Khamis, 24 April 2014

Maklumat Lengkap Sejarah Jambatan Kota, Klang

  

   Jambatan Kota Lama Klang (selepas ini disebut) 'Jambatan Kota' merupakan jambatan dua tingkat yang pertama pernah didirikan di Persekutuan Tanah Melayu. Jambatan Kota dibina merentangi Sungai Klang dengan kos  pembinaan RM10 juta. Jambatan Kota Klang mula dibina dalam bulan Jun 1957 dan merupakan antara jambatan bersejarah di Malaysia kerana dibina sebelum tarikh kemerdekaan Tanah Melayu. Bahagian atasnya dibina khas untuk laluan kenderaan berat seperti bas, lori dan kereta manakala di bahagian bawah ialah untuk basikal, beca dan orang berjalan kaki.Sebelum perang dunia kedua Jambatan Belfield yang dibina dalam tahun 1907 merupakan penghubung utama penduduk kedua-dua bahagian sungai.
  
Jambatan Kota dirasmikan pada pukul 5:15 petang 24 Jun 1959, oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah sempena pertabalan baginda sebagai Sultan Selangor Ke-9. Jambatan Kota menemukan semula Bandar Klang Utara dengan Klang Selatan yang terpisah seiak tahun 1941.Jambatan dua hala ini menggantikan dua jambatan pontoon, Sydney dan Madras yang dibina Tentera British pada tahun 1945.Jambatan Kota Klang pula dibina pada Mei 1957 oleh sebuah Syarikat British Dorman Long Bridge and Engineering Ltd. Kos pembinaannya menelan hampir RM7 juta.  Struktur atasnya yang berukuran 22 kaki lebar, 1500 kaki panjang dan 40 kaki dari aras sungai, untuk kenderaan berat manakala bahagian bawahnya,searas jalan raya, untuk kenderaan ringan seperti basikal,motosikal dan pejalan kaki.Di peringkat awal pembinaannya,seorang pekerja berbangsa Cina mati. Jambatan dua tingkat sepanjang 500 meter itu dibina menggunakan struktur besi merentasi Sungai Klang yang menjadi penghubung utama antara Bandar Klang Utara dan Klang Selatan dan ditutup untuk kegunaan orang ramai pada 21 Januari 1992. 

Jambatan Kota Lama diserahkan kepada MPK pada 1992. Pada tahun 1995 MPK telah membelanjakan sebanyak RM750,000 untuk menguatkan dan mengukuhkan struktur jambatan Kota Lama ini. Pada 20 November 1996, MPK telah membina 58 buah gerai cenderamata bagi
menempatkan lebih ramai bumiputera berniaga di pusat bandar,” katanya sambil menambah pengubahsuaian itu siap sepenuhnya pada 17 Julai 1997 lantas menjadikan kewujudannya sebagai tarikan pelancongan di Klang. 








Rujukan:
http://www.my-rummy.com/klang/klang_jambatan_kota_lama.html
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0712&pub=Kosmo&sec=Horizon&pg=ho_01.htm#ixzz2zipk3qlL 
KONTAL KANTIL: Karya-karya Terpilih Ismas Saring
http://www.selangor.gov.my/klang.php/pages/view/50

Keratan Akhbar Perasmian Jambatan Kota


































Anda mungkin berminat membaca:
Indeks Halaman Utama



1 ulasan:

  1. Tahniah Pak Syed,
    Syarikat yang sama juga telah membuat Sydney harbour, Australia dan Tyne Bridge di Newcastle upon Tyne di UK
    Saya petik dari Wikpedia

    As a result of the tendering process, the government received twenty proposals from six companies; on 24 March 1924 the contract was awarded to English firm Dorman Long and Co Ltd, of Middlesbrough well known as the contractors who built the similar Tyne Bridge of Newcastle Upon Tyne, for an arch bridge at a quoted price of AU£4,217,721 11s 10d

    BalasPadam

Perubahan Fizikal dan Hidrologi TPG

Assalamualaikum semua. Aku minta maaf kerana dah berbulan tak menulis apa-apa dalam blog ini. Mesti korang rindu pakcik kan,kan,kan. Bukan...