Selasa, 22 Oktober 2013

Pulau Carey atau Telok Gunjeng? Satu kajian hidrologi Geografi

Salam buat semua...Bertemu kembali setelah sekian lama menyepi. Mohon maaf banyak-banyak buat teman-teman kerana agak sibuk menguruskan kehidupan seharian. Maklumlah, kerja den dah bertingkek-tingkek. Tapi pada kesempatan ini ada sesuatu yang special buat para pembaca. Agak surprising juga kerana ada kaitan dengan tanggapan kita selama ini. Mula-mula aku sendiri pun tak percaya, tapi setelah melayari internet dan berpuluh-puluh kajian ilmiah aku selak, maka mahu tak mahu terpaksalah aku  akur dengan this new findings. Memang tanggapan kita selama ini ada silapnya. Huh...tentu ramai pembaca tertanya-tanya apa hal mamat ini? cakap serupa orang gila, tak tentu hujung pangkal...apa cer,bhai,bro? Dah mabuk air ketum ngan overdosed pil kuda agaknya...Memang. Hanya satu garisan nipis yang membezakan cakap seorang professor dan cakap orang gila...Kah,kah,kah (untuk 160 juta kali).

Begini..kalau tuan-tuan baca title entri ini, tuan akan faham aku tengah bercerita tentang Pulau Carey. Betul. Pulau yang terletak sebelah Jugra itu, tak jauh dari Telok Panglima Garang tu. Pulau yang satu masa dulu dikenali sebagai Telok Gunjeng oleh penduduk Telok, Bandar, Kelanang dan sekitarnya. Persoalannya, yang mana satu betul, Telok ke Pulau? Sebelum bertambah pening, jom kita baca apa maksud telok dan Pulau dari sudut geografi:
Teluk adalah tubuh perairan yang menjorok ke daratan dan dihadkan oleh daratan pada ketiga sisinya. Oleh karena letaknya yang strategik, teluk banyak dimanfaatkan sebagai pelabuhan. Teluk adalah kebalikan dari tanjung, dan biasanya keduanya dapat ditemui pada suatu garis pantai yang sama. Manakala Pulau sebagai kawasan daratan yang dikelilingi air dan mampu menampung habitat manusia.

Jadi kesimpulannya, memang  jauh berbeza antara pulau dan teluk. Jadi, kenapa dan bila daratan ini dipanggil Pulau Carey sedangkan sebelum ini dipanggil Telok Gunjeng sahaja? Sebenarnya istilah Pulau Carey itu sahaja pun telah menunjukkan pengaruh British ke atas kawasan tersebut yang bermula selepas campurtangan mereka ke atas Selangor bermula tahun 1874, iaitu selepas kejadian pembunuhan 4 orang pedagang berbangsa Cina dari Melaka oleh lanun-lanun yang berlindung dan dikatakan di bawah kawalan salah seorang putera diraja Selangor. Kejadian itu memang fakta tetapi ada konspirasi di sebaliknya untuk menghalalkan campurtangan tersebut. Tapi cerita tentang itu boleh tuan-tuan rujuk internet.

Mengikut J.M Gullick dalam bukunya, A History of Selangor (1766-1939), bijih timah yang dilombong di Reko, Ulu Langat diangkut melalui sungai Langat untuk dieksport. Namun disebabkan ciri fizikal Sungai Langat yang berliku-liku dan panjang (lebih 50 batu atau 80km), maka pelombong- pelombong berbangsa Amerika telah mengenal pasti satu laluan pintas yang berpotensi untuk memendekkan jarak perjalanan ke laut. Lokasinya dikenalpasti  dengan membina terusan dari Sungai Keluang (sungai kecil yang masuk ke Sungai Langat) hingga ke Sungai Jugra ( juga sungai kecil berpunca dari Bukit Jugra, yang mengalir ke laut). Jarak tersebut dikenal pasti hanyalah sejauh 6 batu sahaja! Sudah pasti mereka tersenyum lebar. Maka pada sekitar petengahan 1850-an, kerja-kerja membina terusan dijalankan.(of courselah, dengan persetujuan sultan).

 

Tapi tanpa kajian EIA (Environmental Impact Analysis) terlebih dahulu,(oh ya, memey ler tak dibuat....Hahaha), maka usaha yang sepatutnya menguntungkan telah membawa kesan sebaliknya. Air pasang dari laut masuk secara ganasnya menyebabkan banyak hutan di tebing kedua-dua sungai tumbang dan dihanyutkan. Arus deras dan hanyutan pokok-pokok yang tumbang menyukarkan perjalanan tongkang malahan amat merbahaya. Tebing sungai asal runtuh dan saiz sungai semakin melebar. Akhirnya, bijih timah diangkut dengan tongkang sehingga pengkalan berhampiran bandar Temasya (Bandar Langat) dan kemudian diangkut menggunakan kereta lembu melalui jalan darat sejauh 4 batu dan kemudian dipunggah semula ke atas kapal wap yang sedia menunggu di Kuala Jugra. Begitu juga sebaliknya. Jadi, terusan yang dibina itu akhirnya menjadi cabang kedua Sungai Langat yang lebih pendek dan lebih lurus berbanding Sungai Langat asal yang sememangnya lebar, panjang dan berliku-liku itu.
Pulau Carey: Pandangan dari Rumah Api, Bukit Jugra

Pulau Carey: Pandangan dari Jirat (Kubur)Cina di Bukit Jugra


Pelabuhan Jugra Lama

 Maka wujudlah Pulau Carey yang terpisah dengan Jugra oleh 'terusan Sungai Langat' ini. So, did you buy it? I mean the story behind the Making of Pulau Carey ini? Aku pun macam korang juga. Ini semua andaian ilmiah aku sahaja. Hanya kajian mendalam oleh unit hidrologi Jabatan Pemetaan sahaja yang dapat mengkompomkan cerita aku ini. At least kalau ada orang buat kajian nanti setelah baca entri ini, masukkanlah nama aku sebagai credit kajian diorang tu pasal aku yang mulakan havoc ni...hehehehe...Akhir kata dengan gambar-gambar ini, korang fikirlah sendiri....wasalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dari Sisi Gelap Klang Bandar Diraja ......Bahana Pelacuran

Salam buat semua, peminat  serta pembaca  blog Atok ini. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Kita masih dalam mode Raya, meraikan sauda...