Isnin, 30 Mei 2011

Alahai orang kampungku...

ARKIB : 02/02/2011

Tujuh tahun tidak selesai



Maizan Abd. Latiff melihat tanah yang dibelinya tetapi tidak dapat dibangunkan kerana masih belum dipindah milik di Kampung Jalan Kebun Baru, Batu 9, Telok Panglima Garang, Banting, baru-baru ini.


BANTING 1 Feb. – Sikap keras kepala dan enggan bekerjasama seorang penjual tanah telah menyebabkan 13 pembeli tanah terpaksa berdepan dengan pelbagai kesukaran termasuk tidak boleh membina rumah.
Tanah yang terletak di Kampung Jalan Kebun Baru, Batu 9, Telok Panglima Garang di sini itu telah dibeli sejak lebih tujuh tahun lalu tetapi masih belum dipindah milik sehingga kini.
Pembeli berkata, mereka tidak tahu apa puncanya penjual berkenaan enggan memberikan kerjasama untuk memindah milik sebidang tanah berukuran 0.65 hektar yang telah dibahagikan kepada 18 lot itu.
Wakil pembeli, Kalsom Sudin, 61, berkata, dia buntu mencari jalan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi pembeli sejak sekian lama itu.
“Sebelum membelinya, penjual memberi pelbagai janji manis tetapi selepas wang habis dibayar dan rumah pun telah didirikan di tanah ini, nama pemilik tanah belum ditukar kepada nama kami.
“Kini sudah lebih tujuh tahun saya tinggal di rumah yang didirikan di atas tanah ini, tetapi masalah ini masih belum dapat diselesaikan walaupun telah beberapa kali berjumpa dengan beberapa agensi kerajaan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Dia berkata, Pejabat Tanah Kuala Langat telah memanggil pembeli dan penjual untuk mengadakan mesyuarat bagi membincangkan masalah itu.
Tambahnya, mesyuarat itu diadakan sebanyak dua kali iaitu pada Julai dan September 2006 namun perbincangan itu gagal mencapai sebarang kata putus kerana penjual tetap berdegil.
“Malah, penjual itu juga pernah menengking pegawai kanan di Pejabat Tanah Kuala Langat ketika mesyuarat berkenaan diadakan,” katanya.
Sementara itu, Maizan Abd. Latiff, 48, berkata, niatnya untuk mendirikan rumah di atas tanah lot yang dibeli tidak kesampaian kerana gagal mendapat kelulusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
“Saya hanya sempat menambak tanah dan pasir di atas tanah lot ini kerana gagal mengeluarkan duit simpanan KWSP.
“Diharapkan masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin supaya saya kami dapat mendirikan sebuah rumah di atas tanah tersebut,” katanya yang terpaksa menyewa rumah di tempat lain.
Seorang lagi pembeli, Siti Halijah Ab. Latip, 63, berkata, dia sedih kerana hasrat suaminya untuk mendirikan rumah di atas tanah berkenaan tidak kesampaian kerana meninggal dunia Ogos tahun lalu.
“Semasa membeli tanah ini, arwah bercadang mendirikan sebuah rumah di atas tanah itu tetapi menangguhkan hasratnya sehingga masalah tukar nama hak milik dapat diselesaikan.
“Oleh kerana isu ini berlarutan bertahun-tahun, arwah mengambil keputusan untuk membeli tanah lain di kawasan sekitar sini dan mendirikan rumah di atasnya. Ini menyebabkan kami terpaksa menghabiskan wang simpanan kami,” ujarnya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dari Sisi Gelap Klang Bandar Diraja ......Bahana Pelacuran

Salam buat semua, peminat  serta pembaca  blog Atok ini. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Kita masih dalam mode Raya, meraikan sauda...