenarnya merancang untuk gagal." So, baik kita buat perancangan, walaupun di atas kertas, modal kita hanyalah masa dan perbincangan. Air liur jer. Daripada kita main terjah jer terus jahanam atau terbengkalai tengah jalan akibat tak cukup bajet dan tenaga. Biar serabut di kepala sekarang,  daripada berserabut di mata kemudian.

Doakanlah agar segala perancangan dan impian Atok ini menjadi dan berjalan lancar. Kalau korang ada idea nak mantapkan perancangan Atok ini, bolehlah komen kat bawah. Dahulu Atok tertanya-tanya bolehkah aku menjadi seorang kontraktor? Kini Atok lebih berkeyakinan. YES, AKU MEMANG SEORANG KONTRAKTOR!

Untuk korang yang nak belajar, bacalah nota kat bawah ini. Semoga bermanfaat. Wasalam.

Nota:

Oklah, sekarang kita buat kira-kira sikit kos keseluruhan mengikut proses kerja yang kita dah rancangkan itu. 

3 LANGKAH MENGIRA ANGGARAN KOS PEMBINAAN RUMAH 

Kos pembinaan ini termasuk;

  • Kos bahan binaan.
  • Upah pekerja pembinaan. 
  • Upah perkhidmatan kontraktor.
  • Pemasangan paip air. 
  • Pemasangan cable elektrik

LANGKAH 1

Dapatkan harga RM/kaki persegi semasa yang diguna pakai oleh kontraktor di kawasan anda.

Harga adalah berbeza mengikut tempat. Jika tiada boleh gunakan kadar sekitar RM 110 sehingga RM 130/kaki persegi.

Anda boleh tanyakan pada berberapa kontraktor terlebih dahulu dan buat perbandingan mana yang lebih sesuai dengan bajet anda.

LANGKAH 2

Pastikan keluasan berikut:-

  • Luas Ruang Berdinding (LRB)
  • Luas Anjung Berbumbung (LAB)

Pastikan terlebih dahulu design pelan rumah yang anda inginkan dan berapa keluasan yang anda ingin ambil untuk membuat rumah.

Luas Anjung Berbumbung adalah kawasan yang tidak berdinding seperti garage kereta dan bahagian porch depan rumah.

LANGKAH 3

Formula mengira anggaran kasar kos pembinaan.

Luas Ruang Berdinding (LRB) x Harga kontraktor (RM/kaki persegi)

+

Luas Anjung Berbumbung (LAB) x 1/2 Harga Kontraktor (RM/kaki persegi)

Contoh: Design Rumah Atok

Luas Ruang Berdinding = 400 kaki persegi

Luas Anjung Berbumbung = 100 kaki persegi

Harga Kontraktor = RM 120/kaki persegi

ANGGARAN KOS = (400 x RM 120) LRB + (100 x RM 60) LAB

= RM48,000 + RM6,000

= RM54,000 seunit

Total keseluruhan bagi pembinaan sebuah rumah berkeluasan 500 kaki persegi adalah sebanyak RM54,000.

Kalau Atok beli barang sendiri dan hanya upah tukang, Atok mungkin akan dapat berjimat minimum 25% daripada kos keseluruhan.

25% x RM54,000 = RM 13,500

Jumlah Kos keseluruhan bersih:

RM54,000  - RM 13,500 = RM41,500


Jumaat, 30 Oktober 2020

Akhirnya, AKU KONTRAKTOR di TPG!

Salam Jumaat buat semua. Semoga kita semua dalam lindungan Allah sentiasa hendaknya. Haah...semalam Atok dah cerita kat korang pasal rancangan Atok nak buat rumah sewa tiga pintu kat kampung TPG kan, sempena persaraan Atok sebagai pendidik. Pening kepala Atok pasal mahal sangat kontraktor minta sampai lebih RM200k untuk rumah sewa jer. Apa pasal mahal sangat? Macam-macam alasan diorang kasi. Ada kata kos barang dan pekerja naiklah. Spesifikasi tinggi, harga mesti mahal lah. Macam-macam. 

Nasib baiklah malam tadi Wan korang urut-urut kepala Atok yang tegang tu...Sambil senyum dia kata setiap masalah ada jalan keluar. Betul lah kata Wan kau. Malam itu macam-macam idea yang memancut keluar daripada buah fikiran kepala otak Atok ini. Malam itu Atok tidur lena. Wan kau pun sama. Itulah pasal Atok sayang sangat kat Wan korang. Dah lebih 34 tahun kami bersama sejak bernikah. Dialah peneman Atok kala suka dan duka. Dia memberi Atok semangat ketika Atok down. Benarlah, di belakang kejayaan seorang suami, di situlah isteri berada.

Hari ini, awal-awal pagi lagi, selepas bersarapan, Atok google mencari idea macam mana nak buat rumah dengan bajet Atok. Untuk pengetahuan korang, bajet maksima Atok untuk rumah sewa itu cuma RM 90k jer, termasuk semua urusan, daripada kerja urus tanah sehinggalah urusan lawyer. Lebih daripada itu mungkin Atok terpaksa batalkan hasrat Atok itu. Mungkin Atok buat bisnes lain untuk passive income Atok. 

Atok dah tahu dah sebab apa kontraktor letak harga mahal....sebab diorang lintah darat, mentekedarah duit orang ikut sedap dia jer. Tak fikir susah senang orang kimpul duit seumur hidup! Korang bacalah apa yang Atok dapat dalam internet...Harga rumah menjadi mahal adalah disebabkan 3 perkara iaitu :-

1. Harga tanah – nilainya mengikut lokasi dan permintaan semasa.
2. Keuntungan kontraktor 
– pihak yang membekal pekerja dan meletakkan harga mengikut kaki persegi. Harga kaki persegi ini adalah termasuk harga bahan binaan. Secara puratanya adalah RM100 ~ RM 130 / kaki persegi mengikut lokasi dan rekabentuk.
3. Keuntungan pemaju
 – pemaju akan mengaut 2 kali keuntungan iaitu ke atas nilai tanah dan nilai rumah.

Nak guna khidmat tukang atau kontraktor untuk bina rumah atas tanah sendiri? Bergantung kepada bajet anda untuk membina rumah.
Sekiranya rumah dibina kos rendah di bawah RM100,000, lebih baik menggunakan tukang. Jika rumah yang anda ingin bina melebihi RM150,000 lebih wajar gunakan servis kontraktor.

Kos bagi bahan pembinaan sentiasa meningkat setiap tahun. Jadi anda haruslah merancang kewangan dan pinjaman anda dengan berhemah agar tidak menyusahkan. Berkongsi pengalaman itu yang dituntut. Supaya kita semua dapat ilmu dan tidak ditipu oleh tukang kaki temberang dan pemaju yang kapitalis. In Shaa Allah.

Ketiga-tiga perkara di atas yang menjadikan sesebuah rumah itu mahal TETAPI boleh dikurangkan dengan banyaknya sehingga dua per tiga (2/3) dan boleh jimatkan wang anda sehingga berpuluh-puluh ribu ringgit.
So, akhirnya, If there is a will, there is a way. Korang faham tak maksud peribahasanya? Itulah, kan Atok dah cakap English education ini penting. Maksud Melayunya, Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Akhirnya Atok jumpa jalan! Bukan JJCM atau Jalan-Jalan Jepun....tapi jalan buat rumah.....cantik dan murah. HAHAHA.....Bagaimana caranya?

Pilihan Sedia Ada

Pilihan A 
Kalau Atok dapat kontraktor yang setuju nak siapkan rumah Atok dengan peruntukan bawah RM 90k, Atok teruskan menggunakan khidmat kontraktor. PASAL APA? Pasal Atok tak payah susah-susah nak ulang-alik balik TPG ke Seremban untuk tengok progress rumah. Lagipun Atok akan pasang lawyer untuk uruskan semua itu. Cukup tempoh, dapat kunci, Atok dan Wan masuk basuh kaki jer. Lupakanlah keuntungan kontraktor tu...Dah rezeki dia. Tapi semua mesti ikut, prosedur, spec dan quality. Kalau tidak, I see you in court!

Secara asasnya sesiapa yang melantik kontraktor bagi membina rumah mereka maka harga rumah tersebut boleh di bahagikan mengikut peratus seperti berikut:-

Andaikan kos pembinaan rumah

= RM 90,000

Keterangan.                 %              RM

Bahan binaan.             32              28,800

Upah pekerja.              32              28,800

Keuntungan

kontraktor.                   32              28,800

pengurusan.                  4                3,600

total.                            100             90,000

Jika kos membina rumah adalah RM90 ribu maka keuntungan kontraktor yang diperolehi oleh kontraktor adalah RM28,800 ribu. Bayangkan duit sebanyak ini sebenarnya milik anda jika mengurus sendiri pembinaan rumah anda. Jadi wang yang anda perlukan bagi menyiapkan rumah anda hanyalah RM60k saja untuk membeli bahan binaan dan upah pekerja. Jangkamasa menyiapkan sesebuah rumah satu tingkat yang sederhana adalah 5 ~ 6 bulan. Nak tahu apa proses yang terlibat untuk membina rumah sendiri (tidak menggunakan khidmat kontraktor) atas tanah sendiri? Jom ikuti proses bina rumah sendiri dengan mudah.

1. Geran Tanah Dan Keadaan Tanah
Geran tanah ini amatlah penting dalam proses pembinaan rumah. Pemilik perlu pastikan nama pemilikannya adalah namanya atau nama pasangan, atau ada juga yang buat geran kongsi ( suami, isteri ). Selain itu juga semak kategori kegunaan tanah seperti pertanian, komersial, ataupun kediaman. Jika kategorinya bukan untuk kediaman anda patut menukarkannya. Dalam hal ini, anda boleh buat sendiri atau mahu lebih lancar boleh guna khidmat perunding tanah atau peguam. Akan tetapi untuk segala kos semasa proses penukaran kategori 100% dibiayai oleh anda sendiri.
Anda juga seharusnya memberi perhatian terhadap keadaan tanah yang akan dilakukan pembinaan rumah. Sama ada tanah rata, berbukit, tanah lembah, tanah rendah dan sebagainya. Selain itu, tanah anda telah dibiarkan lama tidak dibersihkan dari semak samun, hutan dan sebagainya. Jika di tanah anda ada mengalami masalah tersebut anda sepatutnya mengambil langkah sendiri. seperti menampung tanah, membersih dan membuat jalan untuk ke tanah anda. Kos-kos dari kerja tersebut daripada poket anda sendiri. Kerana kebiasaannya kontraktor cuma sediakan rumah. Perkhidmatan seperti langkah awal ini tidak ada dalam perkhidmatan mereka. Tambahan lagi, batu sempadan juga bukan kerja kontraktor anda sebaliknya adalah dari tindakan anda yang akan mengukur keluasan tanah dan meletakkan batu penanda sempadan. Luas tanah ini berdasarkan lot tanah yang dipersetujui oleh pejabat tanah kawasan anda.

2. Pelan Dan Reka Bentuk Rumah
Sediakan Bajet Untuk Pembinaan rumah. Arkitek akan membuat pelan reka bentuk berdasarkan persetujuan tuan punya rumah dan kos cadangan bagi setiap kerja pembinaan oleh Quantity Surveyor (QS).

Membuat Spesifikasi Rumah
Spesifikasi rumah amat penting kerana ianya menentukan kos pembinaan dan kualiti sesebuah rumah. Sebelum melantik tukang rumah atau kontraktor, sepatutnya anda membuat spesifikasi rumah terlebih dahulu. Sekiranya anda tidak mampu membuatnya, anda boleh berbincang dengan arkitek atau QS.

Spesifikasi ini amat penting supaya kedua-dua pihak berpuashati semasa penyerahan kunci rumah nanti. Dengan adanya spesifikasi ini, ianya akan memudahkan kontraktor untuk membuat sebut harga dan membina rumah.

Contoh Spesifikasi :-
Atap – atap genting jenama Monier jenis contour
Besi – mengikut spesifikasi pelan rumah (ikut spec JKR)
Pintu – pintu utama kayu Nyatuh (atau setara) atau meranti
Mangkuk tandas berharga RM350 (apa2 jenis brand seperti Caresan)
Cat – jenis Kasai atau Jotun (jaminan 5 tahun)
Bumbung – kayu kelat atau berubat Malaysia
Siling – siling kapur untuk semua ruang dalaman, veranda dan parking kecuali siling tandas
Mozek – disemua tempat rumah
 – bilik tidur (saiz 16 inci, lingkungan harga RM3.80 semua corak dan jenis), 
Ruang keluarga dan tamu (saiz 20 inci, lingkungan harga RM4.80 sekeping, semua corak dan jenama menyebabkan kulat pada dinding rumah. 
Kebanyakan kontraktor lain hanya beri sehingga 5 kaki sahaja.
Sinki dlm tandas harga sekitar RM150++. Sinki dapur 3 lubang harga sekitar RM300++
Longkang – jenis glace (berkilat)
Letrik – Punca kuasa untuk lampu, kipas. Pendawaian jenis 3-phase.
Piping – Paip, shower adalah jenis chrome.

3. Sebut Harga
Cari dan hubungi Kontraktor/Tukang rumah yang anda yakini dan berpengalaman.Mereka akan mengemukakan sebut harga bina rumah berdasarkan pelan dan 3D design yang telah dipersetujui.

4. Lantik Kontraktor Dan Peguam
Pemohon perlu melantik kontraktor dan peguam yang berpengalaman iaitu yang boleh berurusan dengan pihak LPPSA. Jika kontraktor atau peguam yang dilantik tidak pernah dan tidak tahu berurusan dengan pihak LPPSA, dikhuatiri akan berlaku banyak masalah. Hal ini disebabkan kebanyakan dokumen akan diuruskan oleh kedua-dua belah pihak berkenaan.

5. Kerja Pembinaan Rumah Oleh KontraktorTukang Yang Dilantik
Pihak pembina akan mula melaksanakan kerja – kerja pembinaan rumah mengikut tempoh dan masa yang telah anda persetujui.

6. Lawatan Semasa Pembinaan
Semasa dalam pembinaan, sebaik-baiknya anda pantau pembinaannya, paling kurang sebulan sekali. Lagi kerap lagi baik. Kalau boleh, bawalah rakan anda yang mempunyai pengalaman dalam pembinaan rumah


Kaedah Pembayaran Kepada Kontraktor
JADUAL BAYARAN BERPERINGKAT (PROGRESS)
ANSURAN YANG KENA DIBAYAR PERATUSAN (%) JUMLAH (RM)
1. Setelah perjanjian selesai ditandatangani
            10%                                    9,000.00
2. Dalam tempoh 21 hari selepas peminjam menerima notis bertulis dari kontraktor menyatakan siapnya:
a) Kerja asas dan pertapakan bangunan.             
           10%                                      9,000.00
b) Kerangka konkrit bertetulang bangunan.
           15%                                    13,500.00
c) Dinding bangunantersebut beserta rangka pintu dan tingkap dipasang dengan tepat. 
           10%                                      9,000.00
d) Memasang bumbung, pendawaian elektrik dan saluran paip pada bangunan tersebut. 
           10%                                      9,000.00
e) Kerja melapis dalam dan luar bangunan tersebut. 
           10%                                      9,000.00
f) Parit,saluran najis dan jalan pada bangunan tersebut.
           15%                                    13,500.00
3. Semasa serahan pemilikan kosong dan sambungan bekalan elektrik dan air pada bangunan.
           15%                                    13,500.00
4. Dipegang oleh peguamcara sebagai pemegang pertaruhan untuk bayaran kepada kontraktor
             5%                                       4,500.00
a) Apabila tamat tempoh 6 bulan selepas serahan pemilikan kosong – (2.5%)
b) Apabila tamat tempoh 12 bulan selepas pemilikan kosong – (2.5%) 

JUMLAH 100%                             90,000.00

Kualiti Sesebuah Rumah
Kualiti binaan sesebuah rumah bergantung kepada perkara-perkara berikut :
a)Bahan binaan
b)Spesifikasi rumah
Kemahiran pekerja (workmanship)
Sikap kontraktor/pemaju
Pengawasan – sama ada dari kontraktor atau anda sendiri

7. Serah Kunci
Rumah idaman anda siap dan sedia untuk diduduki. Namun anda harus tahu tentang grace period yang diberikan oleh pemaju sekiranya terdapat kecacatan pada rumah, hendaklah dimaklumkan kepada mereka. Walau bagaimanapun, kerja pembinaan berjalan dengan lancar dan mengikut spesifikasi dalam lukisan dan perjanjian. Untuk setiap kemajuan kerja tapak kerja, supervisor mereka akan update klien.


Pilihan B. 
Bagi mereka yang sudah ada tanah, macam Atok, caranya ialah dengan “BINA SENDIRI RUMAH ANDA”.

Jika anda sudah ada tanah lot tapak rumah. Maksudnya ialah mengurus sendiri pembinaan rumah anda. Ini bermakna anda tidak perlukan kontraktor / pemaju bagi membina rumah anda. Maka kos membina rumah hanyalah membeli bahan binaan dan upah pekerja saja. TETAPI anda kena uruskan semuanya, daripada A sampai ke Z! Anda kini kontraktornya...Anda dah jimatkan duit anda sebanyak RM 28,800!
Untuk kerja-kerja tak sampai 3 bulan, Atok boleh bawa Wan korang pergi umrah dan honeymoon ke Istanbul, Turki......Bukan susah pun! Atok cuma kena buka buku sikit, belajar selok belok buat rumah...Alaaa..panduannya ada dalam internet. Ikut aje lah. Cari tukang-tukang bagi setiap fasa atau proses, dapatkan quotations, pilih yang ada reference yang baik, bayar dan supervise. Tak payahlah nak pasang peguam dan fail kat majlis bagai. Rumah sewa jer pun. Lagipun upah lawyer dan fi majlis daerah tu tu baik buat kenduri doa selamat nanti. Tak roboh punya! Jangan salah faham ya, Atok tak ajar korang langgar undang-undang pulak. Ini Atok cerita pasal cara Atok. Atok akan lantik anak sulung Atok yang duduk Shah Alam tu supervise kerja-kerja pembinaan. Atok lantik dia sebagai Project Manager. ATOK BAYAR DIA, TAU! Bagi dia rasa pulak macam Datok-datok dalam drama Melayu tu, pakai hard helmet dan kepit pelan...tunjuk sini, situ kat tukang-tukang rumah sambil pegang henfon. Pembayaran jadual kerja berdasarkan persetujuan yang ditetapkan. Bayar tukang, dia. Nak beli barang, dia.  Atok sain cek jer ..... HAHAHA😅, Amacam, ok tak? Merasalah jadi Kontraktor sekali seumur hidup. Oklah. Doakan Atok berjaya dalam mengejar impian Atok sekeluarga ini, Amiiiiin.

Oh ya, kat bawah ini seperti biasa Atok selitkan sedikit ilmu dan maklumat tentang pembinaan ini. Kepada tuan punya blog, websites yang Atok rujuk, thanks alot,guys! Jazakallahukhairan. Atok tolong panjangkan sedekah jariah kamu. Sorrylah kalau tak sebut nama atau tercelok bahan-bahan tuan. Halalkan dunia akhirat, ya... Wasalam.

u.p korang, gambar foto projek yang kat bawah ini, semua BUKAN projek Atok punya. Atok ambil kat internet, nak bagi terang penjelasan proses pembinaan rumah.. Atok belum buat apa-apa lagi pun...Baru berangan-angan..
Jangan marah....ceria-ceria selalu.

Berikut adalah ringkasan proses pembinaan sebuah rumah:-
  1. Mengenal pasti sempadan tanah tapak rumah
  2. Membina papan adang dan papan tanda
  3. Membuat pancang tanda
  4. Membina asas konkrit (footing)
  5. Membina stump konkrit
  6. Membina rasuk aras tanah (ground beam)
  7. Membina lantai konkrit
  8. Membina tiang konkrit
  9. Membina dinding batu bata (brickwall)
  10. Memasang bingkai jendela dan pintu
  11. Membina rasuk bumbung konkrit
  12. Memasang ke rangka dan penutup bumbung
  13. Memasang konduit pendawaian elektrik
  14. Memasang siling
  15. Melepa dinding
  16. Melepa lantai
  17. Memasang paip bekalan air (plumbing work) serta tangki air
  18. Memasang jubin lantai dan dinding
  19. Membina longkang dan apron
  20. Membina tangki septik dan paip kumbahan
  21. Memasang daun pintu dan ironmongeries
  22. Mengecat
  23. Membersih dan membawa keluar sampah dan sisa binaan
  24. Melakukan pemeriksaan akhir dan membuat permohonan CCC (Sijil Penyiapan dan Pematuhan)

Peringkat 1 - Penyediaan tapak rumah dan besi-besi binaan
bahan-bahan yg paling awal sampai ditempat kejadian. Batu bata dan Pasir Sebuah bangsal juga telah dibina utk menyimpan simen. (Kalau letak luar nnt kene hujan, terus takleh guna simen)



contoh2 besi yang telah disediakan awal untuk pembinaan rumah ini. Semuanya handmade.
Tapak rumah diukur dulu dan ditandakan dengan tali. Aras ketinggian dari pusat bumi juga dikira dengan menggunakan tiub berisi air.
contoh salah satu lubang untuk foundation rumah ini. 2ft x 2ft x 2ft..
Kerja-kerja menggali lubang sedang dilakukan. Memerlukan kudrat yang banyak.
lurus je lubang tu dengan dinding binaan yg telah ada.


Peringkat 2 - Penyediaan Tiang
foundation punya besi telah dicacakkan. ada besi diseluruh bahagian bawah tu yg mana kelak akan dicurahkan dengan simen konkrit pulak.

contoh yg dah terisi dengan simen. Simen tu dalam 1/2 ft @ 1 ft kot. Selebihnya akan ditimbus kembali dengan tanah.




Beginilah keadaan ceracak yang telah ditegakkan.

Peringkat 3 - Mulanya kerja-kerja pembangunan dinding dan sistem pembentungan
panggil backhoe, tuk gali lubang tuk tangki septik ni. Memang saje gali awal, supaya tanah yg digali ini bolah digunakan tuk tambak tapak rumah. Jadi save budget, tak payah beli tanah dah untuk tambak rumah.

Beginilah bersepahnya batu batan di tapak pembinaan
Kawasan membancuh simen. Bersih selepas tiap kali selesai bekerja.


dinding dibangunkan dulu. Dengan cara ini dapat menjimatkan kayu yg digunakan untuk membuat tiang kelak.




Haa, nampak tak tanah dalam petak2 rumah ni dah tambak. Tanah ni diambil dari tempat tangki septik tadi laa. Selain itu ada juga digali lubang lain di belakang rumah ini juga.




Ni saluran untuk paip kumbahan nanti. Korek awal-awal, tak payah laa nak panggil backhoe banyak kali nnt.

Peringkat 4 -Pembangunan Tiang dan Komponen-Komponen Rumah seperti Tingkap dan Rangka Pintu


Dinding da dibangunkan lagi. Nampak tak yang kayu tu, tu laa bahagian tiang tu. Bingkai tingkap dan pintu juga telah diinstall time ni.




Ni kawasan tempat ambil wuduk nnt nie.



Ni kawasan bilik mandi dan jamban


Peringkat 5 - Penyediaan Top beam dan Pemasangan Bumbung
Sementara menyiapkan pemasangan batu-bata untuk dinding, sebahagian pekerja membuat kerangka besi untuk top beam.
Inilah kerangka besi top beam yang telah diletakkan di atas dinding sebelum papan acuan dipasang.


.


Apabila beam dah keras, mereka pun pasang bumbung. Kenalah tentukan jenis bumbung apa, sebab nak pasang kerangka bumbung kena betul kiranya. Kalau pasang atap genting, banyak guna besi sebab genting berat. Saya nak atap genting, sebab rumah tak panas. Kalau boleh tak nak pakai air cond. Nak natural aje..



rangka bumbung besi

Selepas itu, barulah dipasang bumbung genting.


Bumbung genting yang hampir siap dipasang

Rujukan
https://binarumahtanahsendiri.blogspot.com/2014/03/proses-membina-rumah-sendiri.html?m=1

https://profhariz.com/8-proses-bina-rumah-sendiri-dengan-mudah/

http://cikgukimi.blogspot.com/2015/02/proses-proses-awal-membuat-rumah.html?m=1

https://www.dawaibesi.com/2018/10/panduan-bagi-yang-ingin-memiliki-rumah.html?m=1

http://pemadamburuk.blogspot.com/2010/12/step-nak-buat-rumah-sebuah.html?m=1

.

Selasa, 27 Oktober 2020

Proses Bina Rumah Sendiri Dengan Mudah (Guna Khidmat Kontraktor)

Salam buat semua. Dah lama Atok tak online dalam blog ini. Rindu agaknya korang kat Atok.... kan,kan,kan? Atok pun begitu juga, rindu benar kat korang. Maklumlah, musim covid ni bukan macam musim durian atau rambutan, boleh balik-balik kampung bagai. Atok dan Wan korang ini duduk ontok-ontok kat rumah jer lah. Kang tak pasal-pasal kang....isy! Mohon dijauhkan Allah. Oklah entri Atok kali ini pasal nak buat rumah dekat kampung lepas Atok pencen nanti, insha Allah dalam pertengahan bulan 11 ni. Tak lama lagi, lebih kurang 2.3 minggu jer lagi. Dapat duit pampasan pencen nanti, Atok cadang nak buat rumah sewa atau homestay sebagai pendapatan pasif Atok nanti. Atok fikir nak buat 3 pintu rumah sewa atas tanak bahagian Atok di TPG nanti.  Satu unit seluas 20x30 kaki persegi. Kalau Atok sewakan, boleh dapat RM500 sebulan. Kalau 3 pintu, tak pasal-pasal Atok kutip tol RM1500. Wow, boleh tanggung Wan Muda seorang lagi! Hahaha..tergelak besar Atok dalam mimpi. Nasib tak didengar dek Wan kau masa Atok tidur ngigaukan janda Senaling tadi😅😅😅. 

Tapi Atok dah tua, tak pandai nak buat rumah sendiri. Pegang tukul pun paku bengkok. Masalah, masalah...Ada duit tapi takde kepandaian. Hmmmmm. Atok akur dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Atok ada duit tapi takde skill buat rumah, kena cari kontraktor.

So, Atok google,google kat internet... cari idea. Banyak juga buah fikiran kengkawan dalam internet yang boleh digunapakai, siap beri tips untuk elakkan penipuan orang lain.

So, korang hadamkan nasihat yang Atok dapat tentang cara dan proses buat/miliki rumah sendiri di atas tanah sendiri dengan menggunakan khidmat kontraktor..Baca, jangan tak baca.....

Nak tahu apa proses yang terlibat untuk membina rumah atas tanah sendiri? Jom ikuti 7 proses bina rumah sendiri dengan mudah.

1. Geran Tanah Dan Keadaan Tanah
Geran tanah ini amatlah penting dalam proses pembinaan rumah. Pemilik perlu pastikan nama pemilikannya adalah namanya atau nama pasangan, atau ada juga yang buat geran kongsi ( suami, isteri ). Selain itu juga semak kategori kegunaan tanah seperti pertanian, komersial, ataupun kediaman. Jika kategorinya bukan untuk kediaman anda patut menukarkannya. Dalam hal ini, anda boleh buat sendiri atau mahu lebih lancar boleh guna khidmat perunding tanah atau peguam. Akan tetapi untuk segala kos semasa proses penukaran kategori 100% dibiayai oleh anda sendiri.

Anda juga seharusnya memberi perhatian terhadap keadaan tanah yang akan dilakukan pembinaan rumah. Sama ada tanah rata, berbukit, tanah lembah, tanah rendah dan sebagainya. Selain itu, tanah anda telah dibiarkan lama tidak dibersihkan dari semak samun, hutan dan sebagainya. Jika di tanah anda ada mengalami masalah tersebut anda sepatutnya mengambil langkah sendiri. seperti menampung tanah, membersih dan membuat jalan untuk ke tanah anda. Kos-kos dari kerja tersebut daripada poket anda sendiri. Kerana kebiasaannya kontraktor cuma sediakan rumah. Perkhidmatan seperti langkah awal ini tidak ada dalam perkhidmatan mereka. Tambahan lagi, batu sempadan juga bukan kerja kontraktor anda sebaliknya adalah dari tindakan anda yang akan mengukur keluasan tanah dan meletakkan batu penanda sempadan. Luas tanah ini berdasarkan lot tanah yang dipersetujui oleh pejabat tanah kawasan anda.

2. Lantik Kontraktor Dan Peguam
Pemohon perlu melantik kontraktor dan peguam yang berpengalaman iaitu yang boleh berurusan dengan pihak LPPSA. Jika kontraktor atau peguam yang dilantik tidak pernah dan tidak tahu berurusan dengan pihak LPPSA, dikhuatiri akan berlaku banyak masalah.  Hal ini disebabkan kebanyakan dokumen akan diuruskan oleh kedua-dua belah pihak berkenaan.

Tapi apakah tujuan melantik kontraktor dan peguam?
Tugas Peguam
*Menjadi keperluan melantik peguam yang berpengalaman atau pun sudah biasa berurusan dengan LPPSA.
*Untuk membuat perjanjian pembinaan (S & P).
*Membuat CARIAN / LAND SEARCH di pejabat tanah.
*Membantu membuat permohonan secara online.
*Memberi cadangan kontraktor dan arkitek yang pengalaman.
*Membantu dalam memohon membuat penilaian JPPH jika diperlukan.
*perbincangan kontraktor bina rumah2. 

Pemohon perlu melantik kontraktor dan peguam yang berpengalaman iaitu yang boleh berurusan dengan pihak LPPSA. 

Tugas Kontraktor
*Menjadi keperluan dalam melantik kontraktor yang mempunyai lesen, mempunyai CIDB dan ya.
*Supaya tidak berlaku kelewatan dalam proses membina rumah dan mengikut undang-undang.
*Membuat pembinaan mengikut plan yang disediakan oleh arkitek bertauliah.
*Menyediakan laporan tuntutan bayaran kepada peguam.
Kontraktor akan melantik arkitek berdaftar bagi menyiapkan plan.
*Mendapatkan kelulusan daripada pihak PBT.                                      
*Membantu dalam memohon membuat penilaian JPPH jika diperlukan.

3. Pelan Dan Reka Bentuk Rumah
Arkitek akan membuat pelan reka bentuk berdasarkan persetujuan peminjam dan kos cadangan dari kontraktor. Pemohon perlu berhati-hati dalam memilih kontraktor kerana banyak berlaku kes di mana kontraktor gagal menyiapkan pembinaan berikutan masalah kewangan ( kontraktor akan mendahulukan wang sendiri setelah pembinaan siap dalam 20%, kemudian claim wang tersebut  melalui peguam dan jika kontraktor itu mempunyai modal, tuntutan boleh dibuat selepas rumah siap dibina ).

4. Sebut Harga
Pemaju mengemukakan sebut harga bina rumah berdasarkan pelan dan 3D design yang telah dipersetujui.

5. Proses Kelulusan Pelan
Setelah pemohon dan kontraktor melalui arkitek bersetuju dengan pelan reka bentuk, pemohon atau peguam atau kontraktor perlu menghantar borang permohonan ke Pejabat Penilaian.

6. Kerja Pembinaan Rumah Oleh Kontraktor Yang Dilantik
Pihak pemaju akan mula melaksanakan kerja – kerja pembinaan rumah mengikut tempoh dan masa yang telah  anda persetujui 

7. Serah Kunci
Rumah idaman anda siap dan sedia untuk diduduki. Namun anda harus tahu tentang grace period yang diberikan oleh pemaju sekiranya terdapat kecacatan pada rumah, hendaklah dimaklumkan kepada mereka. Walau bagaimanapun, kerja pembinaan berjalan dengan lancar dan mengikut spesifikasi dalam lukisan dan perjanjian. Untuk setiap kemajuan kerja tapak kerja, supervisor mereka akan update klien.

Cuba korang baca pernyataan di bawah. Atok macam kurang bersetuju pulak. Ya lah, kalau betul ler lebih kurang harganya, takkanlah ramai contractor pakai merz dan BM.... kan,kan,kan.

"Sebenarnya, tidak timbul isu rumah mahal kerana mereka hanya bina rumah mengikut harga nilaian semasa. Yang menjadi perbezaan harga antara kontraktor adalah disebabkan spesifikasi rumah yang diberikan adalah berbeza. Mereka mementingkan spesifikasi rumah yang berkualiti sebagai mewakili perbezaan ciri rumah yang mereka bina berbanding kontraktor lain."

Tapi, Atok masih open minded lagi...Yes, khidmat kontraktor memudahkan TAPI...matlamat Atok, Rumah itu mesti ikut spesifikasi Atok, DAN, lebih murah daripada nilai harga semasa di pasaran.
Kalau ikutkan harga kontraktor minimum  RM120/kps, maka Atok kena keluarkan RM 216,000 untuk 3 pintu rumah sewa Atok tu. Umangai! Takkan Atok nak habiskan semua duit pampasan pencen Atok untuk rumah jer! IMPOSSIBLE, IMPOSSIBLE! Atok nak juga belanja anak cucu, pergi umrah, buat haji dan enjoy,enjoy sikit...So, Atok rasa Atok kena buat plan B kalau Atok betul-betul nak buat rumah sewa tu juga.
Buat masa ini Atok biarkan idea ini hanging....sementara Atok nak ketuk pintu bilik, minta Wan korang uruskan kepala Atok yang juga tengah pening dan hanging ini. Bye. Assalamualaikum.



  

Dari Sisi Gelap Klang Bandar Diraja ......Bahana Pelacuran

Salam buat semua, peminat  serta pembaca  blog Atok ini. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Kita masih dalam mode Raya, meraikan sauda...