Memaparkan catatan dengan label 1970. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1970. Papar semua catatan

Selasa, 6 Disember 2022

Menyingkap Tirai Besi di Penjara Pudu (1970-1979)

Do you know the best way to defeat the Malays? No need to fight them. Just sit back and watch them kill one another. So what DAP’s ‘Superman’ said during the Sarawak by-election (2021) was actually very true. All the Chinese need to do is to support one group of Malays to fight another group of Malays and the Malays will wipe themselves out.

Salam buat semua. Semoga kita semua dilindungi dan dirahmati Allah SWT. Sengaja Atok mulakan bicara kali ini dengan petikan kata-kata daripada 'musuh' umat Islam dalam politik (masih kafir zimmi tetapi on the way jadi kafir harbi kalau keadaan politik negara menjadi kucar kacir). Atok dan ramai orang Melayu merasa gelisah, hampa, marah malah ada yang putus asa melihat parti dan elit Melayu menuduh sesama lain sebagai pengkhianat demi merebut kuasa dalam PRN Johor dan PRU15. Mengapa Melayu berpecah dan tidak boleh bersatu?

Suasana politik semasa menampakkan menjelang PRN Johor, bakal berlaku persaingan merebut kerusi antara tiga parti Melayu dominan, iaitu UMNO, PAS dan BERSATU. Usaha duduk semeja dan berunding menjadi harapan amat tipis, sebaliknya timbul tuduh-menuduh bahawa satu parti cuba membunuh parti lain seolah-olah ia medan menunjukkan kekuatan dan bertentangan sesama sendiri.

Sememangnya perpecahan adalah tema umum dalam kehidupan politik orang Melayu sejak zaman bahari lagi. Kerajaan Melaka pada awal abad ke-16 yang dikatakan mempunyai 15,000 hingga 20,000 tentera kecundang kepada tentera Feringgi yang hanya mempunyai sekitar 1,100 hingga 1,200 tentera sahaja kerana perpecahan dalaman elit pemimpinnya, selain antara Melayu asal dengan India Muslim, Jawa dan suku bangsa lain yang berasakan apakah wajar mereka mempertahankan Melaka.

Begitulah rentetan sejarah ringkas perpecahan politik orang Melayu yang antara asasnya adalah kerana segelintir elit pemimpinnya ingin meraih dan memperkukuhkan kuasa parti politik masing-masing. Apa diutamakan dan dipentingkan adalah konflik serta persaingan, bukannya kerjasama dan persaudaraan sesama Islam. Sebab itulah musuh-musuh Islam, sama ada Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dapat bertapak lama menjajah bumi Tanah Melayu ini beratus-ratus tahun lamanya sejak tahun 1511 sehingga 1957. Malah tidak mustahil kesempatan ini diambil oleh musuh-musuh Islam di Malaysia  kini yang berlindung di sebalik amalan demokrasi dan sifat bertolak ansur kaum Melayu dalam 'menjajah' kembali ummah menerusi dasar 'batu api' mereka. Seharusnya kita kembali kepada tuntutan agama agar kita terus bersatu di bawah kepimpinan ulama. Atok yakin kaum kuffar ini akan terus mengatur rancangan jahat mereka sehinggalah tercapai agenda besar untuk Dajjal bertapak di bumi ambia ini.

Oklah cukup sekadar itu dahulu peringatan buat kita semua. Ingat peribahasa kita, 'Bersatu kita Teguh, Bercerai kita Roboh'. Entri kali ini Atok sambung balik cerita tentang Penjara Pudu. Kalau dalam tahun-tahun 1940-an, POWs dan  Melayu Radikal Haluan Kiri memenuhi ruang sel tahanan di sana, diikuti pengganas komunis dalam tahun 1950-an. Dalam tahun 1960-an, pejuang rakyat dan pengkhianat konfrantasi berkongsi cerita di sana, namun dalam dekad 1970-an ini, terdapat banduan-banduan berprofil tinggi menghuni ruang penjara di sini. Menarik juga cerita  bagaimana mereka  boleh terjerumus di sini. Bagaimana mereka terselamat daripada 'dosa' besar yang mereka lakukan setelah dibebaskan berikutan pengampunan oleh DYPA dan DDYMM Raja-raja. Apakah mereka telah disucikan dan kembali ke pangkuan masyarakat dalam keadaan bersih tanpa dosa silam? Kali ini memang Atok sendiri yang terkesima dengan bahan-bahan yang ada di sini. Kalau korang nak kata Atok syok sendiri terpulanglah, tapi memang Atok peminat sejarah silam!
Begini cerita kisah storynya........

Penjara Pudu dalam tahun 1971

 PEMBINAAN INFRASTUKTUR DAN KEMUDAHAN PENJARA

Berita mengenai pembinaan penjara baharu mula diperkatakan sejak tahun 1963 lagi. Kuala Lumpur semakin pesat membangun, tetiba Penjara Pudu ada di tengah-tengahnya. Padat dan sesak. Malah ada yang dengan sinis mengatakan pelancong terkeliru Penjara Pudu dengan Universiti Malaya. Tapi ada dua versi cerita penjara baharu itu. Pertama, memang ada ura-ura penjara baharu akan dibina di Kajang. Ini dinyatakan dalam Rancangan Malaysia yang Pertama dengan per,untukan sebanyak $8 juta dan Penjara Pudu akan dirobohkan kemudian dibangunkan semula sebagai kawasan pembangunan ibu kota. Dalam tahun 1969, rancangan ini dibicarakan kembali dengan peruntukan lebih $200 juta untuk pembangunan semula kawasan Penjara Pudu dan $12 juta untuk pembinaan penjara baharu di Kajang. Tak sampai beberapa bulan kemudian, masih dalam tahun 1969, Menteri Besar Selangor, Dato' Harun Idris mengumumkan penjara baharu itu akan dibina di Shah Alam pula.  Yang mana satu? Kajang atau Shah Alam? Apakah penjara baharu ini akan dibina oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri Selangor?

Akhirnya persoalan ini terjawab apabila JKR telah menyediakan pelan pembangunan Penjara Kajang di Sungai Jelok dalam tahun 1970. Pembinaan akan mula dilakukan mulai tahun hadapan,1971. Ini bererti Kerajaan Persekutuanlah yang akan menguruskan dan mentadbirkan penjara, bukan lagi kerajaan negeri. Pembangunan semula Penjara Pudu pula akan dilakukan dalam tempoh tiga tahun, mungkin dalam tahun 1973, akan siaplah pusat perdagangan terbaharu di Kuala Lumpur, kononnya.

Berita tahun 1963
Berita  tahun 1965

     

Berita tahun 1969
Berita tahun 1969


Rancangan Pembangunan Semula Penjara Pudu oleh JKR dalam tahun 1971

Perubahan Landskap Pudu seperti digambarkan oleh pihak kerajaa

          Berita dalam tahun 1971 tentang penangguhan pembinaan Penjara Kajang 
                                   akibat masalah kewangan negara 

Pemindahan Penjara Pudu ke Kajang  bermula

Berita Cadangan pembinaan Hospital Psikatri di Penjara Kajang dalam tahun 1973

Penjara Kajang, Selangor yang dahulunya dikenali sebagai Penjara Pusat Selangor merupakan salah sebuah daripada 38 buah institusi penjara yang terletak di bawah pentadbiran Jabatan Penjara Malaysia. Ia terletak di kawasan Sungai Jelok, Kajang, lebih kurang 3 kilometer dari bandar Kajang. Penjara Kajang mula dibina pada tahun 1975 di atas tanah seluas 161.3 hektar dan beroperasi sepenuhnya pada pertengahan tahun 1985. Pada permulaannya Penjara Kajang hanya menempatkan seramai 30 orang banduan yang dibawa setiap hari dari Penjara Pudu, Kuala Lumpur pada bulan Oktober 1980. Mereka ditempatkan di Bahagian Pra Bebas dan ditugaskan untuk kerja-kerja kebersihan dan penyelenggaraan kawasan dan bangunan-bangunan penjara yang baru siap dibina.Pembinaan Penjara Kajang telah menelan belanja lebih kurang RM 65 juta.

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENJARA PUDU

Pada tahun 1970-an, menara pengawal dibina dengan gaya vernakular dengan tepi berkaki dan menuding bumbung Minangkabau, di dinding penjara timur dan barat. Terdapat kuarters untuk kakitangan di seberang jalan, yang tidak begitu sibuk ketika itu. Kakitangan akan berkumpul pada waktu pagi dan berarak di seberang jalan, dan lalu lintas terpaksa berhenti untuk mereka menyeberang. 

Perspektif negatif orang ramai terhadap bekas banduan masih tinggi

Cadangan Hukuman Mati untuk kesalahan pemilikan senjata api tanpa lesen dibuat dalam tahun 1971

Penayangan filem-filem komedi seminggu sekali di Penjara Pudu. Filem-filem berunsur seks, keganasan dan gangsterisme tidak dibenarkan 

Sumber Manusia
Ganja untuk dijual dalam penjara

Kesilapan pihak Penjara Pudu membebaskan Banduan bernama Samy yang 'salah' dalam tahun 1974

Konsep Penjara Terbuka

Dalam tahun 1978, konsep Penjara Terbuka diperkenalkan.Penjara terbuka (penjara terbuka) adalah mana-mana penjara di mana banduan diberi kepercayaaan untuk menyelesaikan hukuman dengan pengawasan yang minimum dan keselamatan perimeter dan sering tidak dikurung di sel penjara mereka. Banduan juga dibenarkan mengambil pekerjaan semasa menjalani hukuman mereka. Penjara terbuka sering menjadi sebahagian daripada pelan pemulihan untuk banduan yang berpindah dari penjara tertutup. Mereka boleh ditetapkan sebagai "penjara latihan" dan hanya untuk banduan yang dianggap berisiko rendah kepada orang ramai.

Idea penjara terbuka sering dikritik oleh orang ramai dan ahli politik, walaupun kejayaannya ke arah pemulihan berbanding kaedah yang lebih lama. Banduan di penjara terbuka tidak mempunyai kebebasan sepenuhnya dan hanya dibenarkan meninggalkan premis untuk tujuan tertentu, seperti pergi bekerja di luar. Selain dapat mengurangkan kesesakan di penjara tertutup. Idea penjara terbuka adalah untuk memulihkan banduan dan bukannya menghukum mereka. 



Penahanan OKT bernama Chua di Penjara Pudu dalam tahun 1978 'tidak sah'.

19 Mac 1979- Sambutan Maulud Nabi SAW julung kali diadakan  di Penjara Pudu sejak tahun 1895

PENGURUSAN BANDUAN

Dahulu suasana pemandangan di dalamnya begitu hening menerbitkan rasa seram kekal tersembunyi 1001 misteri boleh meruntun emosi apabila melewati setiap kawasan termasuk bilik hukumannya. Akta yang melibatkan hukuman mati ketika itu ialah Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971, Kanun keseksaan (Akta 574), Akta Penculikan 1961, Akta Senjata 1960, Akta Angkatan Tentera 1972 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

Banduan Berprofil Tinggi

1976- Botak Chin
Wong Swee Chin, dikenali secara profesional sebagai Edmund Tan / Louis Ling / Botak Chin (3 Mac 1951-11 Jun 1981) adalah seorang penjenayah dan gangster Malaysia. Beliau menjadi terkenal sebagai salah satu samseng yang paling terkenal dan berbahaya pada tahun 1960-an dan 1970-an. Dia dan rakannya Kevin Yee Kai Kit dikenali kerana melakukan rompakan bersenjata, yang dalam beberapa kes melibatkan sejumlah besar wang tunai. Beliau dihormati oleh masyarakat Hakka Cina dan sering dianggap sebagai Robin Hood zaman moden, kerana ada yang mengatakan dia berkongsi wang tunai dari rompakan dengan orang miskin. Pada petang 16 Februari 1976, beliau ditangkap oleh polis. Beliau telah dihukum mati pada 11 Jun 1981 di Penjara Pudu.

Botak Chin dilahirkan di Kuala Lumpur pada 3 Mac 1951 kepada sebuah keluarga yang terdiri daripada 10 orang adik beradik. Bapanya bekerja dengan Malayan Railways, dan semasa kecil, beliau tinggal di kuarters Keretapi Malaysia bersebelahan dengan stesen Caltex di Jalan Ipoh di Kuala Lumpur. Beliau belajar di sekolah rendah vernakular Cina dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Lelaki Methodist di Sentul sehingga tingkatan 3. Selepas berhenti sekolah, Botak Chin bekerja sebagai nelayan di pasar di Jalan Tun Ismail (dahulu dikenali sebagai Maxwell Road). Selepas kematian ibunya, dia sering menghabiskan masa jauh dari rumah, dengan rakan-rakannya yang merupakan hoodlum tempatan yang akhirnya menyebabkan dia melakukan jenayah kecil. Dia menyertai kumpulan bernama Geng 360 (Sam Pak Lok), dan dia kagum dengan senjata api yang dimiliki oleh ahli kumpulan itu. Pada 19 April 1969, Botak Chin dan dua rakannya mengambil bahagian dalam rompakan buat kali pertama. Pada usia 18 tahun, beliau dengan bangganya memiliki senjata api pertamanya, revolver berkaliber .22. Dia kemudian membentuk gengnya sendiri tidak lama selepas itu dan terus terlibat dalam rompakan rompakan. 

Botak Chin terlibat dalam lapan rompakan dalam tempoh sebulan pada tahun 1969. Ini membawa kepada penangkapan pertamanya; Dia disabitkan kesalahan dan dihukum penjara selama 7 tahun. Beliau dibebaskan sebelum menjalani hukumannya dan berazam untuk bersara daripada gengsterisme. Walau bagaimanapun, percubaannya untuk menjadi bersih dan menjual sayur-sayuran tidak memuaskan dari segi kewangan; dan beliau kembali kepada jenayah.

Dr Mahadevan, bekas pengarah Hospital Mental Tanjung Rambutan di Perak, merawat Botak Chin selama 19 hari untuk menentukan sama ada beliau cukup waras untuk dibicarakan. Dia mendapati Botak Chin sangat pintar - tetapi "genius yang salah". Botak Chin terus aktif ke jenayah serius, bermula dengan dia menggunakan senjata api dari awal, itulah yang menghantarnya ke penjara kali pertama semasa masih remaja. 
Malaysia pasca Darurat adalah masa ujian untuk hubungan kaum dan introspeksi masyarakat Cina terhadap prospek jangka panjang mereka di negara ini. Idea untuk menggunakan senjata api yang berleluasa dalam etnik Cina mengelak polis pada setiap masa mereka  melakukan keganasan senjata api Ia mungkin menjelaskan mengapa maklumat mengenai pemerintahan, penangkapan dan pelaksanaan Botak Chin adalah terhad. Ia memaksa orang ramai untuk memupuk tanggapan mereka sendiri terhadap lelaki itu, kononnya lelaki itu baik hati, menolong orang lain seperti Robin Hood. Kedua-dua lelaki itu mengejar kejayaan jenayah sambil mempunyai empati yang mendalam terhadap kelas sosial mereka, tetapi jenayah mereka tetap  jenayah. Botak Chin ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah dalam tahun 1976. Dia dijatuhi hukuman gantung. Dalam tahun 1977, Botak Chin memohon pengampunan YDPA tetapi gagal. Tenaga muda yang sesat ini berakhir di tali gantung.

Ketidakstabilan mental banduan, yang mempamerkan kebencian diri dan patriotisme, mencadangkan detasmennya dari realiti dan pertempuran dengan syaitan dalaman. Pada satu ketika, dia menggagalkan rancangan gengnya sendiri untuk melarikan diri dari penjara. Dia kelihatan tersingkir dan tidak pernah tersenyum, mendedahkan jiwa yang bermasalah sepanjang masa ketika di Penjara Pudu selama lima tahun sehingga kematiannya. 





Botak Chin yang dijatuhi hukuman mati pada tahun 1976 memohon pengampunan YDPA dalam tahun 1977 namun gagal.
Botak Chin mencederakan  3 warder dengan menikam mereka sebelum diberkas


1977- Dato' Harun bin Idris
Penjara ini pernah menempatkan tokoh politik terkenal yang terlibat dengan kes berprofil tinggi ketika itu. Pada 1 Mac 1977, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris dijatuhkan hukuman penjara selama 8 tahun oleh mahkamah dipersalahkan atas tuduhan rasuah berkaitan dengan Bank Rakyat. Namun selepas menjalani setengah daripada hukumannya di penjara ini beliau akhirnya dibebaskan pada tahun 1981.

Dato' Seri Haji Harun bin Haji Idris (22 Disember 1925 – 19 Oktober 2003) ialah Menteri Besar Selangor yang kelapan yang merupakan ahli politik dan pejuang Melayu yang terkenal terutamanya di negeri Selangor. Di samping itu, beliau adalah tokoh sukan yang penting dalam arena bola sepak bagi negeri Selangor dan juga Malaysia.

Pada 1 Mac 1977, Harun dipenjarakan di Penjara Pudu selama tiga setengah tahun, iaitu selepas menjalani setengah daripada hukumannya yang sepatutnya tamat pada tahun 1984. Beliau dibebaskan pada tahun 1981 selepas Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-4.

Harun Idris dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun setelah didapati bersalah menerima rasuah sebanyak RM250,000 dari Hong Kong and Shanghai Banking Corporation. Beliau dijatuhkan hukuman penjara sebanyak 6 bulan lagi setelah didapati bersalah menyalahgunakan wang Bank Kerjasama Rakyat sebanyak RM8 juta. Harun ketika itu ialah Pengerusi Bank Rakyat. Kertas putih mengenai masalah Bank Rakyat dikeluarkan pada 1979. Harun dipersalahkan kerana tuduhan rasuah berkaitan dengan Bank Rakyat. Pada tahun 1975, perlawanan tinju antarabangsa diadakan di Kuala Lumpur antara Muhammad Ali dari Amerika Syarikat dengan Joe Bugner dari Britain. Pertandingan ini tidak mendatangkan keuntungan, sebaliknya menyebabkan beliau dibicarakan dan dihukum penjara selama 8 tahun.

Harun dipenjarakan kerana Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, seorang yang tegas dan memegang prinsip undang-undang.[perlu rujukan] Ketika itu pengerusi Biro Siasatan Negara (BSN) / BPR / SPRM ialah Tan Sri Harun Hashim - juga seorang yang tegas. Penyokong Harun meminta jasa baik Tunku Abdul Rahman agar Harun dibebaskan. Tunku menasihati Harun menerima hukuman itu dan kemudian membuat rayuan. Rayuan dikemukakan kepada Tun Hussein selaku Perdana Menteri, tetapi rayuannya ditolak.

Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Haron Haji Idris dimasukkan ke unit jagaan sakit jantung di Hospital Besar Kuala Lumpur. Dia telah dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit dada. Kerajaan Malaysia mahu bekas Menteri Besar Selangor Datuk Harun Haji Idris yang kini dipenjara, diampunkan. Langkah ini disahkan oleh Datuk Seri Dr Mahathir Mohammad, yang berkemungkinan besar menjadi Perdana Menteri Malaysia. Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Harun Haji Idris, 56 tahun, dijangka dibebaskan dari penjara pudu "dalam masa dua minggu. 

Pada 28 Julai 1981, Yang di-Pertuan Agong Sultan Haji Ahmad Shah mengadakan Persidangan Lembaga Pengampunan. Laporan dari penjara dan jasa-jasa Harun dipertimbangkan. Pada 1 Ogos 1981, Harun dibebaskan oleh Lembaga Pengampunan. Maka pada 31 Ogos 1981, Sultan Ahmad Shah memberi pengampunan kepada Harun sempena Jubli Perak Merdeka. 

Harun dipilih sebagai Naib Presiden UMNO, kedudukan ke-3 dalam hierarki UMNO pada tahun 1981.Beliau meninggal dunia ketika berusia 78 tahun di sebuah lagi banglo miliknya di Taman Duta. Jenazahnya telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Dato Harun Idris

Kawalan polis untuk menangkap Dato Harun Idris ke penjara
Karisma Dato Harun Idris terserlah ketika memenangi 
Jawatan Majlis Tertinggi Umno dalam tahun 1978

"Kalau kita tak boleh jumpa/Marilah kita maafkan antara satu sama lain dari jauh/ Tahun ini pintu ditutup/ Tidak akan ada rumah terbuka."

Otai Masih Berbisa....
Kisah Pemenjaraan Dato Harun Idris diabadikan dalam bukunya sendiri
 
1979- Karthigesu Sivapakiam

Jean Perera Sinnappa (1948—6 April 1979) merupakan ratu cantik Malaysia berusia 31 tahun telah dibunuh pada hari Jumaat 6 April 1979. Pada tahun 1971 beliau pernah menjadi Ratu cantik Negeri Sembilan, Ratu cantik Selangor dan Ratu cantik Malaysia. Ahli pathologi Dr R. Krishnan, dan Dr Balakrishnan telah melakukan pemeriksaan terhadap kes pembunuhan ini. Pada 9 Mei 1979, abang ipar atau kekasihnya Karthigesu Sivapakiam, seorang pensyarah (37 tahun),  dituduh membunuh Jean Perera di Batu 11, Lebuh raya Persekutuan antara 11.20 malam hingga 11.50 malam pada 6 April 1979. Perbicaraan dijalankan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di Jala Raja, berhadapan Dataran Merdeka.Sekeping gambar menunjukkan Karthigesu di sebelah kereta tersebut dan dijadikan bahan bukti di mahkamah. Blouse kuning yang Jean pakai, penuh dengan darah turut dijadikan bahan bukti. Doktor yang memeriksa mendapati Karthigesu tidak trauma dan tiada pula kecederaan di kepala sebagaimana didakwa. Tiada senjata ditemui dan tiada saksi kejadian pembunuhan.

Saksi sampingan termasuklah wartawan Lee Ah Chai yang pernah bercakap dengan Karthigesu semasa pengkebumian Jean Perera. Wartawan Lakshmi Natarajan pula meliputi kes ini dari hari pertama. Karthigesu pada mulanya dituduh membunuh tetapi kemudian dibebaskan .Pembunuh sebenar tidak diketahui atau masih bebas. Seramai tujuh juri lelaki dipilih untuk mendengar kes ini. Malangnya semua tujuh lelaki ini tidak sepatutnya menjadi juri dalam kes wanita menjadi mangsa.

Perbicaraan selama 38 hari melibatkan 58 saksi. Tujuh juri lelaki mengambil masa 4 jam untuk membuat keputusan 5:2. Keputusannya Karthigesu didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati. Setelah lebih dua tahun Karthigesu di penjara Pudu,  muncul Jayatilake mendakwa dia menipu semasa perbicaraan. Mahkamah serta merta menerima pengakuan bohong itu dan membebaskan Karthigesu. Selepas dua tahun satu bulan empat hari berada di penjara, Karthigesu dibebaskan pada 20 Mei 1981. Jayatilake didapati bersalah dan dihukum penjara selama 10 tahun. Anehnya dia mati di dalam penjara, dua tahun kemudian. Karthigesu kini hidup bahagia di Klang dan telah berkahwin.

Kes pembunuhan sensasi ratu cantik oleh abang iparnya sendiri dalam tahun 1979

Karthigesu diiringi pihak polis ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

Kartigesu tersenyum diiringi kaum keluarganya setelah dibebaskan daripada tuduhan membunuh.

Kes Karthigesu menarik perhatian orang ramai untuk  terus mengikuti dan mendengar perjalanan kes


Banduan-banduan lain

1970

1972

1973

1974


1975


1976


1977



JENIS-JENIS HUKUMAN

Amaran Keras
Kata-kata lisan atau bertulis sebagai amaran untuk tidak lagi mengulangi kesalahan.

Pengurangan Mata Ganjaran
Mata ganjaran ini menjadi imbuhan kepada banduan di atas perlakuan tertentu dan boleh ditukarkan kepada anugerah dan hadiah tertentu jika mencukupi jumlah tertentu.

Pengurangan gred 
berkaitan dengan gaji, denda, pemindahan kerja atau pemecatan

Pengasingan Sel
Banduan dewasa atau juvana diasingkan dan dihalang berhubung atau hubungan bermakna yang minimum dengan individu lain. Mereka yang bersendirian  ini sering mengalami kekurangan deria dan ditawarkan sedikit atau tiada program pendidikan, vokasional, atau pemulihan.

Catuan Diet, Jenis Diet, Masa Makan,
Makanan yang tidak enak sebagai hukuman bukanlah sesuatu yang baru: Banduan diberi roti dan air sehingga mereka mendapat tingkah laku yang baik hak untuk makan daging Dikenali sebagai 'Roti dan Air', ia diberi makan hari demi hari kepada banduan yang membuang makanan atau, dalam beberapa kes, menjadi ganas. Walaupun ia memenuhi garis panduan pemakanan, aktivis hak sivil menggesa agar tidak menggunakan makanan berbentuk bata.

Hukuman Koperal
Hukuman koperal melibatkan penderitaan kesakitan fizikal ke atas tubuh seseorang sebagai hukuman untuk jenayah atau pelanggaran. Hukuman koperal termasuk dirotan, dicemeti,, pukulan, pencacatan,  dan penggunaan tindakan tidak berperikemanusiaan  di mana mangsa boleh dihina, ditendang, dimaki, diludah,dan yang lain.








Jumaat, 9 Januari 2015

Nostalgia Padang Awam TPG

Salam buat semua. Apa khabar teman-teman blogku, juga kengkawan dan saudara maraku di TPG. Semoga kalian dirahmati Allah Taala. Amin. Minggu lepas aku balik ke Taman Dato' Hormat, ziarah kakak aku. Dah sebulan lebih aku tak balik. rindu aku kat dia, bapa dan emak-emak sedara mara aku di Batu 11. Dari Seremban, aku ikut PLUS dan kemudian exit kat Saujana Putra sebelum sambung perjalanan aku di SKVE dan keluar kat interchange TPG. Bila terpandang jer signboard TELOK PANGLIMA GARANG, aku terharu. Gembira bercampur sedih. Apa tidaknya, aku kini kembali berada di tempat aku dilahirkan, kemudian dibesarkan, sebelum aku menghabiskan 35 tahun daripada usiaku merantau ke Melaka, Amerika Syarikat, Sarawak dan kini di Seremban.

Setiap tempat di Telok, mengingatkan aku kenangan lama suka dan duka bersama kawan-kawan sebaya aku membesar bersama. Ketika aku melintas pekan Telok, sebelum membelok ke Taman Dato' Hormat, pandanganku tertumpu ke arah padang awam Telok yang bersebelahan sekolah Cina itu. Di situlah, di padang itulah satu-satunya pusat rekreasi dan sukan orang kampungku. Di situ jugalah aku, Seman, Faizal, Badrul, Ajis, Hanapiah anak Pakcik Leman dan budak-budak Telok serta Simpang Batu 11 bermain bola sepak, boleh dikatakan hampir setiap petang dan cuti sekolah. 

Padang Awam Telok

Tapi yang paling ditunggu-tunggu oleh penduduk Telok ialah perlawanan persahabatan antara kelab bola sepak di mukim TPG, biasanya pada hari Sabtu atau Ahad. Tidak ada pengumuman atau banner tentang  game hari itu, tapi semua orang Telok macam dah tahu ada friendly match bila jaring gol dan bendera tepi line dipasang. Tahu-tahu lepas Asar dah penuh dah orang menunggu kat tepi padang itu. Ada yang menenggek atas motor tepi jalan, ada yang duduk tepi parit, siap dengan air minuman, bungkus ikat tepi lagi. Makin lama makin ramai orang berkumpul. Berapa ramai penonton bergantung kepada populariti team-team yang main. Tak payah tunggu lama, datang dah apek jual aiskrim naik motor menebeng tepi padang sambil bunyikan loceng.

Warung Pak Atip di tepi pasar ikan lama dan Gerai Poklong Lias serta Mak Yah (Sebelum itu arwah Brother Mus berniaga) di bawah pokok tepi jalan depan rumah Ontu (Orang Tua) Rahim dan Ontu Mansor itu penuh dengan pelanggan yang order makan mee goreng dan pekena teh sebelum dan selepas perlawanan bola itu. Apabila masuk jer team feveret diorang, ramai yang bertepuk sorak, terutama team Kg. Simpang Batu 11, yang dikenali dengan nama Simpang United dan juga team Telok, Telok FC. Ramai anak-anak Telok yang hebat dalam kedua-dua team. Faizal Timah Lawa, abang Atan Cikgu Zainuddin, abang Atan anak Mat Burung, Abang Tapa anak Makcik Seri merupakan pemain-pemain pilihan orang kat Telok. Ada yang terpilih sehingga mewakili Kuala Langat dan PKNS dalam Liga Selangor.


Kat padang itu jugalah orang Telok berkumpul untuk menonton wayang pacak. Wayang pacak ini merupakan program Jabatan Penerangan untuk hiburkan orang kampung disamping menyebarkan mesej-mesej kerajaan masa itu. Sejak awal petang sebelum malam tayangan itu, land rover dan van Jabatan Penerangan heboh mengajak orang-orang kampung supaya keluar dan turun ke pekan Telok. Aku tak ingat berapa kerap diorang adakan tayangan kat padang itu. Mungkin sebulan sekali atau dua tiga bulan sekali kot. Memang aku tak ingat. Yang aku ingat, petang-petang sebelum Maghrib dah ramai orang datang , siap bawa tikar mengkuang untuk duduk anak beranak. Solat Maghrib hilang entah ke mana dan di mana aku pun tak tahu. Tapi tayangannya lepas Isyak karang. 

Ada filem Melayu dan ada filem Inggeris. Aku dengar diorang kata sekali-sekala ada filem hindustan. Entahlah, tapi yang pasti masa tengah syok-syok tengok diorang potong stim, berhenti untuk kempen dan mesej kerajaan. Aku tak ambil port (endah) pasal mesej itu. Yang aku ingat aku dan ramai orang kat padang itu ambil kesempatan time itu beli kacang rebus, kacang goreng dan apa jua makanan dan minuman yang dijual penjaja malam itu. Itu jer lah hiburan orang Telok selain tengok wayang Cina kat Tokong Simpang tu. Yang muda mungkin panjang langkah diorang ke Klang untuk berhibur tengok wayang dan ke Kelab Malam El Dino atas Great Wall itu. Keesokan harinya, penat pekerja town board kutip kertas surat khabar pelapik punggung dan plastik bekas minuman. Aku rasa kalau penuh sebakul sampah sarap, sebakul juga sumpah seranah orang yang buat sampah itu dapat. Lantak korang ler.

Di sini jugalah temasya sukan belia dan pelajar sekolah diadakan. Dahulu, temasya sukan sekolah merupakan temasya sosial untuk masyarakat setempat. Habis keluar semua orang Telok, keluar untuk meramaikan majlis sukan tersebut. Majlis itu juga dihadiri oleh orang-orang kenamaan, wakil rakyat, menteri, pegawai daerah, penghulu dan ketua kampung. Yang pasti,  Allahyarham Tuan Haji Talib b. Bulat , ketua kampung aku yang dah berkhidmat selama 25 tahun (1968-1994) gerenti ada. Aku seronok dengan sikapnya yang peramah, mesra dengan budak-budak sebaya aku. Pasal itu Tok Talib a.k.a Tok Onn (panggilan hormat orang kampung aku kepada beliau kerana kepetahannya berucap tanpa teks, macam Dato' Onn Jaafar) merupakan orang paling popular dan berpengaruh di Telok. 

Biasanya kejohanan sukan ini diadakan pada hari Sabtu sebelah petang, mulai 2 petang. Selain daripada bebudak sekolah bersaing dalam acara sukan, ada juga diselitkan acara sukan untuk ibu bapa, guru, dan orang kampung. Memang meriah sungguh. Makin petang makin ramai penonton. Tak ada yang balik sehingga tiba acara kemuncak temasya sukan itu, iaitu majlis penyampaian hadiah untuk pemenang. Biasanya pemenang dapat piala perak, medal dan juga hadiah sampingan. Isyy...tidak ler sampai beri TV atau motosikal! Biasanya dapat ler hamper makanan dan bekas-bekas plastik. Itupun budak-budak dan orang kampung seronok sangat. Kalau korang tengok masa itu, macam kat pesta Jom Heboh, gerai segera makanan dan minuman sibuk melayan pelanggan. Tapi tak ada ler gerai tudung bagai! Adik aku pun ambil kesempatan jual aiskrim kat situ, habis...maklumlah cuaca panas mengerlip. Pendek kata, semua orang happy.

Di padang inilah juga pernah berlangsung acara lumba jalan kaki dari Telok ke Klang. Ramai juga peserta yang mengambil bahagian. Rata-rata peserta dari kaum India. Dekat satu sudut padang ini juga didirikan taman rekreasi untuk anak-anak kecil bermain. Di situ ada papan gelongsor dan jongkang jongkit. Tapi sayang, tak ada  pokok rendang untuk ibu bapa berteduh. Lama kelamaan, padang mainan bebudak ini terbiar reput dan berkarat begitu sahaja.

Itu masa dulu, tahun-tahun 1960-an sehingga pertengahan 1980-an. Masa itu penduduk Telok tak seramai sekarang. Taman perumahan yang ada masa itu hanyalah Taman Telok yang dibina PKNS. Memanglah keperluan rakyat dan orang kampung itu yang rata-rata golongan pekerja bawahan dan pekebun tak banyak. Mereka terima jer apa sahaja pembangunan kat Telok. Tapi kini ,dalam tahun 2015,  Penduduk Kampung Telok Panglima Garang sahaja sudah seramai 14,408 orang iaitu 7,924 lelaki dan 6,484 perempuan, di kampung dan di 9 buah taman perumahan yang terdiri daripada:

1.Taman Panglima
2.Taman Dato’ Hormat
3.Taman Telok
4.Taman Jaya Utama
5.Taman Halijahton
6.Taman Indah Jaya
7.Taman Perkasa
8.Taman Pertiwi
9.Taman Aman

Lokasi kemudahan sukan dan rekreasi di TPG

Belum campur lagi jumlah keseluruhan penduduk mukim TPG yang sudah lebih daripada 63,726 orang (statistik tahun 2010). Daripada bilangan itu, hampir 50,000 orang merupakan penduduk di bawah usia 40 tahun. Sudah pasti golongan ini aktif dan masih aktif bersukan dan berekreasi. Banyak rungutan dan sungutan golongan ini yang mendesak dibina kawasan riadah di TPG untuk orang awam seperti taman permainan, kawasan jogging dan sebagainya. Kemudahan sukan rekreasi yang sedia ada seperti Gelanggang Futsal Taman Dato’ Hormat dan Gelanggang Bola Sepak Pekan Telok Panglima Garang, masih tidak memenuhi tuntutan mereka. Sudah tiba masanya kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Kuala Langat mendengar dan merealisasikan impian dan hajat majoriti penduduk TPG ini, sekurang-kurangnya satu taman rekreasi seperti yang ada di pekan Banting itu dalam perancangan pembangunan induk mereka. Aku cuma menyampaikan jer. Semoga TPG terus membangun dan sentiasa dalam rahmat Allah Subhana wa taala. Amin.

Rujukan:
 http://paritmahang.pi1m.com.my/index.php/maklumat-setempat/maklumat-am












 

Dari Sisi Gelap Klang Bandar Diraja ......Bahana Pelacuran

Salam buat semua, peminat  serta pembaca  blog Atok ini. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Kita masih dalam mode Raya, meraikan sauda...