Memaparkan catatan dengan label pelancongan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pelancongan. Papar semua catatan

Sabtu, 20 Ogos 2022

Jugra Dahulu, Kini, dan Selamanya

Salam buat semua. Atok panjangkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dilapangkan dada, serta diberikan pelbagai nikmat kehidupan yang Atok terima daripadaNya selama ini.  Terlalu banyak yang diberi, namun terlalu banyak pula dosa yang Atok pulangkan. Atok sedar kita semua pendosa; tidak ada yang maksum melainkan semuanya berdosa. Tak kisahlah dosa besar mahupun dosa-dosa kecil, semuanya kita semua main langgar jer laranganNya. TETAPI percayalah, selagi kita tidak SYIRIK kepadaNya, pasti Allah mengampuni kita. Allah itu Maha Penyayang dan Maha Mengasihani. 

Marilah kita bersama-sama memohon keampunanNya, walaupun dosa-dosa kita umpama buih di lautan. Marilah kita bertekad meninggalkan perbuatan dosa yang terus kita lakukan hari demi hari kerana pengakhirannya yang penting, bukan pendahuluan. Kita mohon dan berdoalah agar  di akhir hayat kita dapat kita nanti, kita masih berpegang teguh dengan janji kita setiap kali bersolat untuk terus mengESAkanNya. Kita masih mengharapkan rahmat daripadaNya, walaupun amalan kita tidak seberapa. IKHLASkanlah pengakuan kalimah syahadah hanya semata-mata keranaNya. Amin.

Okaylah, entri Atok kali ini masih mengenai Jugra. Tentang kegemilangannya. Tentangnya ketika jatuh, dan ketika kematiannya. Tentang riuh semasa kewujudan dan sepi selepas kehilangannya. Betul, dah ramai orang menulis tentangnya. Atok seronok sangat pasal banyak penulisan yang boleh dijadikan rujukan tentang Jugra. Bererti, ramai orang di luar sana yang meminati sejarah tempat kita. Atok berbangga dengan mereka, tidak kiralah mereka itu bebudak universiti yang melakukan research secara ilmiah, pengembara yang singgah seketika di sana, atau orang-orang lama seperti Atok yang menulis, sekadar untuk mengisi masa. Yang penting kita sudah highlightkan kejayaan  datuk nenek moyang serta bangsa kita suatu masa dahulu. Cuma Atok memilih untuk mengambil laluan yang jarang dilalui orang. Jalan yang tidak semua orang tahu, denai yang mungkin memeranjatkan sesetengah orang kerana tidak pernah pun mereka maklumi sebelum ini. 

Aiyaaah, Atok! Peninglah nak fahamkan kata-kata Atok ini! Memang Atok tak sukakan highway yang lurus itu. Memang cepat sampai ke destinasi, tetapi tidak mendamaikan kerana kita hanya fokuskan kepada kecepatan masa untuk tiba, tetapi mengabaikan keseronokan menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan ini. Falsafah, Falsafah.๐Ÿ˜Pendek cerita, Atok suka akan jalan yang tidak ramai orang lalu, kerana banyak benda baharu yang orang ramai tidak tahu. HAHAHAHA….Amekkau!๐Ÿ‘€๐Ÿ˜…

Iyolah, Atok hendak bercerita tentang sisi lain pasal Jugra yang orang lain mungkin tak tahu lagi. Atok terjumpa beberapa peta lama di Arkib Negara tentang Jugra. Bila sebut peta lama, sudah pasti  benda-benda di dalamnya mungkin tidak wujud lagi ketika ini. So, SURPRISE! Begini cerita storynya….Once upon a time in Jugra.

Peta Jugra dalam tahun 1891

Jugra kini diwartakan sebagai 'zon warisan dan budaya'. Di sini, terdapat beberapa monumen peninggalan kesultanan dan keluarga diraja Selangor. Semasa pemerintahan Almarhum AlSultan Abdul Samad, Jugra pusat negeri, punca kuasa raja dan Inggeris. Tempat Inggeris berbincang dan merujuk  untuk mendapatkan perkenan baginda Sultan. Jugra pernah seumpama Rumah Putih atau White House bagi negeri Selangor. Selama hampir satu generasi lamanya, Jugra wujud, pernah di puncak sebelum hilang ditelan masa. 

Atok nak bercerita tentang 22 tempat ‘unik’ di Jugra suatu masa dahulu. Ada yang masih teguh berdiri. Ada yang tinggal tunggul-tunggulnya dan ada yang sudah lama hilang dari pandangan mata.  11 daripadanya masih ada dan sebahagiannya dipulihara dan diwartakan sebagai  ‘Warisan’,  manakala 11 yang lainnya telah tiada, telah lama hilang tanpa kuburnya, tidak bernesan. Atok  akan sebut dan huraikan satu persatu, berpandukan peta lama itu dan fakta cerita dan kisahnya yang Atok peroleh bersumberkan Arkib Negara dan cerita lisan orang lama. Korang sentuhlah atau klik pada pautan yang Atok sertakan untuk maklumat lanjut,okay? 

Tapi sebelum korang mula, Atok nak ucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang gambar yang Atok 'sauk'  dan 'sakau' dari internet. Mohon dihalalkan dunia akhirat foto-foto tersebut kerana Atok amat menghargai gambar-gambar tersebut. Jika ada sebarang masalah berhubung hakmilik terpelihara itu, Atok mohon sekali lagi, halalkanlah demi pendidikan serta ilmu, kerana ilmu yang disebarkan (termasuk gambar foto) akan diberikan ganjaran di akhirat. Kalau masih tak puas hati lagi, hubungi Atok dalam ruang komen di bawah, kita cerita kat tepi.

Mercu tanda Jugra

Pewartaan 6 Lokasi Bersejarah di Jugra

1.  1. MAKAM MARHUM SULTAN ABDUL SAMAD

Sebagaimana pusara bagi orang kebanyakan, yang sentiasa dikunjungi oleh kaum kerabat, maka bagi makam sultan ini juga sentiasa dikunjungi terutama oleh kaum kerabat diraja, bahkan oleh rakyat jelata juga. Oleh yang demikian, makam Sultan Abdul Samad ini, yang terletaknya di atas Bukit Jugra itu, sentiasa dijaga dengan rapi dan terus terpelihara. Makam Diraja Jugra merupakan sebahagian dari bukit Jugra yang telah dipilih sebagai kawasan permakaman keluarga Diraja Selangor pada tahun 1886. 

Kawasan ini juga dikenali sebagai Kompleks Makam Diraja dan secara keseluruhannya, kawasan permakaman ini berpagar. Di satu kawasan yang luasnya lebih kurang 5 ekar, terdapat antara lain, sebuah binaan batu yang besar, dan di dalamnya terdapat makam Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Tengku Abdullah yang telah mangkat pada bulan Februari 1898, memerintah dari tahun 1859 hingga 1898. Manakala makam-makam lain yang terletak di bahagian luar kompleks adalah Makam Almarhum Tengku Muda Musa, Makam Almarhum Tunku Alfah Binti Almarhum Sultan Abdul Samad, Makam Almarhum Tunku Jaafar, Makam Tunku Yaakob, Almarhum Tunku Maharum, Almarhum Raja Berkat, Makam Almarhum Tengku Muteh Ibni Sultan Abdul Samad. 

Di luar bangunan itu, terdapat beberapa perkuburan, terutama yang berhampiran dengan bangunan itu adalah pusara kerabat diraja, dan sesetengahnya adalah bangunan lebih kecil seperti pusara Yang Mulia Raja Kahar, Tengku Maharum, dan Raja Muda Musa yang mangkat pada tahun 1884. Pada masa ini, kira-kira 90m daripada makam ini, disediakan sebuah padang tempat letak kereta. Dari situ, untuk sampai ke makam, disediakan tangga batu untuk memudahkan para pelawat melawat ke atas. Bekalan api dan air juga diadakan di sekitar kawasan makam itu.

Makam Diraja Bukit Jugra dalam tahun 1957

Majlis Tahlil dan Doa Selamat di Makam Diraja Bukit Jugra dalam tahun 1999

Makam Diraja (Marhum Abdul Samad)

2.  ISTANA LONG PUTERI/ ISTANA MAIMUN

Kedudukan Istana Long Puteri di atas tanah milik DYMM Sultan Abdul Samad

Istana Long Puteri / Istana Maimun merupakan kediaman Raja Long Puteri iaitu cucunda Sultan Abdul Samad. Istana ini terletak berhampiran dengan Istana Jugra. Daripada aspek senibina bangunan, Istana Long Puteri merupakan sebuah rumah berdindingkan papan, bertiang dan berlantaikan batu. Untuk memasuki istana ini, kita perlu menaiki 14 anak tangga yang dibina daripada bahan batu. Dari segi ruang dalaman istana ini, terbahagi kepada 3 ruang iaitu bahagian ruang tamu, ruang tengah dan dapur, di mana bahagian dapur telah dipisahkan daripada ruang tengah. Istana ini juga mempunyai 3 bilik dan sebuah bilik tamu.

 

ISTANA LONG PUTERI / MAIMUN   DI JUGRA

3ISTANA JUGRA

Istana baru yang dibina oleh  Sultan Abdul Samad di Bukit Jugra di namakan “Istana Sedang Masa”. Jangan tanya Atok kenapa nama itu dipilih? Sungguh... Atok tak tahu. Mungkin ada kisah di sebalik nama itu. Korang tanyalah orang istana sendiri. Istana yang dibina di atas sebidang tanah lapang di pinggir Bukit Jugra  dianggap kedudukannya yang paling baik. Dahulu, Istana ini merupakan sebuah bangunan dua tingkat.  Rumah agam bertiang 6 batang konkrit gergasi, berdinding dan berlantai papan kukuh.  Di bahagian bawahnya setinggi 10 kaki. Bumbungnya beratapkan genting. Di dalam salah satunya bilik di tingkat atas istana ini, tersimpan satu peti besi misteri.

Istana Jugra dalam tahun 1880-an



Istana Jugra  ditinggalkan selepas tahun 1938

                   Tinggalan Istana Jugra dalam tahun 1957

Runtuhan Istana Jugra (dari sisi belakang)

Tinggalan Runtuhan Istana Jugra 

Istana Jugra 

4.  RUMAH API JUGRA

Rumah Api lama ini mula dibina pada tahun 1900.Rumah Api Jugra terletak bersebelahan dengan Radar TUDM Bukit Jugra yang dibina pada tahun 1976. dan terletak berhampiran dengan bekas bangunan Pejabat Daerah Kuala Langat. Bangunan ini masih berfungsi sebagai rumah api dan dijadikan panduan kepada pelaut dan kapal-kapal yang belayar di Laut Selat Melaka. Di sebelah bangunan rumah api ini , kini dibina Baitul Hilal oleh JAKIM untuk mencerap anak bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah bagi menentukan tarikh  permulaan puasa Ramadhan, Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha.

Rumah Api Binaan British (dibina tahun 1900) dan Rumah Api Binaan Kerajaan Malaysia (Radar tahun 1976) di puncak bukit Jugra



Rumah Api Jugra

5.  STOR SIMPANAN PELURU

Tempat simpan peluru merupakan tempat atau ruang penyimpanan kelengkapan perang, khususnya peluru-peluru ataupun alat-alat bedilan. Kedudukannya berhampiran dengan Bekas Pejabat Daerah dan tempat Bakar Arang. Secara keseluruhannya bangunan ini berbentuk ˜Dome”  yang dibina dari bahan simen dan mempunyai sebuah pintu. Ia juga dilengkapi dengan lubang udara yang berfungsi untuk peredaran udara di dalam ruang simpan peluru tersebut. Dilihat dari segi geografi, tempat ini terletak berhadapan dengan aliran Sungai Langat yang dapat mempermudahkan proses pengangkutan peluru ke kawasan-kawasan yang berhampiran mahupun ke tempat penyimpanan. Ia merupakan satu-satu tempat simpan peluru yang pertama kali ditemui di Negeri Selangor.

6.  PEJABAT DAERAH LAMA

Sejarah kewujudan Pejabat Daerah / Tanah Kuala Langat adalah berdasarkan bangunan pertama yang terletak di pinggir Bukit Jugra. Bangunan bekas Pejabat Daerah Jugra terletak di lereng Bukit Jugra, menghala ke Rumah Api Jugra di puncaknya  Bangunan ini telah dibina pada tahun 1876. Kedudukannya yang terletak di lereng Bukit Jugra dan menghala ke Sungai Langat menjadikan kedudukannya amat strategik. Panorama 360° dari sini membolehkan seseorang melihat Selat Melaka dan Pulau Carey sekaligus. Dari bangunan ini, kapal-kapal pedagang yang keluar masuk dapat diperhatikan dengan mudah. Ia juga merupakan pusat pentadbiran pada zaman pemerintahan Inggeris yang menguruskan hal-hal kewangan dan perundangan negeri. Tinggalan sejarah ini adalah perlu dipulihara untuk menjelaskan bahawa Negeri Selangor telah menerima pemerintahan secara Residen buat pertama kalinya semasa pemerintahan Sultan Abdul Samad.

Kedudukan Bangunan Pejabat Daerah lama di bahagian lebih tinggi di Bukit Jugra



Sejarah Pejabat Daerah Lama Kuala Langat

7.  BALAI POLIS DAN PENJARA JUGRA

Rumah Pasung (Balai Polis), Jugra terletak kira-kira 50 meter dari Pengkalan Batu Hampar telah dibina oleh Kapten Harry Charles Syers, pegawai polis British  dan disiapkan pada tahun 1878. Ketika itu, Jugra berfungsi sebagai pusat pemerintahan dan pentadbiran Kesultanan Melayu Selangor. Balai polis lama itu berkeluasan 1,858 meter persegi, Bahan binaannya terdiri daripada batu granit yang dipotong berbentuk empat segi. Ia dilengkapi dengan lokap menempatkan sebuah bilik kurungan besar di bahagian bawah dan dua bilik kurungan kecil di bahagian atas bangunan bagi pesalah-pesalah yang telah dijatuhkan hukuman dan digunakan sehingga tahun 1897 apabila Penjara Pudu dibina. 

Terletak berhampiran dengan Istan Alauddin , iaitu kira-kira 50 meter daripada Pangkalan Batu Hampar. Bangunan penjara ini berbentuk rumah dua tingkat dan tidak berbumbung. Bangunan ini dibina dengan menggunakan batu pejal (granit) yang dipotong berbentuk empat segi Keunikan binaan banguna ini menunjukkan bahawa satu teknologi baru telah digunakan di dalam mendirikan bangunan iaitu dengan menggunakan batu pejal di mana ia jarang digunakan unutk membina bangunan di negara ini

Rumah pasung ini dibina bagi tujuan mengawal keselamatan dan aktiviti harian penduduk setempat khasnya menahan pesalah-pesalah yang melakukan jenayah. Balai polis ini dibina untuk mengawal kegiatan jenayah pada masa itu selain bertindak sebagai tempat pengutipan cukai terhadap pengusaha biji timah bagi laluan Sungai Langat. Atas sebab itulah, balai polis ini dibina di sini kerana ia berdekatan dengan Pengkalan Batu Hampar yang pernah menjadi tempat perdagangan bijih timah.

Kedudukan Balai Polis dan Penjara Jugra berhampiran Jeti Batu Ampar

Balai Polis dan Penjara Jugra yang kini dijadikan Muzium In-situ Jugra

Balai Polis dan Penjara Jugra

8. PENGKALAN/JETI BATU AMPAR

Pengkalan Batu Hampar dan Pengkalan Perahu merupakan pengkalan yang digunakan sejak zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad di Jugra. Pengkalan ini digunakan untuk menghubungkan Daerah Kuala Langat dengan Klang dan kawasan sekitarnya khususnya untuk membawa hasil bijih timah, hasil hutan dan memudahkan mobiliti penduduk.

Mengikut J.M Gullick dalam bukunya, A History of Selangor (1766-1939), bijih timah yang dilombong di Reko, Ulu Langat diangkut melalui sungai Langat untuk dieksport. Namun disebabkan ciri fizikal Sungai Langat yang berliku-liku dan panjang (lebih 50 batu atau 80km), maka pelombong- pelombong berbangsa Amerika telah mengenal pasti satu laluan pintas yang berpotensi untuk memendekkan jarak perjalanan ke laut.  Bijih timah diangkut dengan tongkang sehingga pengkalan berhampiran bandar Temasya (Bandar Langat) dan kemudian diangkut menggunakan kereta lembu melalui jalan darat sejauh 4 batu ke Batu Ampar dan dipunggah semula ke atas kapal wap yang sedia menunggu di Kuala Jugra. Lokasinya dikenalpasti  dengan membina terusan sejauh 200 ela dari Sungai Keluang (sungai kecil yang masuk ke Sungai Langat) hingga ke Sungai Jugra ( juga sungai kecil berpunca dari Bukit Jugra, yang mengalir ke laut). Jarak cabang kedua sungai Langat tersebut dikenal pasti hanyalah sejauh 6 batu sahaja! Maka pada sekitar pertengahan tahun 1850-an, kerja-kerja membina terusan dijalankan.

Setelah campurtangan Inggeris di Selangor pada tahun 1873 bermula, Jugra semakin dikenali. Pentadbiran Inggeris mula membina infrastruktur awam seperti Balai Polis dan penjara, jeti dan pelabuhan Jugra. Sebagai pusat pentadbiran Selangor, beberapa perahu dan kapal wap milik kerajaan berulang alik dari Klang ke Jugra. Kapal wap Abdul Samad membawa penumpang diraja, pengurus- pengurus estet berdekatan dan pegawai kerajaan di samping mel. Kapal wap Enid berulang alik ke Jugra dari Klang ke Jugra  dua minggu sekali. Pada minggu berikutnya kapal tersebut belayar dari Klang ke Kuala Selangor. Kapal Sri Panchore sebuah kapal wap dari Singapura menjadikan Jugra sebahagian daripada laluan dan singgahannya.Tongkang dan kapal wap kepunyaan pedagang berbangsa Cina juga berlabuh di jeti Batu Ampar, Jugra. Jeti Batu Ampar terletak di tepi sungai Jugra. Jarak dari Rumah Pasung ke Batu Ampar lebih kurang 400 meter sahaja.

Kedudukan Jeti Batu Ampar


Pelan Jeti Batu Ampar di Jugra 


Tapak asal Jeti Batu Ampar kekal sehingga kini

Tebing Sungai Langat berhampiran Jeti Batu Ampar

Jeti Batu Ampar


9.  ISTANA BANDAR / ALAUDDIN

Istana Bandar terletak di Kampung Bandar, Jugra, Selangor, Malaysia. Istana ini asalnya tempat bersemayam Sultan Selangor ketika Jugra menjadi ibu negeri Selangor. Sultan Selangor ke-5, Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah pernah menetap di sini selama 35 tahun , sejak 1905. Ketika itu ramai pegawai British dan tetamu asing datang ke sini. Di istana ini turut diadakan majlis keramaian dan majlis keagamaan kerana baginda seorang sultan yang amat berpengaruh dan berkuasa. Istana Bandar ini berhampiran dengan Masjid Sultan Alaeddin dan dicat dengan warna kuning dan putih. 

Kedudukannya yang jauh di dalam Kampung Bandar dekat Jugra di sini, membuatkan ramai tidak mengetahui sebuah istana usang di situ, pernah menjadi pusat pemerintahan Kerajaan Selangor, lebih 100 tahun lalu. Istana Bandar dibina Sultan Selangor kelima iaitu Sultan Ala'eddin Suleiman Shah Ibni Al-Marhum Raja Musa selepas kemangkatan nenda baginda, Sultan Abdul Samad ibni Almarhum Raja Abdullah pada tahun 1898. Baginda membiayai sendiri pembinaan istana itu pada 1899 atas tanah seluas 5 hektar dan mula didiami keluarga diraja pada tahun 1905 sehingga Sultan Ala'eddin Suleiman Shah mangkat pada tahun 1938. Istana ini juga pernah dijadikan markas Tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua dahulu (1942-1945). Kini, istana ini dijadikan pusat pengajian al Quran dan Jabatan Agama Islam Selangor. Istana ini berkemungkinan akan dijadikan 'living museum' ataupun Galeri Diraja. Bagaimanapun, ia masih dalam perancangan.

Menurut sejarah, istana ini dibina semasa berlakunya krisis dalam istana tersebut berkenaan peristiwa ketidaksefahaman yang berlaku antara permaisuri Sultan Alaeddin iaitu Tengku Ampuan Mahrum dan isteri baginda dari kalangan orang kebanyakan. Namun begitu pada dua hingga tiga tahun pertama, istana ini digunakan sebagai tempat bersemayam baginda sultan bersama isteri baginda iaitu dari keturunan orang kebanyakan. Sejak ditabalkan secara rasminya dan bersemayam di Istana Mahkota Puri, Klang, Sultan Alaeddin sering berkunjung ke Bandar untuk beribadah di Masjid Alaeddin di samping menemui isteri baginda, Hajah Safiah di istana ini. Perkara ini terus berlarutan sehinggalah isteri baginda meninggal dunia pada tahun 1920-an.

Istana Bandar juga turut dikenali sebagai Istana 44 Bilik, selain mempunyai ruang yang tidak mempunyai daun pintu dan bilik yang menempatkan dayang istana, selain bilik kecil di bawah tangga. Hampir keseluruhan struktur bangunan ini diperbuat daripada batu bata dan motar kapur manakala tangga dan pintu diperbuat daripada kayu cengal. Keseluruhan lantai tingkat atas adalah kayu manakala lantai tingkat bawah pula diperbuat daripada konkrit.Istana Bandar mula dibina pada penghujung abad ke 19 dan siap sekitar tahun 1905. Terletak dalam Mukim Bandar dan dibina di atas tanah seluas 12.96 ekar. Ia terletak sejauh 20km dari Bandar Banting dan kedudukannya berhampiran dengan Masjid Sultan Alauddin.

Istana ini dikatakan mempunyai 15 buah bilik dan dibina dengan adunan senibina Islam dari India dan Timur Tengah. Istana ini turut dibina bersama-sama dengan tukang-tukang Cina mahir yang menerapkan unsur-unsur seni ukiran dan ragam hias pengaruh Cina. Selain itu binaan bangunan Istana ini juga mempunyai lanskap yang menarik serta kolam-kolam yang terletak di bahagian hadapan istana.

Istana Bandar Temasha (Asal) milik Sultan Abdul Samad (gambar tahun 1874)

Istana Bandar milik Sultan Alauddin Sulaiman Shah (gambar tahun 1957) 

Istana Bandar yang telah dibaikpulih berwarna perang dan putih (gambar diambil pada tahun 1995)


Istana Bandar yang telah dibaikpulih berwarna perang dan putih (gambar diambil pada tahun 1995)

Istana Bandar yang telah dibaikpulih berwarna  putih (gambar diambil pada tahun 2014)



Istana Bandar (kini)


10. MASJID BANDAR

Masjid Bandar atau dikenali juga dengan nama Masjid Alaeddin (Alauddin) telah dibina pada tahun 1905 selepas siapnya pembinaan bangunan Istana Alaeddin. Nama Masjid Bandar atau Masjid Alaeddin ini diberi sempena mengambil nama Almarhum Sultan Sir Alaeddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa, Sultan Selangor ke 5 (1898 - 1938). Menurut sumber, masjid yang mampu menampung 800 Jemaah dalam satu masa  di atas tapak berkeluasan 21.2067 ekar, kira-kira 200 meter dari Istana Temasya ini dibina hasil dari sumbangan dana Baginda Sultan Alaeddin sendiri. 

Baginda adalah seorang yang alim dan banyak memberi sumbangan dalam perkembangan Islam sepanjang pemerintahannya. Sultan Ala'eddin Suleiman Shah juga sering memberi syarahan agama dan menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Ala'eddin yang dibina berdekatan istana. Masjid Bandar ini telah dirasmikan pada tarikh 18 Jun 1924 dalam upacara gilang- gemilang. Masjid ini juga pernah menjadi Masjid Negeri di negeri Selangor. Warna asal masjid ini berwarna kuning diraja tetapi kini masjid ini diwarnakan putih. Selepas kemangkatan baginda, Almarhum Sultan Sir Alaeddin Suleiman Shah, masjid ini hanya digunakan oleh penduduk setempat.

Dari segi rekabentuk, masjid ini ia mempunyai ciri-ciri rekabentuk campuran India-Muslim dan Islam Timur Tengah, lebih tepat lagi arkitektur Moorish dan Mughal, mirip  bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur. Ianya juga dikatakan mempunyai pengaruh senibina pemerintahan Deli di Medan, Sumatera Utara. Dari segi rekabentuk masjid ini menerima pengaruh senibina daripada kerajaan Deli, Medan. Tiang Seri dan seni ukir dinding serta mimbarnya yang unik daripada jenis kayu cengal yang tahan lama dan bermutu tinggi. Bangunan utama masjid yang berkubah dikelilingi oleh dinding tinggi bertingkap jeriji. Di setiap sudut terdapat menara yang sederhana tingginya. Di tengah dinding bahagian hadapan masjid pula dibina menara azan bersegi delapan yang mempunyai dua aras tinjauan, berkubah keemasan di puncaknya. Keseluruhannya ibarat kubu kota pertahanan yang mengelilingi sebuah istana raja. Sekali pandang pada bentuk masjid, ada imbasan arca istana zaman silam dalam cerita-cerita dongeng Aladdin & Kisah 1001 Malam.

Mimbar yang terdapat di dalam Masjid Sultan Alaeddin Suleiman Syah sering digunakan oleh baginda semasa berkhutbah dalam solat Jumaat sertas solat Aidilfitri and Aidiladha. Sebelum ini, di bahagian kiri, kanan dan belakang ruang solat utama adalah ruang lapang tidak berbumbung dan hanya digunakan apabila limpahan jemaah yang hadir terutamanya ketika solat Jumaat dan juga solat hari raya. Walau bagaimanapun kini ia telah berubah di mana lantai telah diratakan dan disudahi dengan lantai jubin dan dipasang bumbung serta dijadikan ruang solat tambahan terutamanya bahagian sebelah kiri ruang solat utama dijadikan ruang solat khas untuk kaum wanita. Keseluruhan dinding dalaman telah disolek dengan penyudah kayu beralur, manakala sebelah dalam kubah telah dilitupi dengan siling kayu dekoratif, dihiasi dengan motif Kalimah Shahadah & nama-nama Khulafa' Arrasyidin. Bentuk asal kubah dari dalam sudah tidak kelihatan lagi.

Masjid Bandar (gambar diambil dalam tahun 1957)


Masjid Bandar (gambar diambil dalam tahun 1995)


Masjid Bandar (gambar terkini tahun 2021)


11.  SEKOLAH MELAYU BANDAR

Sebuah sekolah Melayu yang pertama telah didirikan di Bandar Temasha pada 1877 tetapi dipindahkan ke pekan Jugra tiga tahun kemudiannya. Namun,kerajaan terus menjaga dan membaiki sekolah lama Bandar yang telah ditukarkan ke pekan Jugra itu.

Pada tahun 1894, bangunan sekolah yang ditinggalkan itu dibaiki. Dalam tahun yang sama juga Raja Muda Sultan Alaudin Sulaiman Shah berhajat untuk menjadikan bangunan sekolah lama di Bandar Temasha itu dijadikan sebagai sekolah perempuan yang pertama di daerah ini. Permohonan daripada Raja Muda bertarikh pada 23 Disember 1897 meminta didirikan dua buah sekolah yang berasingan, satu khusus untuk pelajar perempuan dan satu lagi untuk pelajar lelaki, termasuklah kuarters guru telah diajukan kepada Pejabat Residen Selangor di Kuala Lumpur Menurut kandungan surat tersebut,sekolah-sekolah ini akan ditaja sepenuhnya secara peribadi oleh baginda termasuk gaji guru, tidak termasuk pembelian perabot, buku-buku dan baik pulih sekolah. Baginda memperincikan rancangan baginda sebagaimana berikut:

Kos operasi bulanan sekolah tersebut :

Gaji  2 orang Guru Mengaji AlQuran sebanyak $20 seorang..........................    $40

Gaji seorang Pembantu Guru Wanita sebanyak $10........................................  $10

Gaji 2 orang Guru sebanyak $20 dan elaun sebanyak $3...............................  .$46

Gaji Pemandu kereta lembu (pengangkutan pelajar perempuan)....................  $16

Pengurusan sekolah                                                (L&P)..................................$70                                                                                       

            JUMLAH............................... $182           

Baginda memohon pinjaman kerajaan sebanyak $2,000 dan akan dibayar kembali secara ansuran sebanyak $150 sebulan.  Kerajaan membenarkan penubuhan sekolah (Perempuan) itu di atas tapak lama Sekolah Melayu Bandar. Tender untuk pembinaan (renovasi) bangunan sekolah itu selama dua bulan dibuka dan dijalankan oleh kontraktor bernama Ong Seng. Pembinaan sekolah bagi pelajar perempuan telah dimulakan pada 2 Oktober 1899.


SK Bandar telah dibuka dan digunakan secara rasminya pada 1901

Bangunan lama sekolah asal yang masih utuh dan terus digunakan

Mungkin beginikah rekabentuk semua sekolah Melayu pada masa dahulu?


Hahaha….begitu ceritanya sebelas monumen, walaupun mungkin hanya tinggal puing-puing, sebagai bukti yang masih wujud serta boleh dilawati oleh para pelancong atau peminat Sejarah. Sebagaimana yang Atok sebutkan tadi di awal penulisan Atok ini, masih ada sebelas lagi tempat signifikan di Jugra tetapi tidak lagi dapat dilihat atau dilawati kerana telah terhapus dari muka bumi ini serta hanya wujud dalam lipatan sejarah, atau lebih tepat lipatan peta -peta lama. Jadi, sekarang Atok nak keluarkan surprise yang Atok sebut-sebutkan tadi. TADAAAAAA….bukan TAK ADA tapi TADAAAA (bunyi orang nak tunjukkan rahsia kat orang lain) HEHEHE.

AA HAAAA!….Inilah peta yang Atok maksudkan itu! Walaupun peta ini agak mudah, ringkas tanpa banyak ciri-ciri geografi, sama ada pandang darat fizikal atau budaya, tapi memang jelas kedudukan sesuatu ciri geografi itu. Jadi, Atok dengan bangganya, mempersembahkan 11 lagi tempat yang pernah wujud di Jugra suatu masa dahulu. Kenapa kini tiada lagi? Mungkin dirobohkan, dijual atau mungkin dimamah masa. Korang buatlah kajian lanjut.


Peta Jugra pada tahun 1903

12.  HOSPITAL JUGRA

Tahukah korang hospital yang ada di Banting kini bukanlah hospital yang pertama di Kuala Langat? Pada tahun 1893 telah terbina hospital di Jugra. Dari segi takrifan ianya bukanlah hospital yang besar, cuma beberapa buah wad di atas Bukit Jugra dan dibantu seorang dua Dresser atau Medical Assistant, serta beberapa orang staf bawahan seperti tukang masak dan pembantu hospital dan Tukang Kebun merangkap Cleaner.


Kedudukan Hospital bersebelahan Rumah Rehat di atas Bukit Jugra

Pada 29 Mei 1891, pihak Pejabat Daerah Kuala Langat, dengan sokongan daripada PWD  (JKR kini) serta Pejabat Kesihatan memajukan permohonan kepada pihak Residen di Kuala Lumpur agar dibina sebuah hospital kecil di daerah Kuala Langat dan ditempatkan juga Dresser di hospital tersebut. Mereka juga mencadangkan agar hospital tersebut dibina di atas  Bukit Jugra. Pada 17 Mei 1892, Pihak PWD telah mengemukakan pelan pembangunan  Hospital Jugra, siap dengan kuarters Dresser dan gudang ubat.

Tidak lama kemudian, pada 17 Jun 1892, kerajaan menawarkan tender pembinaan hospital tersebut kepada kontraktor awam. Namun pihak kontraktor memaklumkan kesukaran mengangkut bahan binaan ke lokasi tapak hospital tersebut yang terletak di atas Bukit Jugra. Alhamdulillah, pembinaannya dapat disiapkan dan beroperasi mulai tahun 1893.

Hospital Jugra

13.    RUMAH REHAT JUGRA

Pada 26 Januari 1893, kerajaan telah mengeluarkan tender untuk pembinaan rumah rehat di puncak Bukit Jugra dengan peruntukan sebanyak $833.00. Dalam tahun 1894, kerajaan melengkapkan Rumah Rehat Jugra ini dengan pelbagai perabot. Tak lama kemudian, dalam tahun 1902, Dr. Watson mencadangkan agar sebuah sanatorium dibina di atas Bukit Jugra.Tapak pembinaannya tidak jauh dari makam Inche Besar, salah seorang kerabat diraja Selangor yang dikebumikan di atas bukit ini sebelumnya. Peruntukan untuk projek ini yang mengandungi dua buah bangunan dijangkakan tidak melebihi $3900. Disebabkan pelbagai faktor, akhirnya projek ini ditangguhkan sehinggalah tender pembinaannya dibuat pada 26 Februari 1907 dan hanya dapat disiapkan dalam tahun 1908. Bangunan-bangunan rumah rehat ini  telah digunakan sebagai kuarters pegawai-pegawai Pejabat Daerah pada tahun 1913.

Kedudukan Rumah Rehat di antara Hospital dan Kuarters PWD di atas Bukit Jugra

Surat bertarikh 6 Februari 1907 kepada Jurutera Negeri tentang Kedudukan Sanatorium
yang tidak jauh dari makam kerabat diraja Sultan di atas Bukit Jugra

Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
13 MAR 1894
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0048837W
Hit
:
32
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
21 MAR 1907
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0135063W
Hit
:
26
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
21 OCT 1910
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0154230W
Hit
:
23
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
26 JAN 1893
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0037288W
Hit
:
21
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
3 JUL 1902
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0103170W
Hit
:
18
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
10 JAN 1908
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0140043W
Hit
:
18
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
26 FEB 1907
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0134686W
Hit
:
18
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
18 MAY 1898
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0077211W
Hit
:
16
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
21 FEB 1908
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0140926W
Hit
:
15
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS


14.  BANGUNAN PEJABAT-PEJABAT KERAJAAN

Pejabat Kerajaan berhampiran Jeti Batu Ampar, Balai Polis dan Penjara Jugra

Selain bangunan Pejabat Daerah yang terletak di atas Bukit Jugra, terdapat sebuah lagi bangunan besar yang menempatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti Pejabat PWD (JKR kini), Pejabat Kesihatan, Pejabat Telefon dan telegraf serta yang lainnya di bawah satu bumbung. Kedudukan bangunan ini tidak jauh dari Balai Polis dan Penjara Jugra dan jeti Batu Hampar.

Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
17 OCT 1889
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0017159W
Hit
:
51
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
28 DEC 1901
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0100216W
Hit
:
51
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
6 AUG 1895
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0057710W
Hit
:
25
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
10 JUL 1891
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0025999W
Hit
:
23
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
4 JUL 1899
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0085059W
Hit
:
17
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS


15.   RUMAH-RUMAH KEDAI JUGRA 

Dua blok kedai batu dua tingkat semi permanent di Jugra




Kedai-kedai beratap rumbia dan nipah telah sedia ada di Jugra sejak 1882 lagi. Almarhum baginda Sultan Abdul Samad telah menitahkan agar semua perniagaan berpusat di pekan Jugra sahaja. Seiring dengan pembangunan Jugra, rumah kedai atap itu dirobohkan dan digantikan dengan deretan dua blok rumah kedai jenis semi permanent, iaitu dibuat daripada batu bata dan beratap genting tetapi berdindingkan papan. Kedua-dua deretan kedai itu terletak di kiri dan kanan Jalan Jugra-Bandar, salah satu antara dua jalan raya yang ada di Jugra pada tahun 1903. Satu lagi dikenali sebagai Jalan Kelanang-Bandar. Segala keperluan penduduk dan agensi kerajaan di Jugra boleh diperoleh atau didapatkan di sini. Ketika itu pekan Banting belum wujud lagi

Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
8 MAY 1888
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0011049W
Hit
:
23
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS


16.   TAMAN BUNGA JUGRA

Kedudukan taman bunga bersebelahan deretan kedai di sebelah kiri Jalan Jugra-Bandar

Memang menjadi tradisi Inggeris untuk membina taman-taman rekreasi seperti yang wujud di Taman Tasik Kuala Lumpur, Taman Tasik Seremban, mahupun  Taman Tasik Taiping. Kemungkinan juga Taman Bunga Jugra ini menanam pelbagai jenis bunga-bungaan dan dilengkapi kerusi dan bangku panjang untuk berehat seketika, walaupun tanpa tasik atau kolam.

17.   JUGRA RECREATIONAL CLUB

Jugra Club di pekan Jugra ditubuhkan oleh kerajaan  untuk para pegawai dan kakitangan kerajaan (Officials) serta pengurus-pengurus ladang berbangsa Eropah (Non officials) untuk mereka berekreasi, bersantai selepas waktu bekerja. Kemungkinan juga, Kemungkinan kewujudan Jugra Recreational Club ini selari dengan masa tertubuhnya Klang Recreational Club di Klang pada 1891. 

Jugra Club yang terletak di atas dua lot tanah di hadapan jalan utama di Jugra

Di kelab inilah mereka menghabiskan masa dan wang ringgit dengan berjudi, meminum arak, dan berhibur. Di sinilah juga tempat mereka merancang bisnis dan bertukar-tukar maklumat dan berita tentang rakan sekerja mereka di tempat-tempat lain di seluruh Malaya dan England. Mereka dibekalkan dengan beberapa naskah akhbar dari Singapura, yang tiba melalui kapal dan bot dari Klang dan Singapura pada setiap minggu atau mengikut jadual perkapalan. Tidak dapat dipastikan sama ada kelab ini mempunyai reading room atau bilik bacaan seperti di Klang. Untuk pengetahuan semua, merekalah yang membentuk pasukan bola sepak dan kriket Jugra. Mereka bermain dan berlatih di padang awam Jugra, tidak jauh dari kelab mereka. Kelab ini ditutup dalam tahun 1913 dan dipindahkan sementara ke Kg. Bandar.

Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
26 JUL 1898
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0078297W
Hit
:
19
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS


18.   MASJID JUGRA

Kedudukan Masjid Jugra berdekatan Istana Jugra dan Jugra Club

Pembangunan masjid ini mula dicadangkan oleh pihak istana pada tahun 1901. Semua urusan kutipan wang pembinaan dikendalikan oleh Penghulu Jugra. Kutipan daripada orang ramai sebanyak $500 termasuk $220 sumbangan peribadi sultan. Kemudian pihak kerajaan menyumbang $500 lagi, menjadikan peruntukan kewangan bagi melengkapkan pembiayaan masjid tersebut berjumlah $1000. Pada 6 November 1902, Sebidang tanah awam berhampiran istana Jugra, bersebelahan dengan tanah milik Tamby Itam dan Jugra Club  telah dikenal pasti. Pembinaan masjid ini disempurnakan pada tahun 1903. Masjid ini tidak lagi wujud kini.

Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
6 NOV 1902
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0105509W
Hit
:
23
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
6 SEP 1901
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0099132W
Hit
:
18
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS


19. SEKOLAH MELAYU JUGRA

Pada 1 Julai 1880, bermulalah era pendidikan Inggeris di Jugra, tempat bersemayamnya Sultan Abdul Samad. Sebuah rumah milik Mat Pendek dibeli oleh Inggeris untuk dijadikan Sekolah Melayu kedua di Kuala Langat. Pada tahun 1891, satu cadangan telah diterima untuk membaik pulih bangunan sekolah ini dan rumah Guru Besar dengan kos sebanyak $90. Dalam tahun 1895 bangunan sekolah yang baharu untuk Sekolah Melayu Jugra telah diluluskan dengan harga kontrak sebanyak $1400.

Kedudukan Sekolah Melayu Jugra berdepan dengan Kuarter Kerani (Pasar Lama Jugra)

Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
1 MAY 1883
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0002307W
Hit
:
129
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
20 MAR 1895
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0055541W
Hit
:
78
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
28 OCT 1892
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0035212W
Hit
:
71
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
3 MAY 1883
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0002348W
Hit
:
67
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
18 SEP 1895
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0058377W
Hit
:
64
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
14 OCT 1883
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0002708W
Hit
:
52
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
24 JUN 1902
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0103021W
Hit
:
50
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
6 JUN 1881
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0001395W
Hit
:
40
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
8 JAN 1892
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0029227W
Hit
:
29
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
18 AUG 1902
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0102724W
Hit
:
28
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
7 APR 1908
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0141698W
Hit
:
25
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
1 JUL 1880
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0001114W
Hit
:
21
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
8 MAY 1891
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0024954W
Hit
:
20
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
28 SEP 1891
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0027391W
Hit
:
19
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
27 JAN 1892
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0030114W
Hit
:
19
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS


20.  PADANG REKREASI JUGRA

Padang Rekreasi Jugra

Padang rekreasi ini sememangnya dirancang untuk memberi peluang kepada penduduk Jugra untuk berekreasi pada waktu pagi dan petang. Saiz padang ini tidaklah sebesar padang Selangor Club di Kuala Lumpur, tetapi cukup luas untuk perlawanan bola sepak dan kriket. Padang serbaguna ini juga digunakan untuk perbarisan dan majlis keramaian awam.

Keratan Akhbar dalam tahun 1905 tentang perlawanan bola sepak
persahabatan antara Jugra dan Seremban

Perlawanan yang melibatkan pasukan kriket Jugra dalam tahun 1909

21.  TAPAK PUSAT RADAR TUDM JUGRA

Pada tahun 1971, TUDM menempatkan radar Marconi S600 di situ. Kem TUDM jugra Skuadron 201 juga menempatkan pasukan HANDAU untuk memastikan keselamatan kem dan aset mereka di puncak Bukit Jugra itu. Kini radar itu telah dipindahkan . Yang tinggal hanyalah pintu masuk berpagar sebagai saksi kewujudannya satu masa dahulu. Masa itu radar sudah dismantled dan beberapa peralatannya masih terdapat di situ.


Lengang tetapi pengunjung tidak dibenarkan masuk ke Tapak Lama Radar TUDM Bukit Jugra

Kedudukan Bekas Stesen Radar TUDM ini di puncak Bukit Jugra

22.   PENGKALAN PERAHU/ JETI KG. BANDAR

Idea pengenalan untuk menggunakan perkhidmatan feri mula ditimbulkan oleh pihak Public Works Department (J.K.R) pada tahun 1892 untuk mengatasi masalah perhubungan dan pengangkutan manusia  dan barangan di Selangor. Maka kerajaan Selangor mula merancang, membina, dan melaksanakan perkhidmatan feri di Klang dan Jugra terlebih dahulu sebelum dikembangkan ke seluruh negeri.  

Dianggarkan  kos keseluruhan pembinaan sesebuah bot feri yang boleh menempatan dua buah pedati kuda atau lembu pada satu-satu masa adalah sebanyak $220.29 pada tahun 1892. Jumlah Ini tidak termasuk kerja-kerja infrastuktur yang lain seperti pembinaan ruang mendarat, pemasangan kabel besi dan motor penggerak di kedua-dua tebing sungai tersebut. Pengambilan pekerja serta pembinaan kuarters untuk mereka perlu difikirkan. Walaupun begitu, perkhidmatan feri ini mesti tetap dilaksanakan demi kemajuan dan pembangunan ekonomi negeri.

Kedudukan Kuarters Pengendali Bot dan Feri di Jugra dan Kg.Bandar


Pada tahun 1914, pentadbiran British di Kuala Langat telah secara rasminya menutup operasi perkhidmatan feri di Bandar. Keputusan ini diambil kerana satu jambatan besi telah dibina di Telok Datok ke Banting. Meskipun begitu, pengkalan perahu di Bandar itu tetap digunakan oleh penduduk-penduduk kampung dengan menggunakan perahu masing-masing.


Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
15 SEP 1910
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0153513W
Hit
:
19
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Wow, tak  sangka Atok panjang bebenar cerita Atok kali ini! Dah naik patah pinggang Atok duduk menaip. Tapi Atok tak kesah, yang penting korang puas membaca sehingga ayat Atok yang terakhir, yo? Next, Atok akan khabarkan apa yang Atok rasa kita boleh buat untuk mengembalikan ‘kegemilangan’  Jugra, or at least dikenang oleh generasi kini dan yang akan datang. Insya Allah. Sehingga waktu dan ketika itu, cukuplah sekadar ini hari ini. Wasalam.



Seronoknya Berhari Raya di Klang.....Suatu Masa Dahulu

Salam buat semua. Atok muncul lagi. Hehehe...Sengaja Atok sambung balik cerita Atok hari itu pasal Puasa dan Raya. Orang Melayu ini berbeza ...