Ahad, 16 Jun 2013

Projek Homestay di sekitar Telok...Ada Berani?

Salam buat kengkawan, sedara mara dan pembaca blog ini. Terima kasih teman ucapkan kerana sudi bertandang ke blog Aku Budak Telok ini. Terharu juga apabila ramai yang mem'view' entri-entri dalam blog ini.Walaupun blog ini bersifat peribadi dan pengalaman aku ketika di Telok, mana tahu mungkin ada kengkawan yang berkongsi nasib, pengalaman, kenangan manis atau nostalgia yang sama kerana korang juga sememangnya anak Telok yang kini merantau di tempat orang, sama ada sementara atau menetap terus kat situ, macam aku. Itulah yang aku cuba imbaukan....Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat tumpah darah dan daerah kita dibesarkan. Kepada teman-teman yang baru menjadi 'Orang Telok', tahniah kerana memilih kampung kami sebagai tempat korang menyemai bakti dan benih demi agama bangsa dan negara. Ramaikanlah umat di Telok, kerana sememangnya anak-anak Telok power-power belaka.HAHAHA...

Kali ini aku nak tulis pasal penduduk TPG yang semakin ramai. Aku dengar dari jiran-jiran dan sedara mara ketika aku balik hujung minggu (adalah sebulan sekali), sewa rumah kat Telok dah naik. Takde lagi sewa 2,3 ratus macam tahun 90-an, paling murah kat rumah kos rendah yang tak renovate pun RM 350 hingga 500 hengget. Itu baru rumah dua bilik, bhai...Kalau 3,4 bilik, mahu harga macam kat Shah Alam, bagai! Memey ler kos sara hidup meningkat, tapi harga sewa melampau-lampau  mahalnya! Gaji masih kat takuk lama juga. Tak mustahil nanti akan ada 2 kelamin sewa satu rumah..Baru ler haru biru..macam Indon kita. Dah tak kenal halal haram, aurat bini dan laki orang... Dah tiba masanya banyak perumahan dibina di Telok.

Tapi sementara menunggu semua itu berlaku, apa pasal orang-orang Telok sendiri yang ada rumah sendiri, tak kiralah rumah pusaka kampung ke, rumah taman ke,  tak ambil kesempatan untuk menambahkan pendapatan korang dan emak bapak korang yang masih ada di kampung tu? Tapi sebelum aku cerita lebih lanjut lagi, cuba korang fikir-fikirkan senario yang berlaku di Telok. Emak bapak korang yang masih setia menunggu rumah pusaka tradisional (papan atau sekerat batu) itu, sebenarnya tak nak duduk dengan korang di bandar. Bukan kerana benci atau apa, mereka cuma tak nak ganggu kehidupan korang laki bini anak beranak. Lagipun diorang masih sihat walaupun sekali sekala demam dan batuk. Hormatilah pendirian diorang! Jadi rumah pusaka yang besar itu, ada baiknya kalau dibuat homestay atau inap desa. Senang cerita...sewakan bilik-bilik kosong (sementara tunggu korang balik masa raya atau cuti panjang) kepada orang luar atau pelancong untuk sehari dua. Dapat juga tambah pendapatan selain duit yang korang hantar setiap bulan tu (kalau adalah).

Korang bayangkan kalau ada 3 bilik, sewakan satu bilik RM50 sehari...dah tentu emak bapak korang dapat RM 150 SEHARI. Kalau dua hari, (biasanya hujung minggu)? Kalau 4 minggu sebulan? 51 minggu setahun (tolak seminggu time korang ramai-ramai balik raya)?, Lu fikirlah sendiri! Lebih 'loaded'  duit orang tua tu daripada duit yang korang kirimkan sebulan sekali tu...
 Modalnya bukan apalah sangat, korang 'upgrade'kanlah sikit bilik-bilik tidur tu..beli katil baru, tilam baru, cat dinding kaler baru DAN jangan lupa renovate bilik air dan jamban tradisional korang...Yang nak  tumpang duduk tu pelancong, tak kiralah tempatan atau mat saleh...mereka geli kalau bilik air berlumut dan jamban macam tandas awam..Utamakan pelanggan, utamakan kebersihan...Lagipun mereka pelanggan BERBAYAR.

A. Zahir mesti bersih (bilik tidur,bilik Air,keseluruhan dalaman rumah dan luar serta persekitaran rumah,
kumbahan,bau bersih,bau Cadar, selimut,bauan bilik,bau cawan, gelas etc.
B. Diri pulak (selamat,tenteram dan bersefahaman,layanan dan kemesraan,makanan bersesuaian)


Rumah kampung


Lagi satu, program homestay ini boleh melibatkan rumah-rumah yang korang beli tapi tak duduk, sewakanlah! Tapi...jangan sewakan bulanan macam orang lain buat.. korang sewakan ikut hari.
Satu rumah tiga bilik(lengkap dengan perabut) kalau kat Seremban ini, kira-kira RM 160 sehari, kalau dua hari (Satu dan Ahad)? Kalau 4 minggu sebulan? 51 minggu setahun (tolak seminggu time korang ramai-ramai balik raya)?, Sekali lagi, Lu fikirlah sendiri! Tahu-tahu hutang bank rumah itu pun boleh langsai cepat (kalau korang tak ambil langsung duit sewa tu). Aku konfiden, kalau Teloklah, sure ada pelanggan punya! Pertama anak -anak Telok (termasuk korang)yang balik jenguk orang tua tapi rumah pusaka kocik bonar! Sure tak selesa kalau tidur berhimpit-himpit, bentang toto kat ruang tamu, bercampur pulak ipar duai..maka terdedahlah aurat.Tak Islamik langsung!
Apa ada hal keluarkan RM160 untuk family korang tidur selesa, mandi pun selesa, ada kipas dan aircon lagi!
Kalau tak cukup bajet, kongsi dua keluarga, RM80 sorang. Budak-budak pompuan satu bilik, korang laki bini satu bilik seorang, bebudak jantan bentang tilam span (disediakan) kat ruang tamu.


Rumah Teres










Aku? Korang tanya apa projek aku? Aku  yang beri idea ini mestilah ada projek aku sendiri. Takkan lah cakap tak serupa bikin. Tapi aku put on hold dulu sebab projek aku ini selepas aku pencen nanti, lebih kurang 6,7 tahun lagi. Nak dengar tak apa aku nak buat? Lepas jer dapat duit pampasan pencen (aku ni kerja gomen), aku nak laburkan sebahagian duit itu buat dua unit rumah batu (4 bilik) kat tanah pusaka bahagian aku.
Bukan untuk diduduk, tapi dijadikan homestay. Rumah pertama untuk family sewa, rumah kedua pulak aku buat guest house, sewa bilik ada, sewa katil pun ada (woi... korang jangan salah faham, ini bukan lorong Haji Taib tau!) maksud aku.... aku jadikan asrama ( katil double deck). Lagi bertambah pendapatan aku, tak termasuk duit pencen yang aku terima bulan-bulan.

 Bukan itu sahaja, aku nak buat bisnis tour group aku sendiri. Aku beli van baru yang besar dan selesa dan bawa pelancong yang menginap kat homestay aku ke tempat sakai Mah Meri di Pulau Carey, istana lama di Jugra, tengok jawa buat kerepek di Sungai Lang, KLIA dan Port Dickson (pakej 1). Pakej 2 pulak lawatan ke Klang, Kuala Selangor, Shah Alam dan KL (tempat menarik dan bersejarah ler). Pakej penginapan dan lawatan ini dah termasuk dalam bayaran prepaid diorang.(pakai credit card tu, brader!)
Dekat mana aku nak cari pelancong-pelancong ini? Internet ler, bhai! buat laman web dan tempahan sekali. Lagi satu, aku gunakan networking aku dengan Kementerian Pelancongan. Sure ada orang maa...
Pendek kata akulah towkay, akulah pencacai angkat beg, aku ler penyambut tetamu, aku juga kuli dan pemandu dan tourist guide...semuanya aku ...OMS..One Man Show a.k.a The Lone Ranger.

 Apa macam,geng, ada berani??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Seronoknya Berhari Raya di Klang.....Suatu Masa Dahulu

Salam buat semua. Atok muncul lagi. Hehehe...Sengaja Atok sambung balik cerita Atok hari itu pasal Puasa dan Raya. Orang Melayu ini berbeza ...