Memaparkan catatan dengan label polis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label polis. Papar semua catatan

Isnin, 27 Jun 2022

Sejarah Balai Polis Telok Panglima Garang

Salam buat semua. Apa khabar orang kampung Atok di Telok? Semoga sihat-sihat belaka. Atok dan Wan dah lama tak balik ke Telok. Cuma hari itu singgah sebentar bermalam di rumah kakak di Taman Dato Hormat dan menziarahi kuburan kedua-dua orang tua Atok di Jalan Pusara. Alfatihah (dibaca) buat kedua-dua mereka termasuklah seluruh penghuni Tama Perkuburan Alor Pak Datu Fasa 1 dan 2. Semoga damai arwah-arwah di sana. Amiin. Entri kali ini Atok nak bicarakan pasal Balai Polis. Dah banyak yang Atok tulis pasal Balai Polis di Jugra, Telok Datoh, Banting, Batu Laut, Tanjong Sepat dan Klang tetapi tidak banyak mengenai Balai Polis di Telok. Memang tak banyak cerita pasal itu kerana Telok hanyalah pekan kecil, lagipun orang-orangnya, tak kiralah Jawa Sijangkang, Banjar Kg. Medan, Melayu Telok dan Keling serta Sakai Pulau Carey semuanya  hidup harmonis, cintakan kedamaian. Itu pasal lah lambat dapat Balai Polis! Tak apa, biar Atok story dahulu..Begini ceritanya.

Peranan polis ketika itu memang untuk menemani Pegawai Pemungut Cukai ke kampung-kampung di seluruh negeri, menjaga keselamatan para peladang Inggeris, mengawal tingkah laku pendatang asing di estet dan lombong, menyelesaikan kes jenayah anak negeri, membuang negeri penjahat dan lanun, mengiringi orang kenamaan dalam urusan rasmi dan kematian keluarga diraja dan istana. Tak lupa juga mencatat kelahiran dan kematian anak bangsa dan penduduk setiap masa.

Pasukan polis merangkap tentera daripada keturunan Sikh ini sememangnya digeruni terutama oleh masyarakat Cina yang menggelar mereka Bengali kwai  atau Syaitan Benggali.  Kesetiaan, disiplin yang tinggi dalam diri mereka ini menyebabkan mereka digemari sebagai bodyguard, pegawal sekuriti dan lain-lain tugas yang merbahaya. Petempatan di mana ada terdapat balai polis, kini lebih aman kerana penduduk boleh membuat aduan dan masalah dapat diselesaikan secara aman. Pihak penghulu juga dipantau oleh pihak polis dan laporan dihantar ke pentadbiran negeri berhubung tingkah laku dan prestasi kerja penghulu tersebut. Apabila negeri aman, pendapatan negeri dapat dikumpul dengan berkesan. 

Pada tahun 1882, terdapat beberapa buah balai polis di Kuala Langat selain di Bukit Jugra. Dikatakan kekuatan pihak polis di Kuala Langat adalah seperti berikut:

A.Balai Polis Bukit Jugra...........................Seorang berpangkat Sarjan, 3 orang konstabel
    Gudang Kerajaan di Bukit Jugra.............. 3 orang konstabel
    Pejabat Collector and Magistrate..............Seorang konstabel
    Off Duty Emergency)............................... 2 orang konstabel 
                            
B.Balai Polis Kuala Jugra..........................Seorang Koperal, 3 orang konstabel

C.Balai Polis Kanchong.............................Seorang Koperal, 3 orang konstabel

D.Balai Polis Bandar..................................Seorang Koperal, seorang konstabel


Pada tahun 1898, cadangan membina Balai Polis Telok Panglima Garang disuarakan kerana keperluan penduduk semasa yang semakin ramai berikutan pembukaan lebih banyak estet  termasuk di Pulau Carey dan perkampungan di mukim Telok Panglima Garang yang memerlukan tindakan yang lebih pantas daripada pihak polis. Bahkan Telok Panglima Garang merupakan perkampungan terpenting di sebelah utara Sungai Langat dalam daerah Kuala Langat kerana kedudukannya yang strategik di laluan terbaru jalan darat menghubungkan Jugra dengan Klang. Perkembangan dan pembangunan ekonomi Kuala Langat sememangnya berkait rapat dengan lingkungan pengaruh bandar Klang dan Pelabuhan Swettenham. Sudah pasti Telok Panglima Garang menerima tempiasnya. Maka sewajarnya Telok Panglima Garang dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan awam termasuk Balai Polis.



Tender Membina Balai Polis TPG pada tahun 1899

          
                  

Tender Baharu dikeluarkan pada bulan November 1900 untuk Pembinaan Balai Polis TPG. Mengapa tender lama dibatalkan tidak diketahui.



Balai Polis TPG telah siap namun tiada arahan beroperasi  daripada pihak berkuasa

Penempatan sementara  Kuarters Renjer Hutan Telok Reserve Forest di Balai Polis TPG dalam tahun 1902



Telok Panglima Garang dalam Peta Kuala Langat dalam tahun 1898

Kawasan Operasi Balai Polis TPG meliputi semua kampung dalam Mukim TPG  sehingga  Sijangkang pada tahun 1913

Estet-estet di Pulau Carey juga dibawah pentabiran dan pengurusan Balai Polis TPG pada tahun 1910




 Balai Polis Jenjarom 
Kampung-kampung Cina di atas bukit dan pinggir hutan seluruh Kuala Langat dan Sepang dipindahkan ke Kampung Baru Jenjarom. Perkampungan baru terbesar di Kuala Langat. Sebuah balai polis kecil diwujudkan di situ,  di pintu masuk.Kawalan polis diperhebat. 24/7, setiap detik setiap ketika. Seluruh kawasan dikawal, berkawat. Berkekalanlah balai polis itu sehingga kini.

Balai Polis Telok Panglima Garang

Ura-ura pembinaan balai polis di sini mula diperkatakan sejak awal 1963 lagi, ekoran banyak kejadian samseng bergaduh dan mengugut para pekedai bagi wang perlindungan. Pernah Telok Panglima Garang digegarkan dengan pembunuhan kanak-kanak berusia 4 tahun ketika zaman Darurat. Sebagai sebuah mukim yang pesat membangun ekoran perkembangan industri di Lembah Klang, seharusnya sudah ada sebuah balai polis di sini. Hal ini terus disuarakan oleh para pemimpin masyarakat  terutama UMNO dan MCA di TPG. Mungkin juga kewujudan balai polis sedia ada di Jenjarom yang berdekatan dengan TPG melambatkan keputusan kerajaan membina balai polis di situ.

Namun, keadaan mula berubah pada awal 1970-an.  Kesan dan status Telok sebagai kawasan perindustrian bebas yang baharu di Kuala Langat serta pertambahan penduduk yang mendadak ekoran penghijrahan masuk penduduk ke sini memaksa kerajaan mengadakan infrastruktur lengkap termasuk sebuah balai polis baharu yang kekal dan besar. Tetapi, entah di mana silapnya, mungkin tiada peruntukan oleh kerajaan pada masa itu, sebuah balai polis yang unik diwujudkan di Telok. Unik kerana inilah mungkin satu-satunya balai polis di Kuala Langat, bahkan mungkin di Selangor yang disewa di sebuah blok rumah kedai dua tingkat di Batu 10 Kebun Baru, berhadapan jalan raya utama Klang-Banting. Sudah pasti fasilitinya terhad tanpa kuarters. Sepatutnya balai polis ini disebut pondok polis sahaja. Tak ada rotan akar pun berguna. Berkat kesabaran penduduk dan warga polis di sini, maka, di tapak berhampiran bersebelahan lot rumah kedai itu kini dibina sebuah balai polis serba lengkap dan besar, menggantikan 'pondok' yang telah lebih 30 tahun mencurahkan berbakti.

Balai Polis Telok Panglima Garang yang disewa daripada rumah kedai di Taman Desawira di selekoh Batu 10 Jalan Kebun Baharu dalam tahun 1970-an

Balai Polis Telok Panglima Garang kini

Klik pada pautan-pautan di bawah untuk butiran terperinci

Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
23 JUL 1902
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0103513W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS

Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE STATUTORY BODIES
Source
:
Date
:
25 JAN 1952
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0688510W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
31 DEC 1898
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0081886W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS

Sabtu, 2 April 2022

Sejarah Balai Polis Telok Datok (1920- 1941)

 Salam buat semua. Atok sambung lagi cerita pasal Balai Polis dan Kepolisan di Kuala Langat. Atok pecahkan kepada era awal pemerintahan British, ketika Pendudukan Jepun dan zaman Darurat, masa awal kemerdekaan seterusnya tahun-tahun terkini. Atok masukkan cabaran dan fungsi pasukan polis pada setiap garis masa. Atok akan berikan beberapa contoh kes dan kejadian serta evidens keratan akhbar, gambar atau bahan bercetak lain untuk korang. Banyak sungguh yang korang nak kena hadamkan! Tapi korang jangan risau... Atok takkan melalut jauh. Atok akan fokuskan cerita kita berkisar di Banting dan Kuala Langat sahaja. 

Peranan dan fungsi balai polis ini juga bertambah dan berubah mengikut masa. Anggota polis tidak lagi mengiringi pegawai pemungut hasil atau magistret. Namun tugas dan tanggung jawab mereka bertambah. Selain menerima repot dan menyiasat aduan masyarakat, polis juga mengeluarkan lesen dan permit Senjata api bagi tujuan perburuan dan kawalan tanah pertanian. Mereka juga mengetuai operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di sungai dan laut, mangsa serangan buaya dan harimau, babi hutan atau yang  tersesat di hutan.Pada tahun-tahun 

Awal 1940-an, pasukan polis dihantar bagi menyuraikan mogok-mogok ganas oleh pekerja-pekerja ladang berbangsa Tamil yang meminta kesamaan upah dengan bangsa-bangsa lain di samping kondisi tempat tinggal yang semacam penghambaan moden di estet. Dikatakan rusuhan tersebut dipengaruhi anasir subversif komunis. Malah balai polis ini juga pernah menjadi pusat agihan ubatan untuk demam Malaria.

Kalau terlebih itu, anggap sahaja ilmu tambahan buat korang. DAN...Atok pasti korang akan lebih menghargai jasa dan pengorbanan anggota polis yang selama ini dicemuh hebat hanya kerana "beberapa ekor langau yang mengerumuni najis sehingga kotorlah tubuh sang kerbau itu". Hahaha...ini bukan peribahasa tau, ini untuk orang yang tak tahu bahasa yang suka mengata dan mengutuk berlebih-lebihan.

Bukannya apa, setiap kali melintasnya kereta Atok sama ada ke Klang mahupun ke Banting pasti melintasi bangunan lama di pinggir jambatan dan jalan ini. Maka terlintas di fikiran Atok untuk menelusuri sejarah bangunan tua ini. Apa yang tersurat dan tersirat di sebalik megahnya dia membatukan diri di pinggir jalan dan kali. Atok nak buka lipatan sejarah keagungannya. Atok nak imbas kembali suka duka, tangis sendu penghuninya. Itulah dia Balai Polis lama Telok Datok. Korang nak dengar dan baca tak cerita Atok selanjutnya? Tunggu kejap ya. Atok nak ambil popcorn dan Super Ring. Sambil bercerita, sambil mengunyah jajan sedaaap!

Balai Polis Telok Datok

Sebenarnya Balai Polis Telok Datok sudah ada sejak zaman Sultan Abdul Samad lagi, cuma mungkin hanya layak dipanggil pondok polis sahaja. Pada masa itu, penduduk di kawasan Tanjung Dua Belas belum ramai lagi. Hanya pada tahun 1929, sebuah balai polis baru telah dibina di Teluk Datuk berikutan dengan ramai penduduk membuka kawasan baru di sana. Dengan lokasi strategik iaitu di pinggir 3 jalan utama Telok Datoh- Klang, Telok Datoh-Bangi dan Telok Datoh-Sepang, bangunan baru polis ini memang selesa untuk urusan rakyat pada masa itu. Bangunan bercirikan kolonial ini merupakan kompleks pentadbiran yang dilengkapi balai polis konkrit 2 tingkat, kuarters anggota kelamin jenis kayu berlantai tinggi, kuarters anggota bujang jenis kayu berlantai tinggi, dapur komuniti (terletak di belakang kuarters), tandas angkut komuniti, rumah pegawai pelbagai pangkat, lokap, padang permainan dan padang kawad serta fasilitis lain untuk kursus kepolisan bagi seluruh daerah. Bekalan elektrik dan air mungkin diterima kemudian. Kedudukannya di tebing Sungai Langat menyebabkan kawasan ini sering dinaiki air ketika air sungai melimpah melepasi tebing.

Tajuk:SECOND CLASS POLICE STATION AND KITCHEN TELOK DATOH - TENDERS FOR :-
20/04/1920


Tajuk:SUPPLEMENTS TO VOTES "POLICE STATION AT TELOK DATOH" AND "BUND AT SABAK BERNAM"
23/02/1926


Gambaran keadaan masa dahulu dalam balai polis ini masih boleh dibayangkan dengan melihat foto-foto di bawah :

Balai Polis Telok Datoh dari pintu masuk










suasana di dapur komuniti

Pakaian seragam anggota polis perlu disimpan di dalam peti individu dan dipamerkan untuk pemeriksaan pegawai atasan


Beberapa orang Inggeris dan anak tempatan berpangkat O.C.P.D pernah mengetuai Balai ini sejak dibuka sehingga tahun 1941.
Antara mereka ialah:
1.  R.P.J.Rycroft
(Sebelum Oktober 1929)
pulang ke England

2.  Mr. L.H  Pearce 
(20 Okt.1929 - 20 Sept. 1931)
bertukar dari Kroh, Perak

3.   Inspektor Yahya 
(20 Sept. 1931-??)
bertukar dari Kuala Lumpur 


8 Januari 1930
-Mayat Orang Putih mati lemas di Morib

20 Oktober 1930
-penulis petisyen didakwa pecah amanah

Mulai 1930, pengambilan anggota polis Melayu semakin bertambah, sebaliknya anggota polis Panjabi berkurangan dengan banyaknya.

1932  
- Kejadian menyeludup getah banyak berlaku di Jugra ketika era Catuan 


1933
-Sepang dipisahkan daripada kawalan Balai Polis Telok Datoh. Lingkungan pengaruh Balai Polis Sepang yang baru ini menjangkau sehingga ke Mantin, Negeri Sembilan.

23 Mei 1936
-Seorang wanita dan 5 kanak-kanak mati lemas insiden bot karam di Kuala Jugra

Membanteras jenayah berat di seluruh Kuala Langat dan Sepang ketika itu masih tumpuan utama balai polis ini.

6 Oktober 1939
-Hukuman penjara kerana bunuh rakan di Bukit Changgang

15 Mei 1941
-3 pekerja ladang berbangsa Tamil ditembak mati manakala 2 orang yang lain cedera ditikam ketika tentera dan polis cuba meleraikan rusuhan ganas di Ladang Brooklands.


3 Jun 1941
-Wanita Cina dibunuh sekumpulan Orang Asli di Pulau Carey



Jumaat, 20 Februari 2015

Sejarah Awal Polis di Klang (1871-1896)


Salam buat semua. Bertemu lagi kita di alam maya. Moga-moga semua dalam keadaan sihat walafiat. Sekarang ini banyak sangat kedengaran dan berita sama ada di blogmahupun di akhbar tentang orang Melayu mula bertelagah sesama sendiri, kononnya atas perbezaan fahaman politik yang mendalam. Masing-masing menuduh orang lain kurang 'keMelayuan atau keIslamannya. Yang menghairankan aku, ada yang sanggup menuduh sahabat seislamnya kafir kerana tidak mendokong perjuangan partinya, sedangkan yang bercakap itu pun kurang amalan fardhu dan keislamannya dalam kehidupan seharian. Aku cukup bimbangkan hal ini kerana sejarah hitam mungkin berulang, dengan kesan yang lebih teruk lagi terhadap ummah. Kalau korang baca sejarah Perang Klang (1867-1874), begitulah mulanya berebut kekayaan dan kekuasaan. Aku tak nak ler bercerita panjang tentang itu. Lagipun dah banyak blog khusus membicarakannya. Cukuplah kalau aku katakan jangan diulang lagi kebodohan dan kedangkalan fikiran pemimpin-pemimpin Melayu dahulu. Menang sorak kampung tergadai.Yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu. Bahkan kita dan keturunan kita jadi lauk orang dan bangsa lain. Hancur negeri dan anak bangsa. Untuk pulihkan balik,kita terpaksa ambil lebih 80 tahun berjuang dan berjihad. Bayangkan sejak 1874 hingga 1957. Memang, luka lama pasti berdarah kembali.

Tapi biarlah itu menjadi pengajaran buat semua. Namun, hidup harus diteruskan. Setelah tamatnya perang tersebut, keamanan perlu dipulihkan. Rakyat yang melarikan diri perlu dipujuk agar kembali ke kampun halaman. Negeri perlu dibangunkan. Kali ini di bawah pengurusan baharu. Pengurus yang diimport, CEO yang telah lama mengidamkan jawatan dan kekayaan negeri. Tuan tanah dinasihatkan bersara awal dengan pencen sebanyak 2000 pound sterling setahun sambil terus menghisap candu kegemarannya.

"Biarkan kami bekerja untuk tuanku," kata CEO baru itu.

Maka, dibuatnya negeri Selangor ini semahu emak abah dia. Dipanggilnya kaum kerabatnya dari England membantu kerja-kerjanya di pejabat, di ladang, manakala kaum-kaum pendatang, diangkutnya berkapal-kapal ke mari,terus ke lombong bijih timah atau ke estet-estet kelapa,kopi dan getah. Penduduk asal,kaum Melayu menjadi golongan minoriti, terperosok di hujung kampung dan di pinggir hutan, cuma lebih baik sedikit kehidupan mereka berbanding Sakai. Kekayaan negeri di tangan CEO dan kaum pendatang yang bermata sepet dan mencintai dunia seumpama Yahudi. Saban hari dan waktu, berkapal-kapal jongkong timah dibawa balik ke kampung halaman penjajah nun jauh di Eropah, berpikul-pikul kelapa,getah menjadi milik mereka. Kita pula hanya mampu memandang harta milik kita diambil orang, dengan restu Sultan. Kita juga semakin bijak dan pandai.... menguruskan kemiskinan, malah terus akur dan patuh setia terhadap Sultan dan penasihat baharu baginda.

Maka untuk menjamin kemewahan ini berterusan, mereka menyiapkan pasukan polis kononnya untuk memelihara keamanan. Sesiapa sahaja yang bersuara dianggap menderhakai sultan dan mesti ditamatkan segera riwayat mereka. Sultan dan kerabatnya terus dibuai dan diulit mimpi indah. Segala keinginan baginda diikuti asalkan bukan tampuk dan kuasa pemerintahan. Sultan kini hanyalah boneka Inggeris di mata rakyat jelata.

Panjang bonar wey, intro aku kali ini! Kisah yang hendak aku ceritakan kali ini memang mengenai keselamatan negeri. Cer teka, cer teka. Mana korang tahu, wey? Hebat ler korang! Memang ler aku nak tulis tentang sejarah kepolisan di Selangor dan di Klang khususnya. Tapi sebelum itu, aku nak minta maaf bebanyak kat korang kerana penulisan aku kali ini  bercampur aduk BI dan BM. Memang sengaja aku rojakkan supaya lebih sedap dan lebih mantop supaya korang idak ler ingat yang aku goreng korang sesuka hatiku. Lagipun nak translate teks asal dalam Bahasa Inggeris susah sikit pasal BI aku masa SPM pun tak ler hebat, cukup makan jer..Hehehehe. So guys, enjoy the show.

Ceritanya begini....... 

Perang saudara di Selangor telah melumpuhkan sama sekali kegiatan-kegiatan ekonomi dan perdagangan di negeri itu. Dengan penawanan kembali Kuala Lumpur oleh angkatan gabungan Tengku Kudin dan Yap Ah Loy maka berakhirnya. perang saudara di Selangor yang memakan masa lapan tahun: Sebenarnya, Tengku Kudin dan Residen berkawan baik sejak dahulu. Residen dipertanggungjawabkan dengan tugas mewujudkan pasukan polis di Selangor beribupejabat di Klang:

In Selangor, the Viceroy and the Resident (Mr. Davidson) were old friends, and the latter was able to establish a Government Treasury with a proper system of accounts, to organize a police force, and initiate such simple reforms as were required in a small place like Klang. In consequence of the unsettled state of affairs that prevailed in Selangor, the Sultan in 1874 requested the Colonial Government to send him officers to assist in the government of the country. In reply to this appeal, Mr. Davidson was despatched to Klang and Mr. Swettenham to Kuala Langat. A police force was established by Mr. Davidson, with headquarters at Klang.

A little known fact is that Tengku Kudin, the Viceroy of Selangor who was involved in the Selangor Civil War against Raja Mahdi, had a garrison of 100 Sikh mercenary soldiers recruited from the Straits Settlements stationed at Kuala Selangor in 1871 under the command of Pennefather, a professional soldier of fortune (former British army sergeant). On the advise of the British, Tengku Kudin recruited 100 Sikhs locally and garrisoned the Fort at Kuala Selangor, along with 30-40 Malays from Kedah. These Sikhs were involved in further battles with Raja Mahdi's followers until 1874. Many of the Sikhs were killed in this civil war which ended in 1874.

Tunku Kudin memang telah menubuhkan sebuah Pasukan Polis dan dalam tahun 1871 telah merekrut dua orang pegawai Eropah - seorang Belanda bernama Van Hagen dan seorang Italy bernama Cavaleiri. Pasukan Polis tersebut mengandungi 30 orang Eropah dan Serani serta 80 orang sepoi India. Tunku Kudin adalah rakan sepakatan Yap Ah Loy, Kapitan Cina waktu itu. Dengan nasihat British, beliau merekrut 100 orang Sikh dan ditempatkan di Kuala Selangor. Polis Sikh ini telah menyertai peperangan menentang tentera Raja Mahadi sehingga 1874. Ramai yang telah terkorban.
Pandangan dari Kota Raja Mahadi . Kelihatan  Gedung Raja Abdullah di bawah bukit



Pintu masuk ke Kota Raja Mahadi

Penerangan mengenai Kota ini

Kesan binaan kubu di kota ini


Dalam tahun 1872, Tunku Kudin menempatkan sebahagian besar anggota Pasukan Polisnya di Kuala Lumpur bagi menghadapi ancaman Syed Masyhur yang juga menjadi musuh ketat Yap Ah Loy. Kuala Lumpur ditawan oleh Syed Masyhor dalam bulan Ogos tahun yang sama. Pasukan Tunku Kudin telah diserang hendap oleh satu lagi kumpulan penentang yang diketuai oleh Raja Mahadi bin Raja Sulaiman ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah. Cavaleiri dan 20 orang anggota pasukan Tunku Kudin terbunuh. Ah Loy terpaksa melarikan diri dari Kuala Lumpur. Sementara itu Van Hagen dan 40 anggotanya ditawan dan dihukum bunuh di Kuala Lumpur.

Bila Davidson dilantik sebagai Residen British dalam tahun 1874, salah satu tindakan utamanya ialah menubuhkan Pasukan Polis. Pada masa itu, Klang sememangnya telah mempunyai pasukan polisnya di bawah kawalan Tengku Kudin. Justeru, tidaklah susah kepada Inggeris untuk merekrut anggota yang baharu. Hanya anggota yang berdisiplin sahaja yang dipilih semula. Yang lainnya diberhentikan setelah diberi sedikit pampasan. Selebihnya, diambil anggota baharu dari kalangan orang Melayu dari Melaka. Pembentukan Pasukan Polis diserahkan kepada seorang pegawai muda yang bernama Harry Charles Syers (Kemudian menjadi Pesuruhjaya Polis FMS). Dalam bulan Julai 1875, Harry Charles Syers dilantik sebagai Penguasa Polis dan Penjara Selangor.

No authentic record can be found of this force, but according to Sir Frank Swettenham
(" British Malaya," page 221), reliable police forces were only established in each State in 1878, the non-commissioned officers and men being obtained from the British forces that were stationed in the colony at the time. The first Residents were also Chiefs of Police. Syers was chosen early in 1875 for secondment to the newly established colonial regime in the Malay state of Selangor, to raise a police force. On arrival at Klang, he took control of about 100 mercenaries, undisciplined, opium-sodden, and unpaid veterans of the civil war of 1867–73. After discharging those beyond rehabilitation he augmented his force to about 150 by recruiting in the Malay villages around Malacca. Almost all his superiors, including at the outset Frank Swettenham, were convinced that the disorder prevalent in the western Malay states could only be suppressed by a foreign gendarmerie of ‘Sikh’ (Punjabi) troops, to be held at a few central points and sent in as a strike force when required.

Peranan Polis dalam Pentadbiran British di Selangor

Dengan pelantikan beberapa orang kerabat diraja Selangor dan pembesar setia Tengku Kudin sebagai Magistret dan Penghulu, tugas kepolisan dalam menjaga dan memastikan keamanan berkekalan menjadi prasyarat pembangunan semula Selangor..Antara tugas-tugas rasmi, mereka mengutip cukai bagi pihak British, mengadili kes-kes kecil bukan jenayah, membantu polis dalam menjalankan tugas dan siasatan jenayah yang berlaku di kawasan mereka, mengawas-selia kerja-kerja pembangunan. Mereka dibayar ‘ganjaran’ 10 peratus hasil kutipan cukai atas tugas yang dipikul. Tugas polis mengawal pusat kutipan cukai (Custom House), mengiringi pegawai kastam menjalankan tugas, menjaga kutipan yang telah dipungut. Juga, balai polis dibina di kawasan perlombongan dan dilihat kehadiran mereka di kawasan petempatan Cina, mengawasi petempatan Residen dan pegawai-pegawai Inggeris. Kehadiran mereka dalam keadaan bersiap siaga bersenjata di mana-mana sahaja mereka diperlukan amat penting. Namun begitu, tugas kepolisan di kawasan majoriti Cina ini diambil alih oleh pentadbiran Kapitan Cina masa itu, Yap Ah Loy. Atas perkhidmatan cemerlang menjaga keamanan ini, pihak British memberi beliau royalti sebanyak $1 bagi setiap bhara timah yang dieksport.  

.... We went straight to the house of the Captain China (pronounced Cheena), the man of importance in the district, who is governor of the Chinese in every sense of the word. His title is Sri Indra Purkasah Wi Jayah Bucktie (" Fair-fighting Chief and Hero "), and his name, Yap Ah Loy, commonly called by Europeans the Captain China. In return for his services to the district in opening new roads and preserving good order, with his own police force, the government allows him a royalty of $1 on every bhara (which equals three piculs, or four hundred pounds) of tin exported

Syers percaya untuk kawalan keselamatan di negeri-negeri Melayu , pasukan polis Melayu perlu dihantar dalam jumlah yang kecil ke kampung-kampung untuk membantu Penghulu dan ketua kampung:

Syers, however, firmly believed that Malays should man the police force in a Malay state, and that they should be dispersed in small numbers to rural police stations to support the local Malay authorities. Although the dispute continued after Syers's death his policy eventually prevailed in shaping the Malayan police.

Menjelang Oktober 1878 anggota Pasukan Polis Selangor meningkat ke angka 227 dan kesemuanya adalah orang Melayu. Balai-balai polis juga didirikan di Klang, Kuala Lumpur, Damansara, Kubu Lama, Sungai Pelong, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Jugra, Kancing, Krian dan Hulu Langat. Pasukan Polis itu dikenali sebagai Pasukan Polis Tentera Selangor (Selangor Military Police Force)
Contoh Balai Polis di Selangor era Kolonial

The everyday items used by these earlier police forces are of interest such as
 an ancient typewriter, a pith helmet, notebooks, a drinking water filter,
  a fire extinguisher, a revolver, buttons and so on.

The first authentic report (dated October, 1879) shows that the force was composed of 227 men, all of whom were Malays. Some time afterwards Indians were added. The force was armed with Snider carbines, Martini - Henri carbines coming into use much later. These, in turn, were superseded by the '303 weapon at present in use. 

Antara kelengkapan persenjataan pasukan polis masa itu:


Senapang Martini-Henri

Pandangan dekat pemicu senapang itu

peluru yang digunakan


Assesori lengkap senapang beserta bayonet

Latihan menembak menggunakan  senapang Martini-Henri

Senapang jenis Snider carbine

Pandangan dekat pemicu senapang tersebut

Pengisian peluru ke dalam senapang jenis Snider Carbine

Kotak peluru

Katrij peluru  Snider Carbines

  Lee-Enfield rifle


Pandangan dekat pemicu Lee-Enfield Rifle


British Standard Mk VII .303 inch cartridge for Lee-Enfield rifle. 

Pada tahun 1880, kekuatan pasukan polis Selangor mencapai 255 orang. Sumbangan terbesar Yap Ah Loy adalah menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat perdagangan di Selangor pada 1880. Kejayaan ini akhirnya menyebabkan Kerajaan Selangor memindahkan ibu negerinya dari Klang ke Kuala Lumpur. Tetapi ada fakta menarik disebalik kenapa Davidson beria-ia benar hendak ke KL:

In 1879 an inquiry found the treasury and land offices hopelessly disorganized and he was criticized for failing to extend his control to the mining districts in the interior. In response he moved to Kuala Lumpur and attempted to remedy the deficiencies in his administration,The police headquarters were  also removed to Kuala Lumpur from Klang in 1882. but in 1882 his son-in-law, Dominick Daniel Daly, whom he had appointed superintendent of public works, was dismissed for land jobbery; other irregularities were discovered and Douglas had to resign.

..In 1881 the force was composed of a superintendent (salary 150 dollars per mensem), a senior inspector (salary 80 dollars per mensem), a junior inspector (salary 70 dollars per mensem), 2 sergeant-majors, 31 non-commissioned officers, and 143 constables. The men received 8 dollars per mensem. The only European officer at this time was Captain Syers, who joined on March 1, 1875, and was, unfortunately, killed by a seladang in Pahang on July 13, 1897. The  Selangor Police headquarters were removed to Kuala Lumpur from Klang in 1882. 

Pada tahun 1885, pasukan polis Selangor terdiri daripada seorang ketua polis berbangsa Eropah,2 orang inspektor berbangsa Eropah, 305 orang polis Melayu termasuk 50 orang Sikh. Pada tahun 1887,jumlah ini meningkat kepada 400 orang.

..Sir Andrew Clarke encouraged recruitement of Sikhs, and by (the end of) 1880s, Captain H.C Syers had assembled a force of about 530 Military Police, known as the Selangor Sikhs. The State of Selangor has 530 Selangor Sikhs under Captain H.C.Syers. ..A succession of British residents of Selangor disparaged each other but agreed that Syers did his job very well. His empathy with his Malay police was a personal tie that became a legend. He was less successful in dealings with the Chinese community since, like many other British officials, he did not know that the Chinese leaders whose co-operation he acknowledged exercised authority in their community through ‘secret societies’, a feature of the social structure of the overseas Chinese. But Syers maintained effective order among the Chinese, bringing to justice in 1895 the criminals who had caused a crime wave (including the theft of three government safes). By the year 1896,in Selangor Contingent, there were 6 European police officers, 32 Pathans and 500 low-rank officer and Malay constables. The police force is composed of Indians and Malays ; the former are found useful for guard and town duties and to deal with Chinese, while the Malays do best in coast stations and rural districts, especially where the population is mainly Malay.... All the senior officers are British, and they now form, with the Straits and Hong Kong, an eastern police service ; candidates must pass a competitive examination on entry, and undergo a special training to fit them for their duties.

Begitulah serba ringkas sejarah Polis di Selangor. Harap-harap korang faham isi kandung cerita aku ini termasuk yang dalam Bahasa Inggeris tu.

Pusat Pentadbiran Pasukan Polis di Klang

So, mengikut arkib laporan akhbar The Straits Times yang aku baca di internet, terdapat beberapa cerita menarik tentang jenayah yang berlaku di Klang. Sebagai contoh, pada tahun 1875, seramai 20 orang anggota polis dihantar ke Klang dan ditempatkan di atas bukit untuk kawalan awam. Pasukan Polis juga dari Klang dikerah ke Tg. Karang untuk menyiasat dan menyelesaikan kes bunuh orang Kelantan oleh 3 orang Inche Wan Dah,(Siapa dia aku pun tak tahu).Waran tangkap dikeluarkan untuk ketiga-tiga orang tersebut. Polis juga dihantar ke Kuala Selangor untuk mengawasi penduduk yang sebelum ini pro Raja Mahadi. Polis juga perlu mengawasi etnik Minangkabau Rawa, Bugis, Cina yang berprasangka antara satu sama lain rentetan Perang Klang. Pada tahun 1876, di dalam kota Raja Mahadi, diberitakan terdapat kuarters konkrit yang panjang untuk kerani-kerani dan Ketua Polis Tengku Kudin.

Banglo Syers pula terletak di belakang kuarters tersebut. Balai polis Klang terletak di atas Bukit Jawa, bukit bersebelahan kota ini.Mahkamah pula diadakan di sebelah rumah Residen. Di situ juga dibina pejabat-pejabat kerajaan yang lain. Rumah Residens terletak di atas bukit di pinggir sungai Klang. Banglo-banglo pegawai Inggeris dibina di bukit-bukit berhampiran. Ketika itu Klang aman, cuma harga barang makanan harian mahal dan jetinya di Pengkalan Batu sudah usang dan tidak terpelihara.  Keadaan kedai dan jalan-jalan rayanya baik dan terang pada waktu malam

Antara kes-kes terkenal di Klang sekitar 1876 ialah kes pembunuhan upahan. Suspek berketurunan Melayu dari Hulu Klang dikatakan membunuh sepupunya sendiri dengan bayaran sebanyak $6. Dia mengaku melakukan pembunuhan tersebut. 10 hari kemudian dia dihukum gantung di Hulu Klang oleh Tuan Residen bersama dua orang juri yang dilantik sultan dan dikebumikan berhampiran tempat hukuman dijalankan.

Pada tanggal 17 Ogos 1876, Klang digemparkan dengan penggantungan seorang banduan Melayu dari Kapar atas kesalahan membunuh. Pembunuh marah kerana simati menghadiahkan isterinya beberapa helai kain batik. Simati ditembak 2 kali ketika di Sungai Kapar. Orang Klang, berbilang bangsa, agama dan keturunan keluar beramai-ramai menyaksikan penggantungan dijalankan.Pada jam 8 pagi, pesalah dibawa keluar dari penjara menghala ke Kota Raja Mahadi untuk digantung.Suasana penuh pilu kerana anak-anak banduan dan keluarga simati turut hadir.

Sepanjang tahun 1874-1882 hasil utama Selangor cukai bijih timah dan cukai candu dan arak. Perbelanjaan utama pula meliputi pembayaran hutang kepada kerajaan Negeri-negeri Selat, hutang sultan, serta hutang pembesar-pembesar ketika perang yang dipersetujui oleh kerajaan Inggeris di Selangor untuk melangsaikannya.

Secara umumnya tugas rasmi polis di Selangor adalah mengiring pengutip-pengutip cukai yang dilantik, selain menjadi pengawal kepada Residen dan pegawai-pegawai Inggeris ketika itu:

The grassy sloping banks of the old fort are mounted with a dreadful array of venerable guns of different shapes and sizes, a curious type of 4 pounder being the most frequent specimen; some of the guns have quietly slipped down from their carriages in search of a softer couch, and lie stretched at full length  on the beautiful turf. A sense of sweet security reigns supreme within the precincts of this fortification. The Magistrate and Collector of Klang, Mr. Tiernay, lives in a roomy bungalow perched on a high hill commanding the town, of which the salient features have been thus simply described. In fact, there is here much of the appearance of an armed post amidst a hostile population. Mr. Bloomfield Douglas is the Resident, In front of the Residency there is a six-pounder flanked by two piles of shot. Behind it there is a guard-room, with racks of rifles and bayonets for the Resident's body-guard of twelve men, and quarters for the married soldiers, for soldiers they are, though they are called policemen. A gong hangs in front of the porch on which to sound the alarm, and a hundred men fully armed can turn out at five minutes' notice. But my time came, and I had to leave his rambling, roomy, and cool bungalow in the fort ; the Malay bugler who used to practise the " Dead March in Saul " every morning ; the drills and parades ; and the jolly friend who entertained me so patiently to the last.

Sejak 1880, Rumah Raja Abdullah telah dijadikan ibupejabat Polis di Klang sehinggalah bangunan baharu Polis dibina di belakang rumah ini pada tahun 1980.

....In 1880, the Palace of Raja Abdullah was used as the headquarters of Klang Police for a continuous 100 years.In 1880, Gedung Raja Abdullah was turned into a police station and remained so until 1974. The lock-ups, with heavy iron wrought gates, still exist. The building was emptied from 1980-1984 as the police headquarter of Klang moved away to the back of the palace.
Gedung Raja Abdullah dijadikan Balai Polis Klang Selatan  era Penjajah
  
Balai Polis Klang Selatan di bahagian belakang Gedung Raja Abdullah
pada tahun 1980an 

 Bukti Lock up Polis  didalam Gedung Raja Abdullah



Rujukan:

The Straits Times, 11 May 1897, Page 3
SELANOOR
Straits Times Weekly Issue, 8 November 1886, Page 5
Selangor: a Protected Native State.
The Straits Times, 21 March 1884, Page 3
Report on Selangor for 1883
The Straits Times, 24 April 1875, Page 2
REPORT OF THE RESIDENT OF SALANGORE.
The Straits Times, 19 July 1897, Page 3
SAD DEATH OF CAPTAIN SYERS.
The Straits Times, 26 August 1934, Page 16
REMINISCENCES OF THOSE DIFFICULT OLD DAYS
Straits Times Overland Journal, 3 October 1874, Page 1
LEGISLATIVE COUNCIL. Singapore, 16th September, 1874.
The Straits Times, 7 July 1896, Page 2
KUALA KLANG RAILWAY EXTENSION.
Straits Times Overland Journal, 5 December 1872, Page 10
ITEMS FROM THE JAVA PAPERS.









Dari Sisi Gelap Klang Bandar Diraja ......Bahana Pelacuran

Salam buat semua, peminat  serta pembaca  blog Atok ini. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Kita masih dalam mode Raya, meraikan sauda...