Rabu, 2 April 2014

Institusi Penghulu di TPG

Penghulu merupakan satu jawatan tradisional yang sudah wujud begitu lama dalam pentadbiran tradisional. Nama jawatan penghulu begitu signifikan kepada dunia politik Melayu yang saling memerlukan dan juga mempunyai hubungan secara langsung dunia istana. Hal ini kerana, menurut pandangan J.M Gullick gambaran politik orang terdiri daripada Sultan yang bertindak sebagai pemimpin negeri yang dibantu oleh pembesar yang menjalankan khidmatnya bagi kesultanan di daerah masing-masing serta unit politik yang paling kecil di dalam daerah adalah berjawatan Penghulu. Secara umumnya, unit politik ini saling berkait dan berhubung dengan istana kerana jawatan yang dipegang akan menguruskan plotfolio masing-masing dalam pentadbiran bagi memastikan permasalahan dalam negara dapat diselesaikan.

Institusi Penghulu zaman Pemerintahan Raja-Raja Melayu

Perlantikan dibuat oleh Raja/ Pembesar mengikut keturunan yang merangkumi tugas-tugas seperti berikut :
  • Memungut cukai,
  • Menjaga keamanan,
  • Mendamaikan pergaduhan,
  • Menyediakan buruh.
Selepas campur tangan British dalam pentadbiran Selangor pada tahun 1874, sistem Residen British diperkenalkan di Selangor. British telah melantik kerabat diraja Selangor yang dianggap sesuai untuk berkhidmat dalam pentadbiran di sini. Perkhidmatan tersebut adalah sebagai penghulu di sesebuah mukim di daerah Selangor terdiri daripada Sungai Langat, Sungai Selangor, Sungai Bernam, Sungai Lukut, dan Sungai Klang. Pada tahun 1877, Pemungut Cukai, dan Majistret turut dilantik oleh British untuk menjaga hal ehwal, dan perbendaharaan di setiap daerah Selangor. Di samping itu, Pemungut Cukai, dan Majistret perlu membantu setiap penghulu di setiap daerah di Selangor. Meskipun wujudnya jawatan yang diperlukan seperti jawatan Sultan dan penghulu, namun begitu kuasa terletak tangan pihak kolonial atau dikenali sebagai Residen dan Residen Jeneral yang diaturkan sendiri oleh British. 

Pada tahun 1883, Swettenham dilantik sebagai Residen British Selangor ke-3.Selepas perlantikan tersebut, Swettenham mengubah dasar pentadbiran daerah di Selangor kerana untuk menyeragamkan pentadbiran. Ekoran itu, pertama; daerah Selangor dibahagikan kepada enam bahagian iaitu Kuala Langat, Hulu Langat, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang dan Kuala Lumpur. Setiap daerah turut dilantik Pemungut Cukai di sini untuk membantu Residen British Selangor. Jawatan penghulu di Selangor dijadikan sebagai jawatan rasmi dalam pentadbiran Selangor. Jawatan ini berkuat kuasa pada bulan September 1883 dalam Majlis Mesyuarat Negeri Selangor berdasarkan perkenan Sultan Abdul Samad.

Pelantikan yang dilakukan pada zaman residen British adalah berdasarkan sebenarnya beberapa perkara. Ini disebab perlantikan penghulu kadang kala bukan disebabkan faktor diatas tetapi atas faktor cadangan yang diberikan oleh penghulu bagi mengantikan tempatnya. Hal ini berkemungkinan penghulu yang sedia ada telah mengenal pasti kemampuan bakal pengantinya serta bakal pengantinya sudah memahami tugas sebagai seorang penghulu. Disebabkan itu ia tidak semestinya bersifat warisan iaitu memberikan jawatan kepada ahli-ahli keluarga yang diwarisi . Ini disebabkan, kesukaran masih boleh berlaku semasa hendak mendapatkan persetujuan daripada residen kerana pihak pentadbiran akan melihat keupayaan seseorang bakal penganti penghulu untuk menguruskan
kawasan yang perlu dijaganya. Faktor cadangan ini akan melalui beberapa tapisan bagi memastikan calon-calon yang benar layak sahaja mendapat tugasan ini'. British telah mengawal.peraturan terhadap penghulu serta telah menyenaraikan kuasa-kuasa yang dianggap Residen tidak memberi impak yang begitu besar kepada pentadbiran British. pentadbiran residen telah memperkenalkan peraturan kuasa-kuasa penghulu

Dalam sistem residen, arahan-arahan yang dikeluarkan untuk penghulu bukannya hadir daripada Sultan, tetapi arahan residen. Ini disebabkan residen menguruskan pentadbiran untuk Selangor. Pada masa yang sama mengambil kesempatan dengan peluang ekonomi yang negeri Selangor. Disebabkan itu, British memerlukan pimpinan tempatan seperti untuk menjaga sesuatu kawasan yang diberikan. Di samping itu, punca kemerosotan penghulu semakin memuncak selepas pentadbiran negeri-negeri residen disatukan. gabungan Selangor, Perak , Pahang dan Negeri Sembilan. Hasil gabungan ini mengwujudkan pentadbiran pusat yang menyebabkan jawatan penghulu semakin daripada dunia istana seperti zaman tradisional. 

 Institusi Penghulu pada Zaman British

 Perlantikan masih dibuat oleh Sultan yang merangkumi tugas-tugas seperti berikut :
  • Menjaga undang-undang kerajaan di mukim (kepentingan British),
  • Mengutip cukai dengan menyimpan 10% untuk kegunaan sendiri,
  • Mendamaikan perkelahian anak buah,
  • Menjaga keselamatan,
  • Mengadili kesalahan-kesalahan yang kurang penting.
Peranan Penghulu Selepas Merdeka. 

Perlantikan dibuat oleh Suruhanjaya Awam Negeri yang merangkumi tugas-tugas seperti berikut :
  • Ketua Pentadbiran Mukim,
  • Perantaraan kerajaan dengan rakyat,
  • Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pegawai Daerah dan Penolongnya,
  • Mengawasi kerja-kerja Ketua Kampung,
  • Membantu Pentadbir Tanah,
  • Mengawas perlakuan dan pelanggaran adat dan agama,
  • Mengawasi kejadian jenayah,
  • Menggalakkan perpaduan penduduk,
  • Menguruskan hal-hal berkaitan harta pusaka kecil,
  • Lain-lain perkara dalam mukim.

Institusi Penghulu di Telok Panglima Garang

Berikut adalah antara nama-nama tokoh berpengaruh di Telok suatu masa dulu yang pernah berkhidmat dan berbakti sebagai Penghulu semasa pemerintahan Inggeris sehingga kini di Selangor. Tak diketahui  tarikh dan tempoh perkhidmatan mahupun biodata kesemua individu ini. Mohon dapat ahli keluarga mereka menceritakan kisah hidup arwah datuk-datuk mereka untuk dikongsi bersama oleh generasi Telok kini. Apa-apa pun, Alfatihah kita sedekahkan buat roh-roh mereka, moga ditempatkan Allah bersama-sama para nabi dan syuhada. Harap ada pihak lain yang dapat menjalankan kajian ilmiah tentang Penghulu-penghulu di Telok.

1
Penghulu Raja Ibrahim bin Raja Budu (1 Januari 1893-?)
2
3
Penghulu Haji Jaafar bin Abdul Rahman (Jun 1906-?)
4
Penghulu Che Abdullah bin Sheikh Hassan
5
Penghulu Ngah
6
Penghulu Osman
7
Penghulu Raja Idris
8
Penghulu Syed Hashim
9
Penghulu Abdullah
10
Penghulu Wan Hamid
11
Penghulu Omar
12
Penghulu Wan Hassan
13
Penghulu Abu Bakar
14
Penghulu Muhammad Bandar
15
Penghulu Hamzah bin Abdullah
16
Penghulu Faidzullah
17
Penghulu Mohd Salleh bin Abdul Rahman
18
Penghulu Aziz bin Kasim
19
Penghulu Abdul Hamid
20
Penghulu Haji Mohd Halil bin Selamat
21
Penghulu Haji Mahadzir bin Abu Samah (16 September 1999 - 31 Disember 2005)
22
Penghulu Faisal bin Yahya (1 Januari 2006 - 15 Ogos 2008)
23
Penghulu Haji Mat Isa bin Harun (16 Ogos 2008 - )


Pernah Memegang/Memangku Jawatan Penghulu:
Inche Ibrahim bin Jaafar

Pernah Memohon Jawatan Penghulu:

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Penghulu-penghulu di TPG, klik pada pautan di bawah:



Permohonan:


Cadangan:

Sumber: Arkib Negara Malaysia


BEBERAPA DOKUMEN RASMI TERPERINCI TENTANG PENGHULU-PENGHULU DI TPG:




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dari Sisi Gelap Klang Bandar Diraja ......Bahana Pelacuran

Salam buat semua, peminat  serta pembaca  blog Atok ini. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Kita masih dalam mode Raya, meraikan sauda...