Memaparkan catatan dengan label ferry. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ferry. Papar semua catatan

Rabu, 22 Jun 2022

Sejarah Perkhidmatan Feri di Kg. Sungai Buaya

Assalamualaikum semua. Syukur Alhamdulillah kita panjatkan ke hadrat Allah Subhanawataala atas limpahan kurniaNya, PengasihNya, KeampunanNya ke atas kita umat Islam seluruhnya. Apa khabar Wak-wak di Banting dan Kuala Langat terutamanya di Kg. Sungai Buaya? Masih waras dan keras ya wak? Kih,kih,kih. Oklah kali ini Atok nak sambung lagi cerita kita pasal feri. Bukan di Bandar sahaja ada feri. Kita beruntung kerana kita pernah mempunyai empat perkhidmatan pengangkutan air di sekitar Jugra. Pertama, jeti di Batu Ampar, kemudiannya Jeti di Kg. Bandar. Seterusnya jeti Sg. Buaya dan yang keempat, jeti Pulau Carey. Kesemuanya berjalan bukan serentak tetapi pada garis masa yang berlainan. Ya, Wak. Benar Wak. Memang Atok ada sebutkan feri Sungai Buaya kat kampung Wak itu. Yang bener ini! Ya, wak, benerin semuanya! Tapi, yang dulu, bukan yang sekarang. Ooops, Atok ini ngomong Jowo ke cakap Indonesia? Apa-apain sajalah, asal korang fahamin maksud Atok yang tulus mulus itu. HAHAHA.

Begini ceritanya......

Pada tahun 1914. pentadbiran British di Kuala Langat telah secara rasminya menutup operasi perkhidmatan feri di Bandar. Keputusan ini diambil kerana satu jambatan besi telah dibina di Telok Datok ke Banting. Meskipun begitu, pengkalan perahu di Bandar itu tetap digunakan oleh penduduk-penduduk dengan menggunakan perahu masing-masing. Pengkalan feri yang baru di Sungai Buaya ini diwujudkan bagi meneruskan perkhidmatan pengangkutan air ini kepada penduduk dan pekerja-pekerja estet dan kakitangan kerajaan di sekitar Jugra. Pengkalan kedua-dua tebing sungai adalah di sekitar Sungai Buaya di tebing sebelah Jugra dan Jenjarom di sebelah Telok Panglima Garang.. 

Lokasi asal jeti Feri Sg. Buaya ialah tapak jambatan terbaharu  merentangi Sg. Langat

Bot feri yang sebelumnya digunakan di Bandar, dibaiki dan terus digunakan di jeti Sungai Buaya. Perjalanan biasanya mengambil masa 15 minit. Walaupun lokasi feri beroperasi telah dipindahkan, perkhidmatan feri itu masih terus digunakan untuk urusan rasmi pihak istana, Sultan, pegawai kerajaan Inggeris dan pengurus estet di kedua-dua belah Jugra dan Telok Datok di samping orang awam. Selain orang awam dan para pekerja estet yang berjalan kaki, penjawat awam yang berbasikal, kenderaan peribadi dan kerajaan seperti kereta, kereta kuda dan kereta lembu bermuatan getah,dan barangan dagangan lain juga menggunakan perkhidmatan feri yang beroperasi setiap hari dari pukul 6.00 pagi hingga jam 6.00 petang. Tiada perkhidmatan feri pada sebelah malam. Namun, jika terpaksa, atas sebab-sebab kecemasan, penyeberang boleh mendapatkan khidmat pendayung persendirian yang sanggup membawa mereka dengan kadar upah yang pasti lebih tinggi.

Dalam tahun 1914, pontoon besi digunakan untuk pengangkutan feri di situ. Semuanya berjalan seperti biasa sehinggalah pada suatu hari yang malang, 22 September 1922, tragedi feri karam berulang kembali. Kali ini melibatkan Raja Muda Selangor yang sedang dalam perjalanan ke Bandar. Walaupun begitu, perkhidmatan feri ini diteruskan juga. Kerajaan bersetuju membayar pampasan serta ganti rugi kepada keluarga mangsa.  Dalam tahun 1924, bot-bot feri ini diselenggara kembali dengan kos $1000. Pada 29 November tahun 1927, perkhidmatan feri Sungai Buaya ini secara rasminya dihentikan. Kerajaan menyerahkan kepada pihak pengurusan Telok Datoh Estate untuk meneruskan perkhidmatan atas daya usaha mereka sendiri. 

Berita kemalangan feri karam melibatkan Raja Muda disiarkan dalam akhbar di Singapura.

Penutupan Rasmi Perkhidmatan Feri Sg. Buaya pada 29/11/1927


Perbandingan Jarak Jalan raya sekitar Kuala Langat  dalam tahun 1932 dengan jelas menunjukkan kedudukan Feri Sg. Buaya yang tidak lagi beroperasi


Bukti  tapak atau pengkalan feri masih lagi digunakan dalam tahun 1941

Sila Klik pada pautan untuk butiran terperinci:

Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
24 DEC 1924
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0233867W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS

Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
29 NOV 1927
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0251357W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
20 OCT 1922
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0222939W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
29 MAR 1924
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0230469W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
23 SEP 1922
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0222399W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
12 DEC 1922
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0223604W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS

Sejarah Perkhidmatan Feri di Kg. Bandar

Salam buat Semua. Atok panjangkan doa agar Allah tetapkan iman kita,ditambahkan kemuliaan dan ketakwaan buat kita sekalian umat Islam. Semoga setiap kebaikan yang kita lakukan diterima Allah sebagai ibadat. Begitu juga, agar semua kesalahan dan dosa kita diampunkan Allah SWT. Aaamiiin.

Entri Atok kali ini masih mengenai pengangkutan air di Jugra. Semalam kita bercerita pasal jeti di Batu Ampar. Kali ini Atok nak ajak korang bersembang pasal jeti di Bandar. Hahaha, mesti korang terkejut,kan. Pelik juga ada Ferry services di Kg. Bandar! Nak percaya ke tidak cerita Atok ini. Entah-entah Atok sembang kari jer kot. Ya betuul.Ini betul-betul, bukan cobaan! Kalau korang tak percaya, baca entri Atok ini sampai habis. Lepas itu korang klik pautan-pautan yang ada. Check sendiri. Dah kompom puas hati korang share blog Atok ini dengan kawan-kawan korang di kampung dan di sosial media. Kita hebohkan kebanggaan kita, bahawa Jugra dahulu bukan kaleng-kaleng hebat, macam sekarang juga!

Begini alkisahnya.....

Ketika itu Selangor sedang mengalami perkembangan ekonomi yang pesat dan memberangsangkan. Pembukaan kawasan-kawasan baru untuk petempatan, pertanian dan perladangan, di samping lombong-lombong bijih timah mendesak keperluan membina jaringan jalan pengangkutan darat yang lebih meluas. Penggantungan sepenuhnya kepada sistem pengangkutan jalan air semula jadi seperti sungai dan laut tidak lagi relevan. Sistem pengangkutan darat seperti jalan kereta api dan jalan raya dilihat dapat mengangkut manusia dan barangan dalam kapasiti yang lebih banyak dan selamat berbanding jalan air. Namun rintangan-rintangan fizikal seperti sungai mesti diatasi terlebih dahulu. Pembinaan jambatan merupakan solusi yang tepat. Namun pembinaannya memerlukan biaya yang besar apatah lagi jika sungai di situ lebar, dalam serta arusnya deras. Jadi penyelesaian jangka pendeknya ialah mewujudkan perkhidmatan feri. 

Penggunaan feri atau bot penambang bukanlah sesuatu yang baharu. Sememangnya manusia sejak dahulu lagi menggunakan sampan, tongkang, jong dan sebagainya untuk menyeberangi sungai dan samudera. Cuma kekerapan perkhidmatan dan kapasiti muatannya sahaja yang perlu ditingkatkan bergantung kepada keperluan semasa. Kemajuan teknologi dalam pembinaan bot-bot dan tongkang berenjin wap dan sebagainya menyumbang kepada peningkatan pengangkutan feri. 

Idea pengenalan untuk menggunakan perkhidmatan feri mula ditimbulkan oleh pihak Public Works Department (J.K.R) pada tahun 1892 untuk mengatasi masalah perhubungan dan pengangkutan manusia  dan barangan di Selangor. Maka kerajaan Selangor mula merancang, membina, dan melaksanakan perkhidmatan feri di Klang dan Jugra terlebih dahulu sebelum dikembangkan ke seluruh negeri.  Dianggarkan  kos keseluruhan pembinaan sesebuah bot feri yang boleh menempatan dua buah pedati kuda atau lembu pada satu-satu masa adalah sebanyak $220.29 pada tahun 1892. Jumlah Ini tidak termasuk kerja-kerja infrastuktur yang lain seperti pembinaan ruang mendarat, pemasangan kabel besi dan motor penggerak di kedua-dua tebing sungai tersebut. Pengambilan pekerja serta pembinaan kuarters untuk mereka perlu difikirkan. Walaupun begitu, perkhidmatan feri ini mesti tetap dilaksanakan demi kemajuan dan pembangunan ekonomi negeri.

1/5 Anggaran Pembuatan Bot Feri oleh State Engineer Office dalam tahun 1892

2/5 Anggaran Pembuatan Bot Feri oleh State Office dalam tahun 1892

3/5 Anggaran Pembuatan Bot Feri oleh State Office dalam tahun 1892


4/5 Anggaran Pembuatan Bot Feri oleh State Office dalam tahun 1892

5/5 Anggaran Pembuatan Bot Feri oleh State Office dalam tahun 1892

Tidak seperti perahu atau sampan penambang tradisional, bot feri perlu dipandu atau dikawal oleh kabel besi digunakan untuk memastikan feri tidak tersasar dari jeti pendaratan. Hal ini disebabkan pasang surut sungai serta kelajuan arus yang berbeza-beza ditambah dengan beban muatan yang berat. Justeru penjajaran feri mudah dilakukan sebelum dan ketika menyeberang sungai agar selari dengan arah pergerakan kereta kuda atau lembu. Pergerakan bot feri ini dikawal oleh kabel besi merentangi sungai Langat, yang dipasang pada tiang di kedua-dua tebing dekat pengkalan itu. Satu lagi kabel disambungkan ke bot ini yang kemudiannya meluncur secara menggunakan tenaga fizikal pendayung. 

Di peringkat awal, kerajaan telah mengeluarkan tender bagi melantik syarikat swasta atau persendirian mengusahakan perkhidmatan feri di Kg. Bandar. Kerajaan telah menetapkan kadar tambang bagi pengangkutan manusia serta barangan. Pada bulan November 1897, tawaran tender untuk penyewaan bot feri kerajaan bagi mengangkut penumpang, kuda, lembu, kenderaan lain untuk Kg.Bandar dan Klang dikeluarkan. Juga dinyatakan di dalam tender itu kadar tambang bagi setiap penumpang dan barangan atau haiwan yang dibawa bersama. 

1/2 Surat Tawaran Tender bagi Penyewaan Bot Feri di Klang dan Bandar dikeluarkan pada 30 Ogos 1897

2/2 Surat Tawaran Tender bagi Penyewaan Bot Feri di Klang dan Bandar dikeluarkan pada 30 Ogos 1897
Rekabentuk bot feri yang serupa untuk Feri Bandar dan Klang dalam tahun 1900.

Gambar Hiasan: Pergerakan feri membawa kereta kuda/kereta lembu (bukan di Bandar)

Gambar Hiasan: Pergerakan feri membawa kereta kuda/kereta lembu (bukan di Bandar)



Gambar Hiasan: Pergerakan feri menggunakan kabel dan pendayung (bukan di Bandar)


Gambar Hiasan: Pergerakan feri menggunakan kabel jenis Hauser (bukan di Bandar)


Walaupun perkhidmatan bot feri di Klang dihentikan pada tahun 1901 kerana dikatakan mengganggu aliran trafik tongkang yang turun naik di sepanjang sungai Klang, namun perkhidmatan feri di Kg. Bandar tetap diteruskan memandangkan ianya telah menjadi keperluan bagi penduduk-penduduk di daerah Kuala Langat ini.

Dalam tahun 1902, tambang untuk kereta lembu dinaikkan kepada $1 manakala untuk pegawai-pegawai serta kenderaan kerajaan adalah percuma .Masa operasi adalah dari 6 pagi sehingga 6 petang. Banyak rungutan tentang perkhidmatan feri di Bandar ini. Antaranya tentang pengguna bot feri yang terpaksa menunggu lama menanti tahap pasang surut air yang sesuai untuk feri beroperasi. Jika air surut ke paras paling bawah, operasi sukar dilakukan terutama untuk pergerakan kereta-kereta lembu dari/ke feri. Juga kelajuan dan arah arus sungai yang berbeza-beza,  menyukarkan pergerakan feri. Tambahan pula platform mendaratnya telah usang dan licin serta membahayakan para pengguna feri. Penyelesaian bagi permasalahan ini ialah penggunaan feri yang digerakkan oleh mesin Hauser. Penggunaan kabel jenis ini lebih mudah mengawal dan mengemudi feri digunakan. Kabel bawah air ini akan memastikan feri ini tetap pada hala tujunya walaupun arus sungai kuat ketika itu. Tender baharu dikeluarkan untuk menaik-taraf pengkalan feri yang sedia ada.

Penggunaan Kabel jenis Hauser

1/2 Anggaran Pembinaan Slipways atau Landasan Pendaratan oleh State Engineer Office dalam tahun 1904

2/2 Anggaran Pembinaan Slipways atau Landasan Pendaratan oleh State Engineer Office dalam tahun 1904

Pada tahun 1905, kerja-kerja pembinaan slipways atau anak tangga yang baru di pengkalan feri tersebut dilakukan. Kos keseluruhan projek ini menelan belanja yang agak besar sekitar $3322.73. Sepatutnya projek ini siap dalam tahun 1905, namun pontoon baharunya masih belum tiba, menyebabkan banyak urusan penghantaran barangan menggunakan kereta lembu terganggu. Dalam tahun 1907, tender untuk pembinaan kuarters pekerja feri dibina berhampiran terminal feri Bandar ini. Dalam tahun 1917, sekali lagi kerja-kerja penyelenggaraan slipway atau tangga pendaratan feri ini dibuat. 

Walaupun penyeberangan sungai sesuatu yang berisiko tinggi, yang boleh mengancam keselamatan nyawa pengguna atau harta benda dan barangan mereka, alhamdulillah semua berjalan lancar  sepanjang sepuluh tahun pertama perkhidmatan feri Bandar ini, mungkin kerana prosedur keselamatan yang ketat yang diamalkan, namun ketentuan Allah telah berlaku pada tanggal 14 Jun 1917. Pada tarikh malang itu, sekumpulan pekerja Tamil seramai 36 orang yang baharu tiba dari Pusat Kuarantin di Pelabuhan Swettenham (Pelabuhan Klang) telah berada di tebing sebelah Segenting. Mereka dalam perjalanan ke tempat baharu mereka di Estet Permatang. Malangnya, hanya ada sebuah sahaja feri yang dapat memuatkan maksimum 6 orang penumpang sahaja. Ketika itu 27 orang, 10 lelaki dewasa, 10 perempuan dewasa,6 orang kanak-kanak serta seorang kru berbangsa Melayu telah menaiki bot tersebut. Perjalanan mereka selamat sehinggalah kira-kira 22 meter dari pengkalan di sebelah Bandar apabila feri tersebut mula karam. 14 orang termasuk pemandu feri itu mati lemas dalam kejadian malang tersebut. 

Pada tahun 1914, pentadbiran British di Kuala Langat telah secara rasminya menutup operasi perkhidmatan feri di Bandar. Keputusan ini diambil kerana satu jambatan besi telah dibina di Telok Datok ke Banting. Meskipun begitu, pengkalan perahu di Bandar itu tetap digunakan oleh penduduk-penduduk kampung dengan menggunakan perahu masing-masing. Pengkalan feri yang baru di Sungai Buaya ini diwujudkan bagi meneruskan perkhidmatan pengangkutan air kepada penduduk dan pekerja-pekerja estet dan kakitangan kerajaan disekitar Jugra.

Berita Kemalangan Bot Feri di Bandar dalam tahun 1917

Sila Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat terperinci:
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
5 DEC 1917
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0197503W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
3 DEC 1904
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0119689W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
29 OCT 1897
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0072278W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
17 OCT 1904
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0118970W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
14 JUL 1905
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0123853W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
15 SEP 1910
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0153513W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
23 FEB 1907
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0134013W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
5 MAR 1923
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0225247W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS



Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
6 OCT 1904
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0118730W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
15 JAN 1906
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0127264W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
27 FEB 1951
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
2005/0015313W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
5 AUG 1905
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0124104W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
24 SEP 1917
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0369961W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
4 JAN 1904
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0113463W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
7 JUN 1901
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0099865W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
8 JUL 1909
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0148507W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
15 SEP 1902
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0104502W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
15 OCT 1926
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0451466W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
10 OCT 1892
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0034846W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
5 AUG 1905
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0124104W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS


Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
29 OCT 1897
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0072278W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
10 OCT 1892
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0034846W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
7 SEP 1892
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0034382W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS

Dari Sisi Gelap Klang Bandar Diraja ......Bahana Pelacuran

Salam buat semua, peminat  serta pembaca  blog Atok ini. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Kita masih dalam mode Raya, meraikan sauda...