Ahad, 29 Mei 2011

Sejarah kampungku


Sebagaimana yang diceritakan oleh Allahyarham Tuan Haji b. Bulat, bekas Ketua Kampung Telok Panglima Garang yang memegang jawatan tersebut selama 25 tahun (1968 ~ 1994) pada 15hb Mei, 1996 menyatakan bahawa :

Nama asal Kampung Telok Panglima Garang adalah Nibong Dengkil dan terletak di telok sungai di mana didiami oleh kaum orang asli.

Disebabkan kedudukannya yang strategic, ramai pedagang-pedagang Aceh datang dan mula membuat penempatan di hilir sungai sehingga kawasan tersebut dipanggil Beting Pak Aceh.

Apabila segolongan mereka mengetahui bahawa terdapat Orang Asli tinggal di Nibong Dengkil, maka pedagang Aceh ini mudik ke hulu untuk mengambilalih dan menguasai Nibong Dengkil. Sewaktu itu terjadi pergaduhan di antara mereka dan menyebabkan Orang Asli melarikan diri ke Bukit Tampoi di Dengkil.
Di sepanjang perjalanan Orang Asli yang menyusuri sungai hingga ke Bukit Tampoi, Dengkil mereka telah berpesan kepada penduduk yang ditemui dengan kata-kata :

“JAGA BAIK-BAIK DI TELOK ADA PANGLIMA GARANG”

Sebagai bukti terdapat penduduk di kalangan penduduk asli
di Bukit Tampoi, Dengkil mendakwa dan mengaku bahawa
mereka berasal dari Telok dan menetap di sini setelah dihalau
oleh pedagang Aceh yang amat handal dan garang.

Begitulah asal-usul nama Kampung Telok Panglima Garang
manakala lambang harimau diambil di atas keberanian dan
sifat pedagang Aceh .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dari Sisi Gelap Klang Bandar Diraja ......Bahana Pelacuran

Salam buat semua, peminat  serta pembaca  blog Atok ini. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Kita masih dalam mode Raya, meraikan sauda...