Selasa, 5 Mei 2015

Kisah Kempeitai dan Toshiba di TPG



Salam buat semua. Apa khabar korang? Sihat harapnya. Aku doakan kita sekalian sejahtera dunia dan akhirat. Selamat dan berbahagia bersama-sama keluarga tercinta.

Hari ini aku masih bercuti. Cuti Hari Wesak. Kat highway tengah jem teruk. Berdedai-dedai kereta menghala ke KL dari kampung halaman masing-masing. Eloklah tu. Aku bangga dengan orang kita yang setiap kali cuti panjang, tak kira ler raya Cina , Hindu, apa lagi raya Puasa dan raya Haji, pasti ambil kesempatan untuk balik ke kampung, jumpa ibu ayah, atuk nenek.  Aku seronok bila anak murid aku bercerita mereka balik kampong pasal ada kenduri kendara sedara mara. Siap minta maaf pasal kerja rumah yang aku beri tak dapat disiapkan. Walaupun mereka tahu aku tegas dalam hal kerja-kerja sekolah, tapi tak sampai hati aku nak marah bila dengar cerita mereka atuk nenek seronok dapat jumpa diorang. Hati aku cepat sejuk. Betul lah kata cikgu-cikgu kengkawan aku, dalam hati ada taman.
Hari Jumaat lepas, 1 Mei, cuti Hari Buruh, aku balik ke TPG. Lepas solat Jumaat, aku berdua laki bini bergegas ke Telok. Bukannya apa, saja balik jengok kakak aku kat Taman Dato Hormat tu. Lagipun, esok Sabtu, kawan lama aku masa kat SMK Jugra nikahkan anaknya. Mana boleh tak datang, merajuk terus nanti dia!

Pagi Sabtu itu aku terbaca dalam surat khabar, orang Batu 10 Kebun Baru terjumpa bom mortar lama. era zaman Jepun ketika membersihkan kebunnya. Alamak! TPG jadi medan pertempuran tentera Jepun dengan Inggeris ke? Wah, seronok  baca kisah ini! Jadi, balik jer ke Seremban, aku terus google, cari bahan. Manalah tahu,kalau-kalau betul berita dalam surat khabar tu….

Cari punya cari, banyak yang aku jumpa! Bukan sahaja TPG, Port Klang termasuk bandar Klang jadi sasaran peluru dan bom kapal terbang Jepun. Aku cari lagi. Then aku follow cerita kezaliman dan penyeksaan Kempeitai terhadap orang awam. Kempeitai tu apa? Hahaha…Kempeitai tu…nanti ler aku cerita satu persatu. Aku ikut juga stories bagaimana di bulan Ogos  dan September 1945, Jepun menyerah kalah dan pegawai-pegawai atasannya dibicarakan atas dakwaan membunuh secara beramai-ramai dan menyeksa tawanan tak ikut Konvensyen Geneva yang Jepun sendiri sain pada tahun 1929. Panjang ceritanya…kalau macam tu, korang pergi ler buang apa yang patut-patut dulu. Takut  nanti tengah-tengah sedap baca, baru pulak perut buat hal..memang potong stim habis.

Oklah..ceritanya begini…Ooops, sebelum itu aku nak tanya korang. Pernah tak korang dengar cerita emak abah atau atok nenek korang yang pernah melalui kehidupan zaman Jepun dahulu? Kalau sudah, elok ler tu. Korang bandingkan cerita aku ini dengan cerita diorang.  Kalau belum tanya, lepas ini tanya cepat-cepat. Takut kalau-kalau kenangan silam itu tak sempat dikongsi dengan anak cucu. Sebelum aku teruskan, aku nak beritahu korang, emak dan bapa aku memang dilahirkan sebelum dan semasa perang Dunia Kedua. Bapa aku lahir tahun 1938 di Telok manakala arwah emak aku pula dalam bulan Mac 1942 di Muar, dua bulan lepas armada kapal terbang Jepun mengebom hebat bandar tersebut..Datuk dan nenek serta moyang perempuan aku serta seluruh keluarga mereka terselamat daripada bencana peperangan tersebut. Jadi daripada diorang ler aku dapat tahu cerita lisan tentang askar Jepun ini. Yang lainnya aku rujuk buku-buku sejarah dan maklumat-maklumat kerajaan dan peribadi secara online. So, korang jangan risau cerita aku ini bukan cerita rekaan untuk bodoh-bodohkan orang. Ini kisah benar berdasarkan kehidupan sebenar individu dan fakta-fakta sejarah. Cuma aku nak beritahu ler. Lain orang lain pengalamannya. Oklah kita mulakan semula…Ceritanya begini….

Semua orang kat Telok dan satu Malaya dah tahu Jepun sudah mendarat di Kota Bharu. Semuanya cemas. Mereka tertanya-tanya, bilakah TPG akan dilanda garuda Jepun pendek misai kontot itu? Masing-masing dah buat persiapan. Kalau tentera Tojo (bukan Toyo tau) masuk Telok, habislah! Orang kampong dah tahu betapa tentera Jepun akan merampas apa sahaja yang diorang berkenan; basikal ke, kereta ke, ayam itik, hatta anak dara dengan emak darapun diorang rembat buat kekah ramai-ramai. Kalau dihalang, dibunuhnya on the spot. Mati katak, takde siapa yang datang membela. Semua orang, Melayu,Cina, Keling termasuk Sakai Telok Gonjeng pun berdoa moga-moga kemaraan Jepun dapat disekat dan dihalau keluar, balik ke negara mereka. Tapi ini suratan takdir Allah SWT. Maka apabila dikatakanNya “ Jadi, maka jadilah”. Tak ada sesiapa yang dapat menahan Qada dan Qadar Allah. Maka berlakulah apa yang telah berlaku yang menjadi sebahagian lipatan sejarah negara.

Peta menunjukkan kemaraan Tentera Jepun di Malaya, 1941-1942
Akhirnya pada  10 Januari 1942, tentera Imperialist Guard Jepun mara dari laut dan mendarat di Kuala Selangor. Tak banyak tentangan daripada pihak Inggeris kerana memang tak sangka Jepun masuk ikut situ. Senang jer Jepun masuk, seolah-olah tentera Inggeris sudah tak ada semangat nak lawan Jepun yang dah naik minyak itu:

British forces were further weakened by the need to detail forces to guard against Japanese landings at Kuala Selangor (101.249E 3.331N). Guns were not in position, mines (though available in quantity) were not emplaced, and dead ground was not covered along the main highway, which had recently been straightened to leave loops on either side. The Japanese hit this position on the run, conducting reconnaissance by drawing fire with a force strong enough to launch its own attack off its line of march. The Commonwealth troops were caught in the open and overwhelmed, and by the end of the day the two brigades had been reduced to about a battalion of effectives. Most of the casualties were listed as missing rather that dead or wounded, an indication that the British force was very close to collapse.

Pada hari yang sama juga, Jepun sudah sampai ke Pelabuhan Swettenham (Pelabuhan Klang). Habis dibomnya semua gudang dan dermaga di situ. Kemudian mereka ke bergerak menuju ke Bandar Klang. Deretan kedai di Jalan Melayu terbakar, mungkin kerana pengeboman tentera udara Jepun. Pertempuran hebat untuk menguasai bandar Klang menjadi penentu antara tentera British dan tentera Jepun. Tentera Jepun dari Batalion Oka telah menyekat jalan utama menyeberangi jambatan besi yang menghubungkan Klang dengan Kuala Lumpur. Menurut laporan di pihak tentera Jepun sejumlah 5000 orang tentera British dan India mempertahankan Klang tetapi tewas kepada 2 rejimen askar Jepun. Askar-askar India British selesai membuat pengunduran melalui Kuala Lumpur pada awal pagi itu. Jambatan-jambatan termasuk jambatan Belfield di Klang diletupkan apabila pasukan terakhir melepasi jambatan tersebut.

Pertempuran di Kuala Selangor hingga ke Morib di Kuala Langat, 1942
Memang betul seperti apa yang disangkakan. Dalam perjalanan mereka ke selatan menuju Singapura melalui TPG, Banting, Morib dan seterusnya ke Port Dickson, sesetengah askar Jepun ini dah tersasar daripada kumpulan mereka. Mereka akan berhenti di kampung-kampung mencari apa-apa sahaja yang boleh dimakan dan dipakai, termasuklah ayam itik, basikal dan perempuan. Tak ada istilah minta izin bagi diorang. Tak bagi ,memang  cari nahas. Yang ada kereta, cepat-cepat sorokkan kereta dalam estet getah, siap bungkus dengan pelepah kelapa, cuma tak ikat tepi jer lagi…Hahaha

Orang-orang Telok awal-awal lagi  dah sorokkan anak-anak dara dan isteri mereka kat hutan dan belukar belakang kebun. Anak -anak daranya semua tak boleh keluar rumah. Apabila ada askar Jepun datang , semua anak dara akan disorok di mana-mana yang boleh. Ada di dalam perigi,  di atas loteng bumbung atap dan juga digulung dalam tikar supaya nampak hanya tikar dan tiada orangnya. Bayangkan ketakutan yang mereka alami. Maklumlah harimau pendek dan sepet baru lepas berperang, semua nak dibahamnya. Tapi ada pula orang-orang tua Telok dahulu kata, Jepun ini secara umumnya baik dan berdisiplin. Cuma tentera mereka yang berasal dari Manchuria,Korea dan Formosa yang membuat perangai buruk dan mencemarkan nama askar Jepun. dan tak dinafikan juga perlakuan ganas mereka juga disebabkan tekanan oleh perang waktu tu. Baik ke jahat ke, kalau dah merosakkan dan membunuh, memang tak dapat dimaafkan. Itulah, pasal seekor kerbau bawa lumpur, habis semua terpalit.
Propaganda Jepun selepas menawan Malaya
Tapi Alhamdulillahlah, selepas diorang tawan Malaya dan Singapura sepenuhnya, orang Melayu dan Keling dekat Telok, Banting dan Klang tidak diapa-apakan dek Jepun. Kata orang, memang layanan istimewa tentera Jepun terhadap kedua-dua kaum ini, bukan hanya di Telok tapi seluruh Malaya. Ada udang di sebalik mee. Tapi yang kasihannya, kaum Cina. Marah betul diorang dengan Cina ini. Habis dibunuhnya yang lelaki, yang perempuan dibuat pemuas nafsu serakah , yang masih kanak-kanak pun ada yang dibunuh secara kejam. Bayi-bayi sering kali dibuang ke udara dan beberapa askar Jepun akan bersaing untuk menikam bayi-bayi itu dengan benet mereka Pada masa itu, orang-orang Cina telah dipindahkan oleh Jepun dari Banting ke kawasan Telok Panglima Garang dan Jenjarom.
Jepun membunuh kanak-kanak tidak berdosa
  
Orang Awam menjadi mangsa penyeksaan tentera Jepun
Pembunuhan terus berlaku

Pembunuhan dan penahanan orang awam termasuk kaum wanita
Untuk mengukuhkan penguasaan mereka di Kuala Langat dan selatan Selangor, tentera darat Jepun telah mendirikan kem di Morib, manakala tentera udara mereka membina lapangan terbang di Kelanang. Kedua-dua lokasi ini begitu strategik untuk mengawal perairan selat Melaka mengikut percaturan mereka masa itu. Mereka juga dikatakan mendirikan kem di Bukit Changgang, di tepi sungai Langat di situ.. Tentera Jepun telah menubuhkan Heiho iaitu askar-askar yang terdiri daripada orang Melayu tempatan. Bagi Heiho ini, mereka merupakan penduduk di sekitar kem tersebut yang kebanyakannya dipaksa bertugas untuk menjaga kawasan kem.

Pemeriksaan Perbarisan Anggota Heiho oleh pegawai atasan Jepun
Jadi untuk mengawal orang awam, tugas ini dipikul oleh Kempeitai, polis rahsia tentera Jepun yang terkenal dengan kezaliman mereka menyeksa mangsa sehingga mati. Semua balai polis di Banting, Telok Datok di bawah kawalan mereka. Sudah puluhan malah ratusan orang di Kuala Langat melalui mimpi ngeri diseksa Kempeitai ini. Sebiji macam cerita dalam filem ‘Sarjan Hassan’ lakonan Allahyarham P.Ramlee. Siapa yang tak kenal Tanaka Hideo, kempeitai yang paling digeruni di Banting? Pendek jer orangnya tapi dah ramai Cina yang mati di tangan dia dan orang-orangnya. Kononnya melawan Jepun, atau menyatakan kebencian terhadap Jepun, katanya. Banyak mata-matanya yang terdiri daripada orang Melayu dan India termasuk Cina. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Silap cakap jer, tahu-tahu Jepun bawa geng heret kita ke balai, hanya sebab ada orang sebut nama kita bencikan Jepun.
Dah banyak yang dah disamurai kepala mereka dek Jepun dan kepalanya dicacak atas kayu dan dipamerkan di simpang jalan besar kat Banting untuk takut-takutkan orang agar tidak menentang Jepun Bagero ini. Begitu juga di Klang. Di Clock Tower and Maxwell Square  – di hadapan Balai Bomba Klang Selatan. Mengikut cerita seorang saksi, Tok Haji Jamaluddin menyatakan bahawa di sinilah pihak Jepun menayangkan kepala kepala komunis (Bintang Tiga) yang telah dipotong. Dengar-dengar cerita dekat Bukit Changgang ada jalan yang dipanggil Jalan Jepun, tempat tentera Jepun pancung kepala orang dan dikebumikan di situ. Wallahualam. Kalau ada sejarahwan tempatan, mohon disahkan khabar angin ini.

Jepun dan pedang Samurai tak dapat dipisahkan

Penghinaan terhadap mangsa berterusan setelah dipancung
Klang Clock Tower and Maxwell Square menjadi saksi kepala-kepala mangsa pedang samurai Jepun dipamerkan
(special thanks to Puan Delliya Zain https://www.facebook.com/delliya, yang banyak membantu mendapatkan bahan tentang Klang Clock Tower)
Semua orang hidup dalam keadaan huru-hara. Kehidupan semakin sempit.  Ladang getah dah tidak ditoreh lagi. Geng-geng India di estet dah tak bertuan.  Awal-awal lagi Tuan dah cabut balik England. Gaji tarak! Mahu tak mahu mereka kenalah tanam  ubi dan sayur-sayuran untuk hidup. Ambil upah kerja kampong atau pergi tangkap ikan di sungai, macam orang kampung. Yang Cina pula terus berniaga walaupun pelanggan semakin berkurang, bekalan jualan pula semakin sedikit kerana perang ini Perang Dunia, tiada lagi perdagangan antarabangsa. Hanya urusniaga dalam Malaya sahaja dibenarkan, tambahan pula cukai yang dikenakan tinggi banget. Duit British dah tak laku lagi, hanya duit kertas cap pokok pisang milik Jepun sah diperlakukan. Semua orang terpaksa makan ubi. Beras dicatu. Setiap keluarga hanya dibenarkan mendapat dua gantang beras sebulan. Itupun kena pakai kupon. . Makanan susah nak dapat dan hanya ubi kayu sahaja yang mudah untuk dimakan. Ubi direbus jadi makanan ruji seperti nasi dan kulit ubi kayu disiat-siat dan direbus buat kerabu. Daun ubi direbus jadi sayur. Itulah yang dimakan setiap hari.

Had Pekerjaan kaum lelaki ketika zaman Jepun

Yang hidup susah, yang mati lagi susah. Terpaksalah keluarga arwah menguruskan jenazahnya seadanya. Kain kapan tidak ada kerana bekalan kain dari China dan India tidak ada lagi. Sesetengah keluarga mengapankan jenazah  dengan tikar mengkuang sahaja. Dah tak ada, nak buat macam mana? Baju jangan harap dapat yang baru. Buntil tepung dan gula dijadikan baju. Di sesetengah tempat, mereka modified pelepah nenas menjadi baju. Aku pernah tengok baju buatan nenas ini. Kawan aku tunjukkan. Pusaka atuk katanya. Nak hidup mesti berakal. Tidur malam mereka tak nyenyak. Hanya pelita minyak tanah sahaja peneman mereka anak beranak .Kalau terdengar jer bunyi trak datang, mereka akan terus lari ke kebun atau hutan berhampiran di belakang rumah.

Mengikut emak saudara aku yang berumur kira-kira 6 tahun ketika Jepun masuk Malaya, ketika bersekolah Melayu di Telok dahulu, budak-budak diajar menyanyi lagu kebangsaan Jepun  iaitu Kamigayo. Lagu ini dinyanyikan pada setiap pagi ketika menghadap matahari terbit.  Kemudian mereka bersenam sebelum masuk kelas untuk belajar. Bahasa Jepun dijadikan sebagai Bahasa Pengantar di semua sekolah.

Pendidikan sekolah Zaman Jepun

Pengajian Nippon-Go di sekolah-sekolah
Di Klang, bangunan sekolah SMK ACS digunakan sebagai ibu pejabat, rumah sakit dan mahkamah oleh pihak Jepun. Di Sekolah Tinggi Klang pula, Encik V.K Chinniah telah dilantik sebagai pengetua dan guru-guru yang lain masih sama. Selepas setahun, sekolah dijadikan hospital tentera dan tempat pengawalan tentera. Ia juga digunakan untuk tempat rehat tentera yang berbakti di Burma. Kemudian semua murid dipindahkan ke sekolah Ping Hwa di Jalan Harper, Klang. Para pelajar wajib belajar Bahasa Jepun (Nippon-Go). Bahasa penghantaran pada masa itu ialah Nippon Go dan ramai guru yang cekap dalam penggunaan bahasa tersebut setelah menjalani latihan oleh pensyarah Jepun di Klang dan Kuala Lumpur.
Kelab Diraja Klang yang terletak di Jalan Istana berhampiran  Istana Alam Shah ditubuhkan bertujuan untuk aktiviti sosial dan rekreasi kepada kelab khususnya berketurunan Eropah dan British. Pada zaman pendudukan Jepun (1942-1945), kelab ini digunakan sebagai mes rekreasi untuk pegawai tentera Jepun.  Bangunan Sultan Suleiman di Klang menjadi ibupejabat perang bagi tentera Jepun sepanjang kependudukan mereka dalam Perang Dunia Kedua.

Bangunan Sultan Sulaiman, Klang

Kemegahan Kempeitai

Nampak jer suci tapi Setan Besar

Topi Kempeitai Jepun
Selama 3 tahun 8 bulan, datuk nenek,dan emak abah kita menderita. Kini, Qada dan Qadar Allah berubah. Giliran Jepun pula menanggung derita atas kezaliman yang mereka lakukan. Sesungguhnya doa orang dizalimi itu tiada hijab dengan Allah SWT, walaupun mereka itu kafir. Pasti Allah kabulkan. Pada bulan Ogos 1945, dua biji bom atom digugurkan ke atas Hiroshima dan Nagasaki, dua buah bandar utama di Jepun. Ratusan ribu mati serta merta, jutaan lain menderita tercedera akibat terbakar dan radiasi radioaktif. Terduduk Maharaja Jepun, Hirohito dan Perdana Menterinya, Tojo. Huru hara seluruh Jepun. Surrender terus.

Apabila Jepun menyerah kalah kepada British, maka diadakan perbicaraan jenayah perang atas beberapa pemimpin Jepun dan Kempeitai. Ramai dijatuhi hukuman gantung atau ditembak:

Members of the Kempeitai and camp guards were treated as prisoners of war because of their treatment of military and civilians. There were a number of war crimes trials. One held in 1947 found 7 Japanese officers guilty. Two were executed: Lieutenant Colonel Masayuki Oishi, commander of 2 Field Kempeitai and Lieutenant General Saburo Kawamura on 26 June 1947. Lieutenant General Takuma Nishimura, one of the five given life sentences, was later found guilty of the Parit Sulong Massacre by an Australian court and executed. Captain Higashikawa, head of the Penang Branch of the Kempeitai, was executed. Higashikawa's actions were brutal enough for Captain S Hidaka, Penang Chief of Staff for the Imperial Japanese Navy, to raise the matter with Lieutenant-General Ishiguro. Ishiguro had Higashikawa transferred and replaced by Captain Terata. Sergeant Eiko Yoshimura, the Head of Kempeitai in Ipoh, was sentenced to death by hanging for the torture and abuse of civilians, including Sybil Kathigasu. Others executed were Colonel Watanabe Tsunahiko, commander of the 11th Regiment by firing squad for his part in the Kuala Pilah massacre and Captain Iwata Mitsugi, Second Lieutenant Goba Itsuto, and Second Lieutenant Hashimoto Tadashi by hanging at Pudu Jail on 3 January 1948.

Tanaka Hideo,Kempeitai dari Banting itu ditangkap dan dibicarakan atas kekejaman terhadap orang awam ketika bertugas di Kuala Langat dijatuhi hukuman mati.Namun,dia berjaya melarikan diri dari penjara Pudu sementara menunggu hukuman sebelum berjaya ditangkap semula beberapa hari kemudian. Ketika ditangkap, dia ditemui dalam keadaan menangis, mungkin mengenangkan dosa-dosa lamanya dan juga nasib yang akan dilaluinya.
Ketika menunggu hukuman, mereka (penjenayah perang Jepun) bermain mahjong, menyanyi, berdoa, dan saat menuju ke tali gantung mereka bersorak ‘ Banzai’ dan’ Panjang Umur Maharaja’. Seketika kemudian, papan tempat mereka berpijak dijatuhkan.

Bukti rekod jenayah perang Kampeitai
 Berita Tanaka ditangkap dan terlepas
Berita Tanaka ditangkap kembali
           
Akhirnya ke tali gantung
Begitulah cerita  yang aku dengar dan yang aku kaji. Moga tidak berulang lagi sejarah hitam Jepun masuk ke Telok. Tapi tak lama kemudian, kira-kira 30 tahun kemudian, kita sendiri yang menjemput Jepun ke Telok. Pada tahun 1975, Jepun bertapak kembali di Batu 9 TPG. Mereka mendirikan ‘kem’ besar di situ. Kalau dahulu mereka ke mari membunuh kehidupan rakyat, tapi kini mereka membantu kehidupan anak-anak TPG dengan pekerjaan di kilang-kilang mereka. Tiada lagi sorakan ‘Banzai’ ‘Bagero’,dan Kempeitai. Hanya ‘Arigato mas’, Sankyo, Toshiba, NEC yang kedengaran. Salam Sayonara buat semua.

N.b:Untuk korang yang nak tahu lebih lanjut tentang Kempeitai, kat bawah ini aku tuliskan buat korang penulisan  (dalam dwibahasa) yang aku jumpa semasa surfing online. Moga-moga bermanfaat buat kita semua.

Pengenalan
Di samping itu, penindasan dan tekanan yang dilakukan oleh Jepun terhadap kaum Cina adalah begitu hebat. Oleh kerana terlalu hebat menerima tekanan dan layanan yang begitu teruk sekali terhadap kaum Cina di Tanah Melayu, ramai di antara orang Cina yang lain ke dalam hutan untuk menyelamatkan diri dari seksaan Jepun. Taktik Jepun termasuk keganasan dan ini dilakukan untuk menamatkan penentangan dan menindas penduduk berbilang kaum. Kempeitai yang dibenci orang Cina dan ingin menakluk 'hati dan akal' rakyat tempatan telah menggunakan taktik ketakutan (fear tactics). Masyarakat Cina diheret darpada rumah mereka dan dibicarakan untuk kesalahan yang tidak dilakukan. Kepala yang dipancung *dilekatkan di hujung kayu buluh dan dipamerkan dikhalayak ramai'. Mereka yang tidak bersalah juga menjadi mangsa kezaliman Jepun. *

Buruh Paksa Jalan Keretapi Maut
Pengambilan tenaga buruh paksa boleh dikatakan berbentuk penganiayaan yang terburuk sekali. Beribu-ribu orang telah diambil untuk pembinaan jalan keretapi maut “death railway" yang terkenal itu; yang menyambungkan Selatan Burma dengan Bangkok melalui Kauburi. Pengambilan tenaga bumiputera dijalankan oleh Pejabat Buruh dengan kerjasama penghulu ataupun ketua kampung. Jepun telah mengarahkan setiap kampong menghantar sekurang-kurangnya 5 orang sebagai wakil kampung tersebut.
Pemilihan calon-calon pula berdasarkan kepada kedudukan sesuatu keluarga itu pula, Sekiranya satu keluarga itu tidak mempunyai anak lelaki, ataupun anak lelaki tersebut diperlukan untuk membantu menanggung keluarga, maka dia tidak dipaksa untuk menyumbangkan tenaganya untuk pembinaan jalan keretapi maut tersebut. Perkara ini dapat dilakukan oleh penghulu atau ketua kampung  kerana adanya persefahaman di antara penduduk dengan ketua kampung. Pada umumnya, pemuda-pemuda tidaklah mempunyai keinginan yang begitu besar untuk bekerja sebagai buruh di Siam walaupun mereka mengalami kesempitan hidup pada ketika itu. Mereka juga telah diberikan janji- janji yang manis serta gambaran tentang keindahan Siam dan pekerjaan yang baik telah dipropagandakan oleh pentadbiran Jepun.

Pemilihan tenaga buruh oleh ketua kampung atau penghulu adalah bersesuaian kerana mereka mengetahui segala aspek dalam kampung masing-masing. Selalunya, ketua kampung akan memilih orang yang mempunyai masalah sosial di kampung dan mereka ini tidak diingini di kampungnya sahaja untuk memenuhi kehendak Jepun tersebut. Orang yang tidak diingini untuk tinggal di kampung mempunyai kriteria yang buruk seperti mencuri serta pernah melakukan kejahatan. Mereka ini adalah calon yang paling sesuai untuk di hantar ke Siam dan menjadi buruh Jepun di sana.

The Burma-Thailand railway was built principally by the enforced labour of allied prisoners of war. These POWs were transported from Java, Sumatra, Timor, Malaya and Singapore to Thailand and Burma to slave in the atrocious conditions to build the railway across the jungle-covered mountains.

What is less well known is the fact that between 200,000 and 270,000 native labourers were also taken from their countries of residence to supplement the work of the POWs. They were called romusha. The romusha were not prisoners of war but conscripted or forced labourers. The majority of those used in Burma were Burmese. In Thailand the majority were Indians - mostly Tamils - from Malaya and Javanese from Java, but Chinese from Malaya and natives of Indochina and Thailand itself were also used.
 
Buruh paksa Jalan Keretapi Maut  Thailand-Burma
Amazingly, the Japanese permitted mail facilities to be provided for the civilian labourers. Post Offices were opened at Aparon, Konkoita, Niike, Kinsaiyoku, Purangkashi, Kanchanaburi and Tamajo, and on the Kra Isthmus at Chumpon. Postal workers were sent from Malaya to administer and manage these postal facilities, and they and the labourers wrote cards back to their friends and relatives. Skilled railway workers were also sent to Thailand from Malaya to organise and supervise the procurement of the necessary materials to maintain the railway once completed.

Kempeitai
Salah satu jentera pentadbiran Jepun yang penting ialah Kempeitei. Ia adalah salah satu organisasi yang paling berkuasa dan ditakuti. Kuasa kempeitei agak luas dan separuh bebas daripada kuasa pemerintah tentera. Kempeitei diletakkan dibawah kuasa Ketua Polis Tentera yang bertanggungjawab terus kepada Menteri Perang.

Tugas kempeitei ialah memerhati kegiatan dan disiplin tentera dan mengawal penduduk tempatan. Mereka beranggapan bahawa mereka lebih berkuasa daripada kerajaan tempatan atau polis. Ahli-ahli kempeitei diambil daripada tentera Jepun yang mempunyai keupayaan tinggi dari segi kecerdasan
fizikal, mental, bahasa dan pelajaran yang dilatih di sekolah khas kempeitei dan jumlahnya dianggarkan seramai 7000 orang. Kempeitei yang bertugas di negara taklukan akan memilih ejen-ejen pro-Jepun atau orang-orang yang menunjukan sikap benci kepada musuh Jepun

Kempeitei dimaklumkan supaya memilih ejen di kalangan orang-orang yang sama ada pro-Jepun atau sakit hati terhadap musuh, dan memberi keutamaan kepada buruh kasar, nelayan, orang Cina seberang laut, ketua kampung dan daerah, penyebar agama dan orang-orang yang terkemuka di kampung-kampung. Di antara kaedah yang dicadangkan untuk memujuk mereka termasuklah memberi tawaran wang atau barang-barang, menggunakan ancaman atau mendesak, mempengaruhi pekerja atau buruh kasar dengan 'Iatihan semangat' dan menggunakan sikap liberal apabila penduduk tempatan ditangkap kerana kesalahan jenayah

The Kempeitai were the Japanese military police who took over the control of the local police. They were responsible to seek out subversive elements, making use of informers, spies and generally keeping their ears and eyes wide open for anti-Japanese activities such as listening to the BBC or assisting communist guerrillas. The Kempeitai were the Japanese version of the German Gestapo, feared by all, including their fellow Japanese. They routinely executed civilians and captured allied personnel and on occasion even ate their flesh. Japanese medical personnel carried out horrific medical experiments on humans and were later granted immunity by General MacArthur in exchange for the records of their experiments.

Kekejaman Kempeitei dan Tentera Jepun
On 17 February 1942 Lieutenant-General Tomoyuki Yamashita, commander of the 25th Army, ordered anti-Japanese elements within the Chinese be eliminated. The method employed had been used by the occupying divisions; the 5th, 18th, and Imperial Guards in earlier actions in China, whereby suspects were executed without trial.That same day 70 surviving soldiers of the Malay Regiment were taken out of the prisoner of war holding area at Farrer Park, Singapore by the Japanese to the battlefield at Pasir Panjang and shot. During the time, Japanese treated Chinese in Malaya brutally while they tried to retaliate and suppress Chinese’s support against their invasion in China, People suffered incessantly with the Japanese army and Kempeitai (secret police) everywhere. “From time to time, Japanese killed men who allegedly conducted anti-Japanese activities,while the girls were heard of either being raped or recruited to work as nurses and factory workers with a good salary – only to find out they would become comfort ladies to the soldiers later on.

Merogol adalah perkara yang paling banyak sekali berlaku di Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun menjalankan kerja'merogol dengan meluasnya".
The Japanese military regarded women as little more than sex slaves. When the locals, especially Chinese, were considered hostile, Japanese soldiers carried out the "Three Alls Policy", which included indiscriminately kidnapping and raping local civilians. They charged the Kempeitai with rounding up women and girls to fill custom-built brothels throughout the occupied areas. Euphemistically known as “comfort women”, they were initially recruited from the ranks of prostitutes but young women were later forcibly taken from prison camps.

The Japanese Army has to be a kind of animaL The number of rape cases that happened after the Japanese landed in Malaya was frightening, Even old women were unable to escape from them. When the Japanese soldier has to satisfy his sexual needs, he would go to extremes to do it. It was especially so for the lower rank soldiers. They were sadists. The female prisoners, apart from the usual torture that all prisoners were subjected to, were humiliated and have suffered in ways beyond words. The Japanese would strip the female prisoners, fondle their bodies and burn their nipples with cigarette butts, before gang-raping them.

Typically, prisoners were cramped into small cells and forced to be motionless and absolutely silent. Those arrested would be tortured for the purpose of extracting names of anti-Japanese accomplices from them; refusal to offer such names led to further punishment. Should a prisoner surrender under the torment, any person identified by him as a "subversive force" would be sentenced to death or imprisonment. The Kempeitai had developed their own special forms of torture and even published an interrogator’s handbook. It advised that beatings should be followed by water torture, involving ramming a hosepipe down a prisoner’s throat and then jumping on his stomach. Unsurprisingly, many died. Other methods involved electric shocks and intense heat, usually hot irons applied to the genitals.

Interrogation methods
The Kempeitai believed that a person suspected of committing a crime had to prove his innocence, but was given no opportunity to do so. Pain and threats to life were standard methods of interrogation used by the Kempeitai to obtain a 'confession'. Called "treatments" by the Kempeitai, some that were described by victims and witnesses during the Singapore Chinese Massacre Trial in 1947 were:

Water torture: The victim was tied up and laid flat on the ground. Water was forced through the mouth and nose until the victim's stomach became distended, after which the interrogators would jump on the victim's stomach to force out the water, until the victim lost consciousness.

Beatings: Victims were beaten with metal bars, wooden or bamboo sticks, whips, wet knotted ropes, belts with buckles or revolver butts.

Burning and electric shocks: 'Live' electric wires, candles, lighted cigarettes, boiling oil or water were applied to sensitive parts of the victim's body.

Breaking fingers: Sticks were placed between the victim's fingers and squeezed, fracturing the bones.
Tearing out fingernails and toenails: Toothpicks were inserted under the nails before they were torn out by pliers.

Eardrum piercing: The sharp ends of pencils were inserted into the victim's ears until they pierced the victim's eardrums.

Body suspension: The victim's body was suspended by the wrists or neck or hung upside down by the legs. Interrogators would then pull the victim's limbs from their sockets. After the "treatment" was meted out, those who had 'confessed' to minor crimes were sentenced to imprisonment, while others were summarily executed.

With the end of the war imminent the Kempeitai operated a “leave no survivors” policy and oversaw the notorious death marches of British and Australian PoWs. They were still beheading captured Allied pilots two weeks after the official surrender in August 1945.The Kempeitai destroyed evidence to cover their tracks and most of them vanished. Few were brought to trial.
We had very many recording assignments, from recording children's concerts to the sentencing of Japanese War Criminals who had committed atrocities on civilian and prisoners of war. Some were sentenced to hang others to long prison sentences .Very many Japanese criminals had vanished into the "other ranks" to hide their identity, most prisoners were screened, but with only vague descriptions to go on, many slipped through and escaped punishment. Members of the Kempeitai and camp guards were treated as prisoners of war because of their treatment of military and civilians. There were a number of war crimes trials.

DEATH SENTENCES IN FIRST MALAYA WAR CRIMES TRIAL
In the first war crimes trial in Malaya the death sentence was passed on one Malay and four Chinese police who had worked for the Japanese. One accused man was dis charged. The condemned men had been found guilty of the mass murder of political prisoners between August 22 and August 29 (of 1945).
Despite an order for the release of prisoners, the accused had forced prisoners, who were bound, into prepared graves, where they were shot.
The case was described as one of the most horrible yet brought to light.-AAP.

MALAYA. WAR TRIALS, SINGAPORE. Dec. 4 (A.A.P.). 
The first treason trial in Malaya has opened at Klang. A Malay named Abdullah Bin Hadji Hassani has been charged with disclosing to the Japanese the whereabouts of five parties  of British, Indian, and Gurkha soldiers during the Malayan campaign.

One held in 1947 found 7 Japanese officers guilty. Two were executed: Lieutenant Colonel Masayuki Oishi, commander of 2 Field Kempeitai and Lieutenant General Saburo Kawamura on 26 June 1947. Lieutenant General Takuma Nishimura, one of the five given life sentences, was later found guilty of the Parit Sulong Massacre by an Australian court and executed. Captain Higashikawa, head of the Penang Branch of the Kempeitai, was executed. Higashikawa's actions were brutal enough for Captain S Hidaka, Penang Chief of Staff for the Imperial Japanese Navy, to raise the matter with Lieutenant-General Ishiguro. Ishiguro had Higashikawa transferred and replaced by Captain Terata. Sergeant Eiko Yoshimura, the Head of Kempeitai in Ipoh, was sentenced to death by hanging for the torture and abuse of civilians, including Sybil Kathigasu. Others executed were Colonel Watanabe Tsunahiko, commander of the 11th Regiment by firing squad for his part in the Kuala Pilah massacre and Captain Iwata Mitsugi, Second Lieutenant Goba Itsuto, and Second Lieutenant Hashimoto Tadashi by hanging at Pudu Jail on 3 January 1948.

Rujukan:

Lee Ting Hui, “Singapore Under the Japanese: 1942-1945", dalam Journal of South Sem Studies, Vol.XVlI, April, 1961, hlm. 59.

V.Puroell, The Chinese in Malaya, Kuala Lumpur. Oxford University Press, 1956, hlm. 245.

Chin Kee Onn, Malaya Upside Down, Singapore: Jitt and Co. Ltd, 1946, hlm. 132- 133
Muhammad Yusof Ahmad, Decades of Change: Malaya 1910- 1970 's, Kuala Lumpur, Pesaka, 1983, hlm. 212


Sheela Abraham, Sejarah Perkembangan Negara, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1993, hlm 136.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perubahan Fizikal dan Hidrologi TPG

Assalamualaikum semua. Aku minta maaf kerana dah berbulan tak menulis apa-apa dalam blog ini. Mesti korang rindu pakcik kan,kan,kan. Bukan...